Jumaat, September 10, 2010

Beberapa Hukum Berkaitan Kanak-Kanak oleh Dr Abdul Basit..

3 keping gambar ini sebagai hiasan! Mereka antara kanak-kanak istimewa di Taman Sri Stella, Tawau (bawah Kerajaan Negeri Sabah).. saya abadikan di sini untuk keinsafan dan iktibar buat kita!

Beberapa Hukum Berkaitan Kanak-Kanak

sumber di sini


Dalam Perbincangan ini Abu Anas telah membincangkan beberapa isu yang berkaitan dengan kanak-kanak;

1. Air liur / Muntah.
2. Air Kencing.
3. Khitan.
4. Menyentuh Anak Kecil Dalam Solat.
5. Saf Kanak-kanak dalam Solat.


Untuk mendapat penjelasan tentang lima hukum ini sila ke bahagian rakaman di website ini.


Semoga mendapat manfaat darinya.



Anak-anak adalah permata dan harta yang tidak ternilai dalam hidup kita. Ia boleh membawa kebahagiaan, hiburan, kesenangan bagi ibu bapa di dunia dan akhirat jika kena caranya. Anak-anak adalah asset kita, pelaburan kita untuk keuntungan kedua-dua kehidupan, Insya’Allah.

Jika silap didikan dan asuhan ia akan membawa bala, bencana, keaiban dan kesedihan hidup di dunia dan akhirat. Nauzubillah.
Anak adalah anugerah Allah.


Firman Allah yang bermaksud: {Kepunyaan Allah-lah kerajaan langit dan bumi, Dia menciptakan apa yang Dia kehendaki. Dia memberikan anak-anak perempuan kepada siapa yang Dia kehendaki dan memberikan anak-anak lelaki kepada siapa yang Dia kehendaki. Atau Dia menganugerahkan kedua jenis laki-laki dan perempuan (kepada siapa) yang dikehendaki-Nya, dan Dia menjadikan mandul siapa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha Kuasa}. [Asy-Syura: 49-50].


Anak adalah ujian. Allah swt telah berfirman:
{ إِنَّمَا أَمْوَالُكُمْ وَأَوْلادُكُمْ فِتْنَةٌ وَاللهُ عِنْدَهُ أَجْرٌ عَظِيمٌ }
 

Maksudnya: {Sesungguhnya hartamu dan anak-anakmu hanyalah cubaan (bagimu), dan di sisi Allah-lah pahala yang besar.} [At-Taghabun:15].

Menunjukkan kasih sayang dan rahmat terhadap anak-anak sangat dituntut. Bahkan hidup ini tidak dapat dibayangkan tanpa kasih sayang dan rahmat-merahmati.
 

Rasulullah saw sendiri sangat menyenangi dan melayan anak-anak kecil dengan selayaknya, pernah Baginda saw bersolat bersama para sahabat, Baginda sujud terlalu lama, apabila ditanya selepas itu kenapa, Baginda saw memberitahu bahawa cucundanya Hasan naik diatas tengkuknya sewaktu sujud, Baginda lalu menunggu sehingga Hasan turun.
Tanggungjawab ibu bapa yang paling penting adalah mendidik anak-anak untuk beribadat kepada Allah SWT, kerana Allah tidak menjadikan manusia itu kecuali untuk beribadat kepada-Nya. 


Sebagaimana firman Allah: { وما خلقت الجن والإنس إلا ليعبدون }

Maksudnya: {Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku.} [Az-Zariyat: 56].
Ibadat yang paling agung ialah solat. Maka wajib ke atas ibu bapa menyuruh anak-anaknya solat.


Ajaran Rasulullah saw cara mendidik anak yang mula membesar dapat dilihat sebagaimana sabda Rasulullah:
Maksudnya: “Perintahkanlah anak-anak kamu solat apabila mereka berumur tujuh tahun. Apabila mereka berumur sepuluh tahun, pukullah mereka jika mereka tidak mengerjakannya dan pisahkanlah mereka (di antara anak lelaki dan perempuan) di tempat tidur.” [H.R: Ahmad dan Abu Daud No. 495].
 

Didikan ibu bapa memberi kesan yang paling besar terhadap anak-anaknya. Tidak mungkin untuk ibu bapa mendapat manfaat dari anaknya kecuali dari anak yang soleh. Anak-anak solehlah yang patuh dan berbuat baik kepada ibu bapa, mendoakan kebaikan untuk mereka dan bersedekah untuk mereka selepas mereka mati.

Maka Allah memerintahkan agar ibu bapa mendidik dan mentarbiah anak-anak dengan hukum Syariah. Ini adalah sebesar-besar kebaikan dari seorang bapa untuk anaknya, bahkan ia pada hakikatnya adalah kebaikan untuk si bapa itu sendiri. Ini kerana anak yang soleh itu akan memberi manfaat kepada ibu bapanya semasa hidup dan selepas mati mereka nanti.


Tetapi jika anak itu fasiq dan rosak, dia akan memudharatkan ibu bapanya semasa hidup dan tidak akan dapat memberikannnya apa-apa faedah selepas mati.

Tiada ulasan: