Sabtu, Julai 31, 2010

Menteri: Pemuda Umno usah berkokok !

Menteri: Pemuda Umno usah berkokok
Jul 31, 10 5:41pm

Cadangan Pergerakan Pemuda Umno supaya kerajaan turut membenarkan pensyarah dan mahasiswa melibatkan diri dalam politik seperti yang diberikan kepada guru perlu dipertimbangkan secara mendalam.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata universiti dijadikan sebagai gelanggang politik dikhuatiri akan menimbulkan pelbagai masalah pada masa akan datang.

"Proses mempengaruh akan berlaku sekiranya universiti itu dijadikan gelanggang politik. Walaupun cadangan itu disertakan dengan syarat iaitu pensyarah perlu beri perhatian mengajar dan pelajar beri perhatian untuk belajar, namun, tetap akan menimbulkan masalah," katanya pada majlis penyampaian
hadiah golf amal anjuran Majlis Kebajikan dan Pembangunan Penyayang (Mayang) Parlimen Pasir Gudang, di Johor Bharu, hari ini.

------------------
respon : mahasiswa ikut UMNO, bleh pulak.. guane?

Isu : Himpunan Warga Felcra Peringkat Kebangsaan di Felcra Bandar Seberang Perak. Polis tak beri permit???

www.harakahdaily.net

Menurutnya, selain SMS, berita pembatalan juga disiarkan melalui stesen radio RTM negeri hari ini.

Pihak polis juga jelasnya telah mengeluarkan arahan supaya rakyat tidak menghadiri himpunan tersebut kerana didakwa tiada permit.

Mazlan bagaimanapun bertegas program tersebut tidak menyalahi undang-undang kerana dibuat ditanah persendirian milik seorang ahli PAS di kawasan tersebut.

Penganjur juga sebelum ini telah dua kali memohon permit dari pihak polis namun ditolak.

Himpunan tersebut bermula malam ini bertempat di Felcra Bandar Seberang Perak (Changkat Lada) dianjurkan oleh Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat.

Sebelum ini penganjur himpunan tersebut telah menerima pelbagai ugutan agar membatalkan program tersebut.

Peserta Felcra pula diberi amaran agar tidak menghadiri program tersebut.

Semalam, Felcra menggunakan masjid di sekitar Pasir Salak memberi amaran kepada peneroka bahawa mereka akan ditangkap jika terlibat dengan himpunan tersebut.

Semalam juga Pengerusi Felcra, Datuk Tajuddin Abdul Rahman memberi amaran  mengeluarkan kenyataan mahu menyaman penganjur jika program ini memfitnah Felcra.

Ekoran amaran terbaru itu juga, Anak menjemput Tajudin untuk bersama dalam himpunan tersebut.

KJ vs Ibrahim Ali Esok!


KJ vs Ibrahim Ali Ahad ini
Jul 30, 10 12:52pm
Kongsi 193
Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Datuk Ibrahim Ali akan berkongsi pentas dalam sebuah forum membincangkan politik ideologi dan bangsa dalam Sidang 
 Kemuncak Pelajar Malaysia ke-4 Ahad ini.

Mereka akan bertemu dalam majlis tersebut yang berkemungkinan besar bertukar menjadi debat.

FRU kawal jalan masuk ke Himpunan Warga Felcra MALAM INI!


Harakahdaily   
PASIR SALAK, 31 Julai: Anggota pasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dan anggota polis berpakaian biasa mulai mengawal jalan masuk ke tapak Himpunan Warga Felcra Peringkat Kebangsaan di Changkat Lada, sejak kira-kira jam 8.30 malam ini.

Tiga trak FRU dengan 15 anggota di samping sekitar 20 anggota polis berpakaian biasa berada di kawasan berkenaan yang menyulitkan penduduk setempat dan pengunjung ke tapak himpunan itu.

Pada malam ini, beberapa pemimpin PAS, antaranya AJK PAS Pusat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan Mazlan Aliman (gambar kiri) dijangka akan menyampaikan ceramah di situ.

Sementara itu Mazlan ketika ditemui berkata, penempatan anggota polis dan FRU tersebut sebagai usaha menakut-nakutkan orang ramai ke program tersebut.

"Saya tak nampak program kita ini mengganggu, kita buat jauh dari kediaman orang dan atas tanah persendirian.

"Pada saya ini kesan ketakutan Umno BN," katanya.

Bagaimanapun beliau masih menaruh harapan kepada pihak keselamatan untuk tidak mengganggu ceramah malam ini.


Pada malam ini juga pengurusan Felcra menganjurkan majlis Tilawah al-Quran di Dewan Besar Felcra kira-kira 500 meter dari himpunan warga Felcra yang dianjur Pakatan Rakyat.

Majlis Tilawah itu bagaimanapun menurut Mazlan, usaha Felcra bagi mengganggu himpunan yang diadakan.

Asyraf juara Imam Muda Pertama!

Asyraf juara Imam Muda


JUARA Imam Muda musim pertama, Muhammad Asyraf Mohd. Ridzuan (kiri) bersama pengetua, Hassan Mahmood (dua dari kiri); tenaga pengajar, Sharizan Daud At-Turabi serta pemenang tempat kedua, Hizbur Rahman Omar Zuhdi (kanan). – UTUSAN / MOHD NAIM AZIZ


KUALA LUMPUR 30 Julai – Setelah tiga bulan bersiaran, program pencarian imam di kalangan generasi muda iaitu Imam Muda akhirnya menobatkan Muhammad Asyraf Mohd. Ridzuan sebagai juara.

Kemuncak program pertama di dunia yang mengangkat peranan imam ke kaca televisyen itu berlangsung di Dewan Muktamar, Kompleks Pusat Islam malam ini.

Program itu turut mendapat perhatian dan permintaan daripada beberapa stesen penyiaran gergasi luar negara termasuk salah sebuah rangkaian televisyen di Switzerland dan Turki.

Mahasiswa mati jatuh bangunan.. kesilapan yang WAJIB DIBERI PERHATIAN!


Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 30 Julai: Seorang Mahasiswa Pusat Asasi Sains Universiti Malaya (Pasum) hari ini meninggal dunia setelah jatuh dari tingkat 5 bangunan Kolej Kediaman Dr Nazrin Shah (Kolej Kediaman Ke-12) di sini.

Kejadian berlaku selepas solat Jumaat kira-kira jam 2.35 petang tadi.

Menurut sumber, mangsa Zulkhairi Azmi bin Md Bukhari, 19 tahun, jatuh ketika ingin menyeberang tingkap ke bilik rakannya di bilik bersebelahan dengan meniti beranda.

Sebahagian gambar ketika dan setelah Banjir Besar di Kpg Pasir Putih, Tawau (malam Jumaat lalu)

Banjir Kg Pasir Putih tawau, gambar sumbangan Enchek Zsuperc

  
Malam banjir 29/07/2010
pict Chie Kassim's

  
Malam banjir 29/07/2010
pict Chie Kassim's

  
Malam banjir 29/07/2010
pict Chie Kassim's

  
Banjir Kg Pasir Putih tawau, gambar sumbangan Enchek Zsuperc
Lihatlah kekuatan air.. belum gempa lagi!

  
Banjir Kg Pasir Putih tawau, gambar sumbangan Enchek Zsuperc

  
Banjir Kg Pasir Putih tawau, gambar sumbangan Enchek Zsuperc

 
Banjir Kg Pasir Putih tawau, gambar sumbangan Enchek Zsuperc

mantan Presiden MCA menipu kerajaan Malaysia???

PKFZ: Ling hadapi tuduhan tipu kerajaan M'sia
Hazlan Zakaria & Lee Way Loon
Jul 29, 10
12:04pm
Kongsi 265
Bekas menteri pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen Putrajaya atas tuduhan menipu kerajaan Malaysia dengan memperdaya Jemaah Menteri berhubung pembelian tanah untuk projek ”Mega Distribution Hub” di Pelabuhan Klang.
Ling, 67, juga adalah bekas presiden MCA.

Umno salah tidak benar guru berpolitik?


Muhammad Yusri Amin   
KOTA BHARU, 30 Julai: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menganggap tindakan tidak membenarkan guru bergiat dalam politik sebelum ini adalah tindakan yang salah, bahkan sebagai pengamal ilmu salah.

Ini, katanya kerana golongan guru adalah mereka yang mempunyai ilmu dan mengerti dalam banyak perkara.

Jadi, macam mana orang yang mengerti tidak dibenarkan berpolitik? Itu satu kerja yang salah Umno.

“Kenapa disekat cikgu, disekat tok guru daripada berpolitik?  (Adakah kerajaan) takut diketahui keburukan mereka?
“Doh mu buat buruk (maka) diketahui oranglah,” katanya sambil mengulangi penegasannya bahawa golongan guru sepatutnya dibenarkan bergiat dalam politik sejak awal-awal lagi.

Baginya, akta mengenai sekatan itu tidak ada di atas dunia ini.
Ini kerana ‘politik’ adalah menyentuh segala perkara termasuk bidang akidah, ibadat, ekonomi dan rumah tangga.


Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan menyifatkan bergiat dalam bidang politik diberi ganjaran pahala oleh Allah swt selain mendapat dosa sekiranya dilakukan tidak selaras dengan ajaran Islam.

Nabi Muhammad s.a.w. sendiri adalah ‘orang politik’ yang paling terkemuka, Baginda menjaga orang (umatnya) dari dunia sampai ke akhirat, bukan menjaga mereka setakat di kubur saja,” katanya.

Mengulas sama ada kebebasan berpolitik di kalangan guru boleh menjejaskan prestasi mereka di sekolah, Mursyidul Am PAS itu berkata itu terserahlah kerapa sikap guru berkenaan.

“Saya adalah orang politik, sejak dahulu saya mengajar agama.  Di samping bertugas mengajar, tidak ada apa pun gangguan.

Bencana Alam di Tawau! Banjir di Pasir Putih, Tawau dan Jalan Tawau-Semporna-Kunak (yang terputus) dibuka kembali mulai 2 ptg Jumaat 30/7/2010

* Jalan Tawau-Semporna Kilometer 42 yang terputus, difahamkan jalan ini memang sudah ada potensi runtuh sebegini sebelum ini, cuma dipejamkan mata.. difahamkan juga beberapa kemalangan juga berlaku di sini.. sekarang, ia 'memberontak'!
 

www.hmetro.com.my

Sementara itu, sebanyak 300 rumah di Kampung Pasir Putih, dekat sini dinaiki air dalam kejadian banjir kilat pada pukul 7.45 malam tadi(Khamis malam Jumaat 29/7), kata Presiden Majlis Perbandaran Tawau Ismail Mayakub.


"Air mula surut kira-kira tiga jam kemudian dan setakat pukul 9.30 pagi ini seramai 180 keluarga ditempatkan di Masjid An-Nur, Kampung Pasir Putih," katanya. -Bernama 


respon : Pasti Pasir Putih juga teruk.. katanya penduduk di sana melarikan diri hingga ke bumbung.. air naik setinggi 5 meter dari paras tanah.. ada yang tinggal sehelai sepinggang...  malang, saya belum mempunyai gambar... 
------------------------



Jalan Tawau-Semporna-Kunak dibuka kembali
Jul 30, 10 10:54amWWW.MALAYSIAKINI.COM/B,
Kongsi 52
Jalan raya di kilometer 42, Jalan Tawau-Semporna terputus lewat malam tadi mengakibatkan ratusan pengguna jalan raya dari kedua-dua arah tidak dapat meneruskan perjalanan ke destinasi masing-masing.

Tinjauan Bernama di lokasi mendapati tebing kiri dan kanan jalan raya itu runtuh akibat hakisan banjir yang berlaku di kawasan itu malam tadi.

Jalan raya berkenaan merupakan jalan utama bagi pengguna untuk destinasi Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu dan Sandakan.

Seorang penumpang bas yang menggunakan jalan itu Ahmad Hadi, 56, berkata bas yang dinaikinya dari Sipitang tiba di kawasan itu pada pukul 5 pagi dan ketika itu berpuluh-puluh kenderaan telah terkandas.

"Saya dimaklumkan seorang pengguna jalan raya yang mula-mula sampai di tempat kejadian bahawa jalan berkenaan runtuh pada kira-kira pukul 10 malam tadi," katanya.

Bagaimanapun, bermula petang ini, Bernama melaporkan, jalan tersebut kini dibuka semula untuk kenderaan.

Pembantu Menteri Kewangan Sabah Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan berkata beliau dimaklumkan oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) bahawa jalan berkenaan mula dibuka kepada lalu lintas dari kedua-dua arah pada pukul 2 petang.

-----------------------------------------------

PAGI tadi > Jalan raya utama menghubungkan Tawau-Semporna terputus

30/07/2010 10:39am utusan.com.my

TAWAU 30 Julai — Jalan raya di kilometer 42, Jalan Tawau-Semporna terputus lewat malam tadi mengakibatkan ratusan pengguna jalan raya dari kedua-dua arah tidak dapat meneruskan perjalanan ke destinasi masing-masing.

Tinjauan Bernama di lokasi mendapati tebing kiri dan kanan jalan raya itu runtuh akibat hakisan banjir yang berlaku di kawasan itu malam tadi.

Jalan raya berkenaan merupakan jalan utama bagi pengguna untuk destinasi Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu dan Sandakan. Seorang penumpang bas yang menggunakan jalan itu Ahmad Hadi, 56, berkata bas yang dinaikinya dari Sipitang tiba di kawasan itu pada pukul 5 pagi dan ketika itu berpuluh-puluh kenderaan telah terkandas.

"Saya dimaklumkan seorang pengguna jalan raya yang mula-mula sampai di tempat kejadian bahawa jalan berkenaan runtuh pada kira-kira pukul 10 malam tadi,” katanya. - Bernama

Khamis, Julai 29, 2010

Perancis isytihar perang ke atas al-Qaeda.. yang dia tak isytihar, belambak dia bunuh orang Islam di Afrika!

Perancis isytihar perang ke atas al-Qaeda

http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0729&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_03.htm 

PARIS 28 Julai - Perancis mengisytiharkan perang ke atas al-Qaeda yang disusuli dengan serangan pertama negara itu ke atas sebuah kem cawangan rangkaian militan tersebut di Afrika Utara, selepas pengganas membunuh seorang pekerja bantuan Perancis yang diculik pada April lalu.

Perisytiharan perang dan serangan tersebut menandakan perubahan strategi bagi Perancis yang selalunya tidak menghebahkan kempennya yang dijalankan di sebalik tabir dalam memerangi keganasan.
-------------------respon :
Apakah ciri-ciri persamaan insan-insan di bawah??? 
Jika salah seorang dari mereka dikata pengganas, bermakna menghukum semua 'pengganas'? sedangkan semuanya menjalankan apa yang termaktub dalam Al-Quran... ayat 1 surah Fatihah.. itulah ayat yang dibaca dan dihayati semua mereka... siapa yang ganas? Barat dan Amerika Syarikat yang diperkudakan oleh Zionis!
Almarhum Ust Yusuf Rawa (kanan)
3 Pejuang Islam (kiri) :
(Dr. Abdullah Azzam, Shekh Ahmad Yasin, Ibn Ladin)

  
DI MANA KAH KEGANASAN 
PADA WAJAH IKHLAS MEREKA??
Dr. Wahbah Az-Zuhaili

mahkamah : Islam adalah agama yang benar.. ganas bukan ajaran Islam.. bukan Islam yang labelkan Islam ganas.. akhirnya umat Islam sendiri memandang sesama Islam, ada yang ganas.. terikut dakyah Barat!

21 kes pelajar sekolah mengandung luar nikah

ARKIB : 28/07/2010

21 kes pelajar sekolah mengandung luar nikah 

http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0728&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_07.htm

28/07/2010 12:44pm

KUALA LUMPUR 28 Julai - Kementerian Pelajaran hanya mengesan sebanyak 21 kes pelajar yang mengandung luar nikah di sekolah bandar dan luar bandar antara tahun 2006 hingga 2010.
Timbalan Menterinya, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, 12 kes yang direkodkan itu berlaku di sekolah luar bandar sementara sembilan kes lagi berlaku di sekolah bandar.

"Sebanyak 20 kes mengandung luar nikah itu juga berlaku berdasarkan suka sama suka antara pelajar dan pasangan mereka sementara satu kes melibatkan jenayah rogol.

"Kesemua kes ini dikumpulkan berdasarkan sumber laporan akhbar, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, sekolah terbabit dan Jabatan Kebajikan Masyarakat," katanya.

Menurutnya, masalah sosial ini berterusan berikutan naluri kedewasaan pelajar di samping kebebasan keterlaluan yang diberi keluarga sehingga kejadian berkenaan berlaku di rumah dan bilik pelajar itu sendiri.
 -------------------
mahkamah : Sebab di atas boleh diterima.. saya berpendapat.. sebab 'kurang didikan agama', masalah diri pelajar, masalah ibubapa kurang kemahiran mendidik.. kurang ilmu di dalam dada.. antara punca yang bisa diberikan bagi kes di atas... 

MB bidas Khir, - 'pesara lombong haram'?.. DS Khir Toyo terlibat sebenarnya?.. aiyya... Lihat royalti jualan pasir semasa PR memerintah!


MB bidas Khir, - 'pesara lombong haram'http://www.malaysiakini.com/news/138590
Regina Lee
Jul 28, 10
6:27pm
Kongsi 45
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini melabelkan Ketua Pembangkang Negeri, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo, sebagai “pesara lombong pasir haram”.
Ditanya pada sidang akhbarnya mengenai dakwaan bekas menteri besar itu yang menuduh syarikat milik kerajaan negeri - Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) membayar royalti yang berkurangan berbanding ketika beliau mentadbir Selangor, Khalid menjawap dengan sinis.

“Khir Toyo tahu semua butirannya. Saya fikir dia mesti terbabit dalam perniagaan melombong pasir sebelum ini - kemungkinan besar yang beroperasi secara haram. Saya tidak mahu komen pelombong pasir haram yang sudah bersara itu,” katanya.

Khir mendakwa KSSB hanya membayar royalti RM12,000 kepada kerajaan negeri di sebalik memungut hasil RM734,000 tahun lalu.

-------------------
mahkamah : uish.. 

1) masa BN perintah.. royalti jualan kira2.. RM 12.20 juta!


2) masa PR perintah -- royalti jualan pasir (sebelum cukai) .. 
RM  37.23 juta!


Kan jauh tu nilai... PR dapat jual dgn keuntungan berlipat ganda .. kan kan..