Jumaat, April 15, 2011

Sarawak Maju: RM1 Bilion cukup jika bersih. MENGAPA CUKUP DUIT YANG SEDIKIT HAH?



Subky Latif   

DENGAN apa yang ada di Sarawak sekarang Pakatan Rakyat memerlukan satu bilion saja lagi menjadikan bumi Kenyalang itu sebagai negeri maju.

Tetapi Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin mengira perbelanjaan sebesar itu kecil. Ia memerlukan berbilion-bilion bagi merialisasikannya.
Perkara yang pertama yang perlu diperhatikan oleh rakyat Sarawak ialah peruntukan yang secukupnya yang seminima mungkin yang diperlukan bagi menjadikan Sarawak negeri maju.
Peruntukan itu mestilah sesuai dengan pelan kemajuan yang dirancang.
Jika rakyat Sarawak  menjadi penal meluluskan tender suatu bangunan atau projek atau hendak membeli sesuatu jentera, yang menjadi pertimbangannya ialah siapakah yang boleh menawarkan harga yang paling murah?
Dan apabila kerajaan hendak melelong hartanya, yang diperhatikannya ialah pembida yang dapat menawarkan harga paling tinggi.
Rakyat Sarawak seluruhnya bersetuju bahawa sesiapa yang hendak mentadbir Sarawak mestilah bersedia menjadikan Sarawak negeri yang maju. Seboleh-bolehnya kalau tidak melebihi Selangor, biarlah ia tidak kurang dari Selangor.

Pakatan Rakyat telah memberikan jawapan. Ia boleh menjadikannya negeri maju dengan peruntukan yang sederhana yang dianggarkan satu bilion. Kalau ia tidak cukup tambahan diperlukan tetapi tidak sampai sekali  ganda. Tetapi tidak mustahil dengan perbelanjaan dan pelan berhemah, peruntukan satu bilion boleh dikurangkan.
Bagaimana pun Barisan Nasional mengikut Muhyiddin tidak sanggup memenuhinya dengan peruntukan sebesar itu. Ia mahu lebih besar. Lebih besar itu bukan sekadar sekali ganda dari yang ditawarkan oleh Pakatan Rakyat, bahkan berkali-kali ganda.
Bagi Muhyiddin  dengan peruntukan besar yang disediakan, pun kerajaan BN terasa payah bagi menyiapkannya, maka apa lagilah jika peruntukan yang dikira kecil seperti yang disanggupi oleh Pakatan Rakyat.
Muhyiddin yang bercakap begitu mungkin kerana pengalamannya yang lama sebagai Menteri Besar Johor, sebagai menteri di beberapa kementerian dan terakhirnya sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Tetapi di belakang Pakatan Rakyat yang membuat peruntukan sekadar satu bilion itu adalah juga orang berpengalaman iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dia bukan sekadar pernah menjadi Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Timbalan Perdana Menteri sebelum Muhyiddin, tetapi lebih dari itu dia penah menjadi Menteri Kewangan di bawah Perdana Menteri Dr. Mahathir.
Bukan sekali dua dia membentangkan belanjawan negara, bahkan berkali-kali. Bukan sekadar peruntukan yang diperlukan Sarawak pernah dicadangkannya bahkan peruntukan bagi negara yang lebih besar.
Dia adalah menteri kewangan ketika Selangor merancang dan bersedia menjadi negeri  maju. Tahulah dia apa yang diperlukan oleh Selangor dan apa yang boleh diberikan bagi menjadi negeri maju itu.
Dia menjadi menteri kewangan dalam sebuah negara tidak tahu berjimat, rasuah yang menjadi-jadi di sekelilingnya. Dan semua tahu dia diberi tanggungjawab sebagai pengerusi kabinet bagi anti penyelewengan. Maka tentulah dia tahu semua penyelewengan  yang berlaku.
Dia dikeluarkan dari kerajaan dan Umno bukan kerana ada masalah dan kelemahan urusan ekonomi dan kewangan, tetapi kerana dia tidak berapa senonok  dengan perjalanan Perwaja, perancangan Bakun dan lain-lain projek mega.
Mahathir tidak sebut dia dipecat kerana sebab ekonomi tetapi atas alasan kononnya tidak bermoral.
Semua tahu semasa dia dalam kerajaan, dia  adalah orang yang sangat anti rasuah dan penyelewengan. Dia tahu ke mana banyaknya belanja yang digunakan oleh kerajaan dalam setiap peruntukan. Semua tahu bahawa sebahagian besar dari peruntukan setiap projek pergi kepada rasuah dan pembaziran.
Apabila Pakatan Rakyat mencadangkan angaran satu bilion bagi menjadi Sarawak negeri maju, maka ia tidak termasuk rasuah, pembaziran, penyelewengan peruntukan dan sebagainya.
Ada pun peruntukan belasan dan puluhan bilion yang diperlukan Muhyiddin bagi perancangan kemajuan yang sama termasuklah belanja rasuah dalam berbagai-bagai cara dan penggunaan duit ikut suka hati.
Dan siapa yang tidak tahu bahawa kerajaan BN yang berkuasa tahun 1955 bergelumang dengan rasuah dan penyelewengan?
Satu bilion yang Pakatan perlukan,  bukan saja bersih rasuah dan penyelewengan, tetapi ia dibelanjakan secara berjimat, behemat dan cermat.

Tiada ulasan: