
Sebaik tiba dengan helikopter di padang daerah Song pada pukul 9.30 pagi, Perdana Menteri terus menuju ke tengah pekan Song dengan 5,000 penduduk kebanyakannya masyarakat Iban melaungkan "1Malaysia" dan "Hidup Barisan Nasional".
Bernama melaporkan Najib menjadi Perdana Menteri pertama tiba di pekan kecil itu dan diberi sambutan persembahan kebudayaan tradisional pelbagai kaum oleh pelajar dari sekolah menengah di pekan itu.
Dalam ucapannya, Najib mengumumkan peruntukan RM90 juta untuk pembinaan jalan dari Song ke Kapit itu.

Pengumuman Perdana Menteri itu mencerahkan harapan penduduk di pedalaman Rajang untuk menikmati kemudahan jalan raya Sibu-Kanowit-Song-Kapit yang ketika ini hanya menggunakan bot ekspres Sungai Rajang.
Perjalanan bot ekspres dari Sibu ke Song mengambil masa lebih satu jam melalui pekan Kanowit manakala perjalanan dari Song ke Kapit mengambil masa tiga jam.
Najib juga membidas pemimpin pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang membuat janji kepada penduduk pedalaman sekarang tetapi tidak membantu mereka semasa beliau (Anwar) menjadi Menteri Kewangan suatu ketika dahulu.

Perdana Menteri berkata kini semua orang termasuk di penduduk Sarawak tahu kisah Anwar.
"Semua orang dah tahu. Sebut jam tangan Omega sahaja orang Song pun tahu. Tahu tak cerita jam Omega?" tanya Najib, disambut orang ramai yang menjawab
"Tahu".
Selepas tinjauan mesra itu, Najib menaiki helikopter untuk meneruskan perjalanan ke Kapit. Semalam Perdana Menteri menjelajah hingga ke kawasan tanah tinggi Bario untuk bertemui masyarakat Kelabit di bahagian timur-laut Sarawak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan