Rabu, April 06, 2011

Amaran Jabu pada tukang kempen Semenanjung. SOMBONG NAMPAK!!!


Kuek Ser Kuang Keng
Apr 6, 11
11:29am
Kongsi 127
Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Alfred Jabu Numpang - yang mempertahankan kerusi Layar untuk penggal kelapan berturut-turut - memberi amaran keras kepada tukang kempen dari Semenanjung, supaya jangan buat kacau.

alfred jabu miring ceremony betong 060411 ritualBercakap sewaktu upacara tradisional miring bagi kaum Ibah di Betong, 60km di utara Sri Aman, Jabu berkata, ia adalah “nasihat ikhlas” kerana penduduk tempatan tersinggung dengan kerenah tukang kempen terbabit.

"Jika anda buat kacau di sini, lebih baik anda pulang sebelum anda menyinggung penduduk di Betong. Jika anda mahu buat kacau, fikirlah dua kali.

"Jika anda menyinggung perasaan penduduk Betong... adalah tradisi kami untuk mempertahankan keamanan kami. Sila beradab, jangan ganggu keharmonian di sini," katanya kepada 200 penyokong BN di kompleks sukan yang baru dibina.

Beliau mengingatkan bahawa jika mereka tidak menjaga tingkah lalu, dan menyinggung perasaan penduduk, beliau tidak boleh mengawal tindakan penduduk terbabit

Tiada ulasan: