Jumaat, April 01, 2011

Pelajar Wajib Lulus Ujian Kelayakan B. Arab Sebelum Ke Al-Azhar ???

SUMBER
KUALA LUMPUR: Mulai tahun ini pelajar yang akan melanjutkan pelajaran dalam bidang pengajian Islam di Universiti Al-Azhar, Mesir diwajibkan mengikuti peperiksaan kelayakan Bahasa Arab oleh universiti itu.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, calon-calon yang mengikuti peperiksaan itu akan dinilai berdasarkan tiga tahap iaitu cemerlang, sederhana dan lemah.

"Calon-calon yang cemerlang akan terus ditawarkan tempat ke Al-Azhar, manakala calon yang menunjukkan pencapaian sederhana akan diminta mengikuti kelas Bahasa Arab selama tiga bulan di Pusat Bahasa Arab di universiti itu di Kaherah.

"Bagi calon-calon yang didapati lemah, mereka diminta mengikuti kelas Bahasa Arab di kolej (maahad) Bahasa Arab Universiti Al-Azhar di Malaysia," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, Jumaat.
Mohamed Khalid berkata, syarat baru itu dipersetujui bersama oleh Syeikh Al-Azhar, Dr Ahmad Mohamed El-Tayeb ketika lawatan rasmi beliau selama lima hari ke Mesir pada 16 hingga 20 Mac lepas.

Dalam lawatan itu, Mohamed Khaled turut bertemu rakan sejawatannya, Menteri Pengajian Tinggi dan Penyelidikan Saintifik Mesir, Dr Amr Ezzat Salam.

Mohamed Khaled berkata, dengan pengenalan syarat baru itu, sebuah kolej Bahasa Arab akan ditubuhkan berserta tenaga pengajar dari Al-Azhar.

Tiada ulasan: