Selasa, April 19, 2011

Lapan angkat sumpah menteri Kabinet negeri SARAWAK

SUMBER


2011/04/19

  TUN Abang Muhammad Salahuddin menyampaikan watikah pelantikan menteri  kepada  Fatimah  di Dewan Undangan Negeri, di Petra Jaya, semalam.
TUN Abang Muhammad Salahuddin menyampaikan watikah pelantikan menteri kepada Fatimah di Dewan Undangan Negeri, di Petra Jaya, semalam.

KUCHING: Lapan bekas menteri negeri yang menang dalam pilihan raya Sarawak Sabtu lalu, mengangkat sumpah memegang jawatan sebagai anggota Kabinet negeri yang baru semalam selepas Barisan Nasional (BN) sekali lagi diberi mandat membentuk kerajaan negeri.

Mendahului majlis itu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN Layar), Tan Sri Alfred Jabu Numpang; Datuk Seri James Jemut Masing (ADUN Baleh); Datuk Seri William Mawan Ikom (ADUN Pakan) dan Datuk Seri Wong Soon Koh (ADUN Bawang Assan).
Turut mengangkat sumpah ialah Datuk Amar Abang Johari Openg (ADUN Satok); Datuk Seri Michael Manyin Jawong (ADUN Tebedu); Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan (ADUN Lawas) dan Datin Fatimah Abdullah (ADUN Dalat).

Tiada ulasan: