SUMBER
"SPR berpendapat sistem pengundian pos yang sedia ada masih lagi relevan.
Abdul Aziz berkata, bagaimanapun pindaan itu tidak terpakai bagi pelajar dan mereka yang bertugas di luar negara serta anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang bertugas di perbatasan.
Mengulas lanjut, beliau berkata undi pos tidak boleh dimansuhkan kerana membabitkan isu keselamatan negara kerana pemansuhannya mengakibatkan pemilih daripada kalangan anggota keselamatan meninggalkan tugas untuk menunaikan tanggung jawab mengundi.
"Begitu juga bagi anggota polis yang tidak dapat melaksanakan tugas mereka menjaga ketenteraman awam kerana terpaksa berada di pusat mengundi untuk menunaikan tanggungjawab masing-masing.
"Selain itu, keadaan ini juga boleh menyebabkan pegawai, kakitangan dan pasangan mereka yang bertugas di luar negara serta pelajar dan pasangannya yang menuntut sepenuh masa di luar negara dihalang hak asasi mereka yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan