Real-Politik@Sarawak - 8 kerusi BN lebur hangus ditawan PR
Secara rasminya, SPR mengumumkan bahawa Barisan Nasional BN telah memenangi majoriti lebih 2/3 dalam Pilihan Raya Sarawak kali ke 10 ini. BN telah memenangi 55 kerusi dari 71 kerusi dipertandingkan.
" muargh..muargh..i love you babe..you win, i also win..we are the world..huh..huh ! " What's ? gambir sarawak..? Oh..no..no..no..darling ! PLsupergel is okay..! come..come..! Don't shy-shy laa..! " - The Sunday joke Times
Meskipun bertarung dengan seluruh jentera kerajaan dan sumber kewangan Barisan Nasional, Pakatan Rakyat memenangi dua kali ganda jumlah kerusi pada pilihanraya negeri kali ini, sekali gus menyampaikan mesej bahawa Ketua Menteri Abdul Taib Mahmud perlu berundur segera. DAP mencapai kejayaan paling besar, memenangi 12 kerusi berbanding 6 sebelumnya, manakala Parti Keadilan Rakyat menang tiga kerusi berbanding hanya satu pada tahun 2006.
Keputusan DUN Sarawak menunjukkan sekurang-kurangnya tujuh atau lapan kerusi Parlimen sekitar Kuching, Sibu dan Miri adalah “kawasan hitam" bagi BN yang pasti memberi kesan kepada jangka hayat Taib sebagai Ketua Menteri Sarawak.
Hakikatnya kini adalah prestasi BN merudum kali ini berbanding dengan kemenangan 63 daripada 71 kerusi pada tahun 2006, bermakna trend sokongan rakyat untuk BN terus menyusut. Sekali imbas, BN kali ini berhadapan dengan sebuah Pembangkang yang masih tidak mempunyai sumber kewangan atau kemudahan untuk menyaingi pemerintah. Namun rekod Taib selama 30 tahun menerajui Sarawak yang dibelit dengan dakwaan rasuah, rampasan tanah dan penyelewengan kuasa mendorong pengundi bandar, khususnya kaum Cina untuk menolak BN. BN kalah semua lima kerusi yang dipertandingkan di Kuching kepada DAP dan Parti Keadilan Rakyat.
SUPP parti kedua terbesar dalam BN Sarawak ditolak sepenuhnya di ibu negeri Sarawak itu. Bagi PKR, usaha membawa angin perubahan ke kawasan pedalaman, khususnya rumah panjang Dayak dan Iban tidak mencapai keputusan yang diharapkan sungguhpun parti itu menang tiga kerusi berbanding satu sebelumnya.
Sesiapa yang arif dengan politik Sarawak akur dengan misi PKR dengan segala kekangan logistik dan kewangan berbanding BN yang menjelajah ke seluruh pelosok Sarawak menggunakan helikopter dan feri-feri tempah khas. Ini ditambah dengan penguasaan seluruh media arus perdana yang dilarang memberi liputan kepada ceramah pembangkang. Laman-laman media alternatif pula digodam termasuk TVSelangor, Malaysiakini dan HarakahDaily di dalam Negara dan Sarawak Report di United Kingdom.
Meskipun kalah di sebilangan banyak kerusi, jumlah undi yang dipungut PKR di sesetengah kawasan memberi harapan kepada PKR untuk memberi cabaran yang lebih sengit dalam empat tahun lagi. Kemenangan Pengerusi PKR Baru Bian di Be’kalalan tentunya membanggakan Pakatan Rakyat dan menjanjikan perjuangan lebih jitu untuk mendapatkan semula hak penduduk asal yang kehilangan tanah adat mereka kepada pemimpin BN dan kroni mereka.
WALAU APA PUN, TAHNIAH KEPADA YANG MENANG DAN TERIMA KASIH KEPADA SELURUH JENTERA PAKATAN RAKYAT YANG BERSUNGGUH SUNGGUH MENJALANKAN TUGAS TANPA HENTI DARI AWAL KEMPEN.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan