Rabu, September 08, 2010

Hukum Mengundi Non-Muslim (3)

Hukum Mengundi Non-Muslim (3) 

SUMBER DI SINI

 


From: *******@petronas.com.my
To: "ALI MUDA" alimuda@hotmail.com
Subject: Re: HUKUM MENGUNDI NON MUSLIM
Date: Mon, 6 Aug 2001 09:35:33 +0800 


Assalamu'alaikum,
Sebelum saya mula saya ingin dahulu minta maaf. Bukan saya tidak menghormati penjelasan Ustaz tetapi saya masih ada perasaan tidak puas hati kerana penjelasan Ustaz tidak mengambil kira surah al Imran: 28, 118, anNisa: 138-139, al Maidah: 51, 57 dan al Ankabut: 41.
Boleh tak saya minta Ustaz "reconcile" penjelasan di bawah dengan ayat-ayat diatas.
Jazakullahukhairan kasthira
Wassalam
 
JAWAPAN:
 
Assalamualaikum, 

Syabas dan terima kasih atas sikap sdr yg berhati-hati seblm menerima sesuatu pandangan, bermakna sdr seorg yg kritikal dan tidak fanatik. Sesebuah perjuangan akan cepat matang jika ahli2nya bersikap cintakan ilmu, suka bermuzakarah, mengambil pendirian setelah benar2 jelas terhadap satu2 isu, tidak ikut membuta tuli. Ini juga bertepatan dgn ajaran Islam yg melarang kita mengikut apa yg kita tidak ada ilmu atau tidak benar2 faham tentangnya seperti maksud ayat 36 Surah al-Isra': 

"Jangan kamu mengikuti apa yang kamu tiada ilmu tentangnya, sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati kamu, semuanya itu akan dipertanggungjawabkan (disoal di akhirat)" 

Berkenaan permintaan sdr supaya saya 'reconcile' apa yg telah saya tulis ttg keharusan mengundi calon non-Muslim dlm pilihan raya berdasarkan ayat2 Ali `Imran: 28, 118; al-Nisa': 138, 139; al-Maidah: 51, 57; dan al-`Ankabut: 41, jawapan saya adalah spt berikut: 

Terjemahan Ali `Imran: 28 itu: "Janganlah orang2 mukmin mengambil orang2 kafir menjadi wali-wali dengan meninggalkan orang2 mukmin. Dan sesiapa yg melakukan demikian, maka tidak ada baginya sesuatupun (perlindungan) dari Allah, kecuali jika kamu hendak menjaga diri drp sesuatu bahaya yg ditakuti drp pihak mereka (yg kafir itu)…." 

Ayat2 yg lain itu juga memberi makna yg sama, iaitu larangan mengambil org2 kafir sebg 'wali' dgn berbagai bentuk larangan dan ancaman drp Allah s.w.t.. 

Cuma penjelasan mesti dibuat ttg apakah makna 'wali' itu sebenarnya? Sebenarnya 'wali' dlm konteks ayat2 tersebut ialah 'org yg mempunyai kuasa ke atas org lain', maknanya ayat2 tadi melarang org2 Islam drp melantik org2 kafir utk menjadi penguasa ke atas org Islam, bukan melarang bersahabat atau berjuang bersama org kafir utk menegakkan matlamat2 yg murni spt menghapus kezaliman. 

Apakah bukti kebenaran tafsiran kita bahawa makna 'wali' dlm ayat2 tersebut ialah 'org yg mempunyai kuasa ke atas org Islam', jadi ayat2 itu bukan melarang menjadikan orang kafir rakan seperjuangan ke arah kebaikan? 

Buktinya terdapat ayat2 al-Quran yg lain yg memerintahkan umat Islam berinteraksi dgn org kafir/non-Muslim dlm konteks: 

1. Bekerjasama dalam perkara kebajikan dan takwa, tanpa mengkhususkan perintah itu kpd kerjasama sesama org Islam sahaja, jadi bekerjasama dgn org kafir dlm perkara kebajikan dan kebaikan adalah juga dituntut oleh Islam. (Lihat Surah al-Maidah: 2) 

2. Mesti berlaku adil dan saksama w/pun terhadap golongan lain (termasuk bangsa lain, puak lain dan penganut agama lain) dan larangan melakukan kezaliman terhadap mereka kerana adil itu adalah buah kepada takwa dan adil itu adalah nilai sejagat yg melampaui batas2 kebangsaan, kepuakan, keagamaan dan warna kulit (Perhatikan Surah al-Maidah: 8) 

3. Kebenaran drp Allah s.w.t. supaya umat Islam sama2 berbuat kebaikan dan memberi keadilan terhadap org2 non-Muslim yg tidak memerangi umat Islam, tidak menceroboh atau menghalau umat Islam dari negeri mereka. 

Sebaliknya larangan bekerjasama hanyalah terhadap org2 non-muslim yg melakukan jenayah2 tersebut itu (Fahami maksud Surah al-Mumtahanah: 8) 

Berdasarkan kenyataan2 maksud ayat2 al-Quran di atas, hendaklah difahami bahawa Islam tidak memusuhi org bukan Islam semata-mata kerana mereka bukan beragama Islam, tetapi permusuhan adalah disebabkan org bukan Islam itu terlebih dahulu 'memusuhi dan mencabuli agama dan umat Islam'. 

Dlm zaman sekarang, permusuhan Islam adalah terhadap Yahudi Israel berfahaman Zionis yg menceroboh umat Islam Palestin (bermakna bukan semua org Yahudi), terhadap org Kristian yg mencerobohi umat Islam di Bosnia Herzegovina, Kosovo, Albania, Maluku, Ambon (bermakna bukan semua umat Kristian), terhadap rejim tentera USA yg mengebom tanpa sebab dan bukti yg konkrit terhadap Sudan, Libya, Afghanistan dll (bermakna bukan semua org Amerika), terhadap rejim tentera India yg menceroboh umat Islam Kashmir tanpa memberi hak untuk mereka membuat pungutan suara bebas (bermakna bukan semua org India yg beragama Hindu), terhadap tentera Kristian Filipina yg menjadikan beberapa kampung halaman org Islam di Mindanao hancur bagai padang jarak padang tekukur (w/pun mereka sembunyikan fakta ini dan menghebahkan kpd dunia beberapa org tawanan yg dipancung oleh Abu Sayyaf) atas alasan utk memerangi kumpulan Abu Sayyaf (bermakna Islam tidak memusuhi semua org Filipina w/pun mereka beragama Kristian). 

Ada pun org2 bukan Islam yg lain drp yg disebutkan itu, umat Islam hendaklah memberi layanan spt yg disuruh oleh Allah s.w.t. dlm ayat2 al-Maidah: 2, 8 dan al-Mumtahanah: 8 di atas. Ini termasuklah org2 bukan Islam di Malaysia ini yg terbukti mereka tidak memusuhi Islam dan umat Islam drp yg berbangsa Cina, India dsb. s/ada mereka beragama Budha, Hindu, Kristian atau sebagainya. 

Dlm hal ini Syeikh Dr, Yusuf al-Qaradawi berkata dlm bukunya Min Fiqh al-Dawlah fil Islam, sebg hujah2 keharusan bekerjasama dgn non-Muslim (termasuk dlm pilihan raya): 

"Pertama: Larangan yg terkandung dlm ayat2 itu (yg melarang mengambil org kafir sebg wali) adalah mengambil mereka yg menentang Islam sebg wali, dgn sifat mereka sebg satu kumpulan yg tersendiri dgn agama, akidah, pemikiran dan slogannya. Bererti dgn sifat mereka sebg org Yahudi, Nasrani, Majusi ataupun seumpamanya, BUKAN dgn sifat mereka sebg jiran, teman atau sebg warganegara….."
 
"Kedua: Kecenderungan yg dilarang oleh ayat2 itu bukanlah kecenderungan terhadap mana2 mereka yg berbeza agama w/pun mereka berdamai dgn orang Islam dan berserah dgn mereka. Kecenderungan yg dilarang ialah terhadap mereka yg menyakiti, memusuhi dan memerangi umat Islam….."
 
"Ketiga: Islam membenarkan seorg muslim berkahwin dgn perempuan Ahli Kitab (penganut Yahudi dan Kristian) - (Surah al-Maidah: 5). Kehidupan berumahtangga hendaklah berdiri di atas asas ketenangan jiwa, kasih sayang dan cinta mencintai sebagaimana dinyatakan dlm al-Quran (Surah al-Ruum: 21). Ini menunjukkan bahawa kasih sayang seorg muslin dgn non-muslim adalah TIDAK dilarang kerana, bagaimanakah seorg lelaki tidak mengasihi isterinya dan teman hidupnya sekiranya dia adalah wanita Ahli Kitab? Bagaimanakah dia tidak mengasihi mertua dan iparnya?….. 

Bagaimanakah seorg anak tidak mengasihi datuk, nenek, pakcik dan makcik serta tidak menghubungkan tali silaturrahimdgn mereka sekiranya ibunya adalah seorg wanita Zimmi (non-Muslim yg hidup aman bersama org Islam). Bagaimana pula dgn anak2 makcik dan pakciknya sedangkan mereka adalah kaum kerabatnya yg diwajibkan oleh al-Quran dan ditegaskan oleh al-Sunnah tentang hak2 mereka?" 

"Keempat: Satu hakikat yg tidak diragui lagi bahawa Islam telah menegaskan utk meninggikan kedudukan ikatan keagamaan di atas semua ikatan yg lain s/ada ia adalah ikatan keturunan, daerah, bangsa ataupun kasta. Seorg Muslim adalah saudara kpd Muslim yg lain. Org2 Islam adalah satu umat yg saling berusaha membantu sesama mereka dan saling bekerjasama. Seorg muslim adalah lebih hampir kpd muslim yg lain drp mana2 golongan yg kafir dgn agamanya w/pun dia adalah bapa, anak atau saudaranya…… 

Tetapi perlu diketahui, di sana ada pelbagai persaudaraan yg diperakui oleh Islam yg bukan dlm kategori persaudaraan keagamaan. Di sana ada persaudaraan kebangsaan, 
persaudaraan perkauman, dan persaudaraan kemanusiaan.

….. Di dalam hadis yg diriwayatkan oleh Imam Ahmad drp Zayd bin Arqam, Nabi s.a.w. bersabda yg bermaksud: "Aku adalah saksi bahawa semua manusia adalah bersaudara." Ini adalah persaudaraan kemanusiaan. Tidak hairan jika berlakunya persaudaraan kebangsaan di antara org Islam dan Kristian Qibti (Coptic) di Mesir. Begitu juga di antara org Islam dan Kristian di Lubnan, Syria dan Jordan pun wujud persaudaraan kebangsaan. Begitu juga di antara org Islam dan Kristian di seluruh negara Arab, mereka mempunyai persaudaraan bangsa. 

Mengenai dakwaan golongan pelampau daripada kedua-dua pihak, ia adalah tertolak. Sebenarnya ia adalah penentangan terhadap negara dan agama serta memberi ruang kpd musuh umat islam yg sentiasa peluang bg menghancurkan mereka. Musuh telah mencipta bg setiap negara cara adan alat tertentu utk memecah-belahkan penduduknya. Di sesetengah negara mereka mebncetuskan masalah Sunnah dan Syiah. Di tempat lain mereka menimbulkan masalah Arab dan Berber ataupun Arab dan Kurdis. Di sesetengah tempat lain pula mereka menimbulkan masalah MusliM dan non-Muslim. Sekiranya mereka tidak memiliki jalan cara seperti ini, mereka pasti akan mencipta perkara lain yg boleh memisahkan di antara saudara dgn saudaranya yg lain." (Al-Qaradawi, Min Fiqh al-Dawlah fil Islam, ms: 337-342) 

Jika sdr ingin lebih jelas ttg hubungan antara Muslim dan non-Muslim dlm sebuah negara dan lain2 isu ttg kenegaraan Islam, saya syorkan agar sdr memiliki buku Dr al-Qaradawi yg saya sebutkan itu. Ia telah diterjemahkan oleh sahabat karib saya, Ust Hj Juanda Hj Jaya, (bakal pemegang ijazah kedoktoran drp UKM) dgn tajuk "Fiqh Daulah Menurut Perspektif Islam", terbitan Maktabah al-Qardhawi, Bandar Baru Bangi, cetakan 1 1998. 

Buku lain yg sdr wajar baca ialah Ummah : The Muslim Nation karangan Prof. Dr. Muhammad Abd. Rauf, terbitan DBP 199?. 

Sebelum kita memutuskan sama ada halal atau haram mengundi calon non-muslim yg telah mengikat kontrak bersama org Islam utk matlamat murni menegak keadilan membanteras kezaliman, kita mesti mengenal pasti dahulu apakah akibat drp undi yg diberikan kpd mereka itu.
 
Antara perkara yg disepakati dlm Islam dan di kalangan ulama Islam, bahawa org bukan Islam tidak harus menguasai org Islam. Inilah yg disebutkan sebg Al-Wilayah al-`Aammah (penguasaan umum/mutlak) yg hanya layak diamanahkan kpd seorg Islam yg lelaki dan tidak fasiq. Dan jenis penguasaan inilah yg umat Islam dilarang drp melantik org kafir memegangnya spt dlm maksud ayat2 yg sdr sebutkan itu. 

Dlm konteks Malaysia hari ini al-Wilayah al-`Aammah ini dipegang oleh Perdana Menteri, Menteri Besar, Ketua Hakim Negara dan mana2 jawatan yg menghilangkan kemaslahatan umat Islam jika dipegang oleh non-Muslim. 

Adapun jawatan2 spt menteri2, timbalan2 menteri dan setiausaha2 kabinet, exco2, pengarah2 jabatan kerajaan, hakim2 dan seumpamanya (yg pemegangnya tidak berkuasa mutlak, bahkan tertakluk di bawah kuasa2 terhad dan undang2 awam), adalah harus dipegang oleh non-Muslim ataupun wanita. 

Menyedari hakikat ini, mengundi calon yg bukan beragama Islam (dan juga calon wanita) tidak membawa sebarang risiko umat Islam akan dikuasai oleh non-Muslim (atau wanita) di negara kita ini. Melayakkan saudara non-Muslim sebg ahli Parlimen atau Dewan Undangan Negeri adalah sebg mematuhi arahan al-Quran supaya kita umat Islam berlaku adil terhadap org2 bukan Islam yg tidak memusuhi Islam, di mana dalam dewan perwakilan itu mereka boleh menyuarakan kehendak dan kepentingan masyarakat mereka kpd kerajaan. Ini sedikit pun tidak bercanggah dgn Islam, bahkan disuruh oleh Islam. Ini juga telah diamalkan oleh kerajaan2 Islam zaman dahulu spt Kerajaan Islam Abbasiyah di Baghdad dan Kerajaan Islam di Andalus (sekarang Sepanyol), di mana tidak sedikit jawatan2 kerajaan di sandang oleh warganegara bukan beragama Islam yg dipanggil Zimmi. 

Sebaliknya, kerjasama dlm memberi undi sesama pendokong BA ini adalah utk kemaslahatan dan kepentingan bersama antara org Islam dan bukan Islam, seluruh rakyat Malaysia. 

Selagi pakatan BA tidak menang, selagi itulah nampaknya penindasan, kezaliman, penyelewengan, pemerasan hak rakyat dan pengekalan undang2 draconian spt akta2 ISA, Hasutan dan Mesin Cetak dll yg telah berdekad-dekad digunakan oleh BN, tidak akan berubah dan tidak nampak fajar baru akan menyinsing. Sebaliknya BN nampaknya semakin angkuh menggunakan kuasa2 yg diwarisi drp penjajah itu utk memancung gerakan rakyat yg tak sealiran.
Perkembangan beberapa hari terakhir ini menunjukkan bahawa rejim BN pimpinan UMNO semakin menggunakan akta yg sama zalim dgn undang2 pemerintahan Firaun dan kerajaan gabungan King-Pope di zaman pertengahan di Eropah, iaitu satu akta yg memberi hak kpd org yg berkuasa utk menuduh dan menghukum org yg tertuduh tanpa diberi hak utk membela diri atau mendapatkan peguam. Apabila seseorg itu dikatakan salah (biasanya dgn alasan mengancam keselamatan negara), maka terhukumlah org itu sebg salah menurut seksyen 72 (1) ISA dan hakim polis pun melaksanakan hukuman 60 hari penjara (kononnya utk soal siasat, sedangkan dlm masa 60 hari itu bermacam perkara boleh berlaku, drp kekerasan, penderaan fizikal, tekanan mental melalui cerita2 bohong dan berputar belit SB, kehilangan peluang bg yg tertuduh utk hidup sebg warganegara biasa spt pekerjaan, hubungan keluarga dsb.nya). Selepas itu, Menteri Dalam Negeri pula menjadi hakim utk menjatuhkan hukuman penjara 2 tahun (yg boleh disambung lagi 2 tahun, 2 tahun, berdasarkan kehendak menteri itu) menurut seksyen 8 akta ISA.
 
Oleh kerana itu, kerjasama dgn non-Muslim utk menegakkan kebenaran dan menentang kezaliman serta menyeru makruf dan mencegah mungkar spt ini adalah harus, bahkan amat dituntut, kalau pun tidak jatuh hukum wajib. Bekerjasama utk memenangkan BA secara demokrasi adalah satu kemestian jika kita, anak2 kita, saudara mara kita, sahabat2 kita seluruh rakyat Malaysia tak mahu lagi menjadi mangsa kezaliman pemerintah berkuku besi yg berjaya mempotretkan dirinya sebg adil dan baik kpd rakyat dgn cara membolot dan memonopoli hak bersuara dan media massa. Sesiapa saja berkemungkinan menjadi mangsa jika tidak mengikut rentak sang penguasa, kalau nak selamat, anda mesti sokong dia, w/pun secara paksa! 

Mungkin timbul persoalan, bagaimana dahulu Pas kata haram Umno bekerjasama dgn org2 bukan Islam di kalangan MCA, MIC dll, sedangkan sekarang Pas pula bekerjasama dgn DAP? Jawapannya terlalu mudah difahami: Hukum kerjasama itu berbeza kerana hasil drp kerjasama itu amat berbeza. Kerjasama Umno/MCA/MIC dan komponen BN yg lain adalah utk mempertahankan status quo sebuah rejim pemerintah yg tidak sedikit pun tergambar mereka akan kalah. Utk menyelamatkan status quo ini, mereka sentiasa bekerja keras di Parlimen 9dgn kelebihan majoriti 2/3 utk mengekalkan undang2 yg memestikan penentangnya bersalah dlm apa keadaan sekali pun, spt ISA, Akta Hasutan dan Akta Mesin Cetak. Apatah lagi bila mereka sedar bahawa kedudukan mereka dlm suasana yg amat bahaya jika mereka kalah dlm pilihan raya. 

Manakala kerjasama Pas bersama komponen lain dlm BA (w/pun ada yg bukan Islam) adalah utk menegakkan keadilan utk semua rakyat (tak kira penyokong kerajaan atau pembangkang) dan menghapuskan kotoran dan najis kezaliman BN yg berdekad-dekad itu. 

Oleh sebab itu. hukum kerjasama antara dua barisan itu (BA vs BN) adalah berbeza, kerana yg pertama itu adalah kerjasama utk perkara kebajikan dan takwa, manakala yg satu lagi utk dosa dan permusuhan (maksud Surah al-Maidah: 2), w/pun tak dinafikan BN juga menjalankan t/jawab sebg sebuah kerajaan terhadap rakyatnya, sebagaimana kerajaan2 lain spt kerajaan komunis pun menjalankan tugas 'governance'nya. 

Satu perkara yg amat menjelikkan, apabila agamawan2 Umno sibuk nak menjulang Malaysia di bawah kerajaan dan sistem BN ini sebg 'negara Islam', satu gagasan pemikiran agamawan keduniaan yg tak puas2 mengemis pemerintah sejak Zaman Pertengahan dan zaman2 kerajaan org Islam yg menindas rakyat bersuara kedua, spt agamawan kerajaan di zaman Umayyah, Abbasiyah, Uthamaniyyah dll. Segala tindak-tanduk pemerintah w/pun jelas bercanggah dgn Islam, mereka diamkan diri dan tolong mencari hujah utk mengharuskannya. Sebagai hulu balang pemerintah, mereka lantang memerangi 'kemungkaran' pembangkang mengikut takrifan mereka. 

Apa kata mereka terhadap jenayah Qazaf (fitnah zina dan liwat) oleh 'tuhan' mereka terhadap seorg manusia yg tak berdosa, mereka diam, seolah-olah itu bukan mungkar. Apa kata mereka terhadap penghinaan demi penghinaan terhadap undang2 Allah s.w.t. oleh 'tuhan2' mereka, mereka diam, seolah-olah tak ada apa yg mengancam kemurnian agama. 

Apa kata mereka terhadap undang2 zalim lagi menyimpang drp tata susila perundangan Islam, mereka membisu, kerana undang2 itulah yg menyelamatkan 'tuhan2' mereka yg tak mampu berdiri sendiri kalau tak ada undang2 spt itu, kalau 'tuhan2' itu mati atau kalah, siapa lagi yg nak memberi rezeki kpd mereka? 

PERHATIAN:
 
Menggunakan perkataan 'tuhan' (Ilaah atau jamaknya, Aalihah) terhadap apa sahaja makhluk yg ditaati selain Allah s.w.t. adalah berdasarkan metodologi Al-Quran, selain drp perkataan 'Toghuut' bg sembahan dan taatan selain Allah s.w.t. Sebg dalil: 


1. Surah Al-Nahl: 36 - "Dan sesungguhnya Kami telah utuskan bagi setiap umat itu seorang rasul yang masing-masing menyeru, "Abdikanlah diri kamu kepada Allah dan jauhilah Toghuut…" ('Toghuut' di sini ialah segala yg ditaati selain Allah s.w.t., bukan semata-mata berhala) 

2. Surah al-Furqaan: 43 dan al-Jaathiyah: 23 - "Apakah kamu tidak lihat ada orang yang mengambil hawa nafsunya sebagai tuhan…" (Hawa nafsu juga boleh jadi 'tuhan' apabila ia ditaati dan dituruti kehendaknya, maka begitulah juga pemimpin yg ditaati dlm keadaan pemimpin itu menyanggahi hukum Allah s.w.t.) 

Oleh itu, kerjasama utk merebahkan kerajaan yg telah diper'tuhan'kan adalah satu tuntutan Islam. Sekian, wassalam `ala man ittiba`a al-huda.


Tiada ulasan: