Selasa, April 19, 2011

Trio 'Datuk T' bakal hadapi tuduhan edar bahan lucah

SUMBER
Oleh Safeek Affendy Razali dan Nor Azizah Mokhtar
bhnews@bharian.com.my
2011/04/19

Pejabat Peguam Negara teliti laporan siasatan kes video seks

KUALA LUMPUR: Trio Datuk T yang mendedahkan rakaman video seks yang didakwa membabitkan lelaki mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim, berdepan tuduhan mengikut seksyen 292 Kanun Acara Jenayah kerana mengedar dan menayangkan bahan lucah yang boleh dihukum sehingga tiga tahun penjara atau denda atau kedua-dua sekali jika disabit kesalahan. 
Pertuduhan akan diputuskan oleh pejabat Peguam Negara selepas meneliti hasil laporan siasatan yang akan diserahkan oleh pasukan khas polis, diketuai Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Acryl Sani Abdullah Sani, dalam minggu ini. 

Tiada ulasan: