Khamis, April 07, 2011

KENYATAAN MEDIA BERHUBUNG KES KEMATIAN PELAJAR SEKOLAH RENDAH ISLAM AL FURQAN, JEJAWI DALAM, PERLIS.

Tuesday, April 05, 2011

SUMBER

PAS Perlis merakamkan rasa dukacita yang amat sangat di atas peristiwa yang telah berlaku di salah sebuah institusi pendidikan di bawah kelolaan pihak parti. PAS Perlis juga memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia di atas peristiwa yang telah menghiris perasaan dan hati setiap rakyat. Juga permohonan maaf kepada seluruh warga pendidik di atas peristiwa yang telah mencalarkan imej dan persepi umum terhadap warga pendidik .

PAS Perlis ingin merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga simati serta rasa simpati kepada pihak keluarga guru asrama yang terbabit dalam kejadian ini. Kejadian ini adalah sesuatu yang amat memeranjatkan pihak kami setelah lebih 25 puluh tahun mengelola institusi pendidikan milik parti.

Atas prinsip keadilan dan kemanusian, PAS Perlis berharap supaya proses siasatan dan perbicaraan yang dijalankan terhadap kes ini dibuat secara rapi dan mendalam bagi menegakkan keadilan kepada semua pihak yang terbabit.

PAS Perlis telah menjalankan tanggungjawab dengan memberikan sepenuhnya kerjasama kepada pihak keluarga pelajar, keluarga tertuduh dan agensi keselamatan bagi menguruskan kes ini. Pihak kami juga telah mengambil langkah-langkah yang sewajarnya bagi memastikan semua institusi pendidikan milik parti dapat beroperasi dalam suasana pembelajaran yang selamat dan lancar.

HAJI HASHIM BIN JASIN
PESURUHJAYA PAS NEGERI PERLIS.

Tiada ulasan: