Selasa, April 05, 2011

Kerajaan tiada kuasa atas Arked MPKB

sumber
Rizal Tahir   
KOTA BHARU, 28 Mac: Kerajaan Kelantan tidak lagi mempunyai bidang kuasa terhadap Arked MPKB kerana ianya telah menjadi milik sebuah syarikat setelah Majlis Perbandaran Kota Bharu-MPKB menjualnya kepada pihak terbabit pada harga tertentu.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan, pada sidang medianya berkata dasar kerajaan negeri jelas tidak akan mengambil semula bangunan tersebut, kecuali pihak berkenaan menyerahkan semula pada kerajaan negeri.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mesyuarat exco sebentar tadi ketika diminta mengulas berhubung cadangan Pemuda PAS Negeri Kelantan supaya kerajaan negeri membeli bangunan tersebut bagi keselesaan peniaga.

Menurut Takiyuddin lagi, MPKB sebelum ini telah mengadakan usahasama dengan syarikat terbabit untuk untuk membangun tanah berkenaan.

“Dalam usaha sama itu MPKB telah menjual Arked MPKB dengan harga tertentu dan syarikat tersebut telah membangun Bazar Tengku Anis, di mana MPKB turut berkongsi keuntungan bersama.

“Jadi sekarang ini, kalau ditanya berhubung perkara itu MPKB tidak lagi mempunyai tanggungjawab kerana bukan lagi miliknya,”ujarnya.

Tiada ulasan: