sumber
12/04/2011 7:57pm
KUCHING 12 April – Parti Cinta Malaysia (PCM) mengingatkan rakyat Sarawak supaya tidak mengundi DAP atau Pakatan Rakyat jika mereka tidak mahu parti dari Semenanjung “mengambil alih” negeri ini jika mereka memenangi pilihan raya negeri Sabtu ini.
Naib Presiden PCM, Huan Cheng Guan hari ini berkata: “Jika Pakatan Rakyat mengambil alih Sarawak, mereka akan bawa masuk orang mereka dari Semenanjung ke Sarawak untuk ”cari makan”.
Beliau berkata, DAP telah berbuat demikian di Pulau Pinang apabila mereka mengambil alih pentadbiran negeri itu pada Pilihan Raya Umum 2008 dan telah memberi layanan buruk kepada penduduk negeri itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan