Jumaat, April 15, 2011

PRU SARAWAK! Keputusan dijangka selesai jam 11 malam


NONESPR menjangka keputusan paling awal bagi pilihan raya Sarawak esok akan diperoleh pada 8 malam dan semua keputusan akan selesai diumumkan sebelum 11 malam.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan keputusan paling awal bagi pilihan raya negeri Sarawak esok akan diperoleh pada jam 8 malam dan semua keputusan akan selesai diumumkan sebelum pukul 11 malam.
NONEPengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata ini berdasarkan keadaan semasa dan jika tidak berlaku sesuatu perkara yang tidak diduga atau luar biasa.

Beliau berkata SPR juga menjangkakan jumlah peratusan pengundi yang keluar akan meningkat berbanding pilihan negeri pada 2006 iaitu 63.2 peratus kerana pilihan raya kali ini berlainan berbanding pilihan raya sebelum ini.

“Saya jangkakan antara 65 hingga 75 peratus. Parti-parti bertanding begitu teruja kali ini. Tak pernah dalam sejarah pilihan raya negeri sampai 213 calon, dengan calon Bebas 41 orang. Lepas itu tak ada siapa yang menarik diri,” katanya.

Tiada ulasan: