Ahad, April 17, 2011

PAS ada 5 anak tiri di Sarawak? JANGAN LEMAH!!!


MalaysianInsider melaporkan:
KUCHING, 16 April – PAS telah kalah di kesemua kerusi yang ditandingi parti itu pada pilihan raya negeri Sarawak kali ini.

Ketua Dewan Pemuda parti itu, Nasrudin Hasan at-Tantawi berkata walaupun kalah pihaknya akan meneruskan agenda perjuangan di Sarawak.

“Meskipun PAS kalah di semua kerusi yang disertainya, namun Dewan Pemuda PAS Malaysia akan tetap meneruskan agenda perjuangannya di bumi Kenyalang ini,” katanya.

PAS tanding di Tanjung Datu, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau dan Beting Maro.

Keputusan tidak rasmi menunjukkan PAS, parti komponen Pakatan Rakyat, gagal merampas kerusi Beting Maro daripada penguasaan Barisan Nasional (BN).

Keputusan tidak rasmi menunjukkan calon PAS hanya meraih 2,758 undi berbanding BN yang memperoleh 3,014 undi untuk mengekalkan kerusi itu. - TMI

source: http://cenangau.blogspot.com/2011/04/pas-ada-5-anak-tiri-di-sarawak.html#ixzz1JjW2kw4o
Dengan Dun Beting Maro yang jadi harapan utama pun PAS kalah maknanya PAS Pusat takdak "anak angkat" di Sarawak. Presiden PAS, TG Hj Hadi sebelum ni berjanji PAS Pusat akan jadikan Dun yang menang sebagai Dun angkat PAS Pusat.

Dengan kalahnya semua calon PAS yang bertanding PRN Sarawak kali ni, PAS kena tunggu lagi 5 tahun untuk mencuba lagi dapatkan "anak sulung" di Dun Sarawak.

Walaupun sebelum ni ramai yang yakin PAS bukan saja akan dapat "anak sulung" di Dun Sarawak tapi ramai yang yakin (termasuk aku) PAS akan dapat "anak kembar". Paling kurang pun PAS akan dapat tawan  Dun Beting Maro.

Tapi, nak buat macamana, bukan tak cuba, dah cuba sungguh-sungguh dah aku rasa tapi tak menang jugak. Nak buat macamana, dah takdak rezeki lagi.

Apa pun, macam yang aku tulis sebelum ni kat sini, aku harap PAS Pusat tak layan Dun yang kalah tu sebagai 'anak tiri'. Walaupun takdak Dun yang menang tapi aku harap Dun yang PAS bertanding tu dijadikan jugak anak angkat.

Aku harap sangat PAS Pusat akan arahkan semua Dun yang PAS bertanding di Sarawak dijadikan Dun angkat PAS negeri-negeri macam yang aku cadangkan
kat sini.

Bukan setakat ambil sebagai Dun angkat, aku harap sangat PAS Pusat melantik calon PAS yang kalah tu sebagai Penyelia Dun yang depa tandingi dan PAS negeri yang diamanahkan sebagai negeri angkat membantu Penyelia Dun tu ujudkan Pusat Khidmat, terutama sekali dari segi dana dan bantuan khidmat nasihat.

Dengan adanya Pusat Khidmat dan Penyelia Dun, aku yakin PAS akan lebih berkembang kat situ. Insyaallah pada PRN Sarawak yang akan datang, calon PAS akan mampu lebih cemerlang di sana.

Tiada ulasan: