Isnin, April 11, 2011

Sambutan pengundi pada Pakatan luar biasa. 10 RIBU DENGAR CERAMAH DI KUCHING??

SUMBER
Nazri Abdullah   
KUCHING, 11 April: Ceramah Pakatan Rakyat di Batu Kawa di sini malam tadi mempamerkan sokongan luar biasa rakyat apabila dihadiri hampir 10,000 orang yang menjadikan ianya umpama rapat umum. Fenomena ini bukan sahaja berlaku di Kuching bahkan juga di bandar-bandar utama yang lain iaitu Sibu dan juga Miri.

Kehadiran barisan penceramah 'Top Gun' Pakatan Rakyat iaitu Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng, membuatkan jalan menuju ke bandar Kuching sesak.

Untuk ke tempat ceramah yang diadakan kawasan lapang di Batu Kawa Bridge itu, orang ramai terpaksa mengharungi kesesakan hampir 5 kilometer.

Mereka yang rata-rata masyarakat tempatan terpaksa meletakkan kereta jauh, dan berjalan kaki menuju ke tempat ceramah.

"Ini sangat menakjubkan. Tak pernah macam ni sebelum ini. Ini lebih panjang dari nak berjalan ke konsert rock" kata seorang wanita China yang berjalan menuju ke tempat ceramah.

Ditanya jangkaannya kenapa rakyat keluar begitu ramai, beliau berkata rakyat khususnya di kawasan bandar sememangnya sudah bosan dengan sikap pemimpin BN khususnya Ketua Menteri Tan Sri Taib Mahmud.

"Kamu lihat betapa sanggup kami berjalan. Taib Mahmud sudah melampau, cukup la dia, kami mahu ubah," katanya lagi.

Tiada ulasan: