Khamis, September 30, 2010

Wow, Bot Terbang Milik Tentera Laut. Iran, Malaysia???.. copy dari tehranifaisal.blogspot.com

sumber dari sini











Iran...sungguh menggamamkan, ciptaan terbaru saintis persenjataan Iran iaitu bot terbang yang dilengkapi dengan penembak tepat. Hampir-hampir menepati imaginasi saya dalam 1511H Kombat.

26 keluarga suku Temuan perolehi pampasan RM6.5j. WOW!!!

 
30/09/2010 6:01pm

SHAH ALAM 30 Sept. – Sebanyak 26 keluarga Orang Asli daripada suku Temuan yang memperoleh pampasan RM6.5 juta daripada Kerajaan Persekutuan untuk tanah adat yang diambil bagi membina sebuah lebuh raya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini menerima bahagian masing-masing dalam satu prosiding di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Jumlah tersebut dibahagikan mengikut keluasan tanah dengan masing-masing menerima wang tunai antara RM40,000 dan RM496,000.

Sebanyak RM5.9 juta daripada pampasan itu dilaburkan ke dalam akaun Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) keluarga tersebut, manakala bakinya diberikan kepada dua tabung amanah, pembinaan balai adat dan pembayaran sagu hati tapak rumah. – Utusan

DUN Galas: SPR mesyuarat Rabu depan 6/10/10


Sep 30, 10 6:14pm
Kongsi 0
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan satu mesyuarat khas bagi membincangkan mengenai pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas pada Rabu depan di ibu pejabat SPR di Putrajaya.

Akses dokumen: Mahkamah beri keputusan 8 Okt ini -ISU lIWAT!


Sep 30, 10 7:15pm
Kongsi 0
Mahkamah Persekutuan akan membuat keputusan rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapatkan kenyataan saksi termasuk saksi utama Mohd Saifful Bukhari Azlan pada 8 Okt ini.
Peguam SN Nair, yang mewakili ketua pembangkang itu, berkata beliau dimaklumkan mengenai tarikh keputusan itu oleh timbalan pendaftar Mahkamah Persektuan, Jumirah Marjuki, hari ini.

Lagu tema Upin Ipin bawa pesan persahabatan- SAHABAT SELAMANYA NYANYIAN KUMPULAN PADI


Sep 30, 10 11:01am
Kongsi 44
Padi, sebuah kumpulan muzik sedang meningkat di Indonesia melancarkan album single, semalam dengan lagu berjudul "Sahabat Selamanya" untuk lagu tema siri kartun Malaysia "Upin Ipin", yang membawa pesan persabahatan Malaysia-Indonesia.
Penghormatan yang diberikan oleh produser kartun Upin Ipin itu kepada kumpulan muzik itu, sekaligus menjadi daya usaha diplomasi budaya dua negara bersahabat, di tengah-tengah ketegangan hubungan Malaysia-Indonesia sejak pertengahan Ogos lalu.

Walaupun penerbitan album single ini pada awalnya bukan bertujuan mengurangkan ketegangan suasana, namun kehadirannya diharap dapat menyejukkan hati masyarakat kedua-dua negara.

Pengarah Urusan Les Copaque Production Sdn Bhd Burhanuddin Radzi, produser siri kartun itu berkata penerbitan Upin Ipin bukan semata-mata untuk mencari keuntungan, tetapi juga berperanan menjaga hubungan kedua-dua negara.
“Pemilihan Padi adalah untuk memberi penghormatan kepada para peminat di Indonesia, yang selama ini telah menyokong Upin Ipin,” katanya.

Burhanuddin berkata ramainya peminat kartun itu di Indonesia dapat dilihat dari facebook watak dua adik beradik itu di mana peminat Indonesia mencapai 80 peratus dari sekitar tiga juta peminatnya.

Lagu "Sahabat Selamanya” menggambarkan persahabatan antara Upin Ipin dan kawan-kawannya, termasuk seorang budak perempuan bernama Susanti yang berasal

dari Indonesia.


TEKS PENUH

Felda kalah lagi! Ulasan Sdr Mazlan...

 "Untuk makluman sebelum akhir tahun lebih kurang 4,000 peneroka akan menyaman Felda. Kalau saman ini berjalan (difailkan), ia akan memberikan reputasi yang sangat buruk kepada Felda," pengerusi ANAK Mazlan Aliman dalam satu sidang media di ibu negara.

Beliau mengulas laporan yang memetik Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan mendakwa ada pihak menghasut peneroka Felda supaya mengambil tindakan saman ke mahkamah berhubung isu manipulasi perahan buah kelapa sawit susulan kemenangan mereka di Felda Kemahang itu.

Berhubung isu tuntutan wang tanaman semula pula, Mazlan berkata beliau menerima panggilan terlefon daripada peneroka yang hendak menyaman Felda berhubung isu tuntutan wang tanaman semula selepas keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan menyebelahi peneroka semalam.


"Atas dua kes ini, reputasi Felda sangat buruk. Ini bukan soal hasutan, (tetapi) ini adalah (hasil) kesedaran daripada masyarakat peneroka sendiri," kata Mazlan (kiri) yang juga ahli jawatankuasa pusat PAS.

Mazlan yang juga ketua penerangan PAS Johor menuntut agar Felda menghentikan khidmat anak syarikatnya Techno Plant Sdn Bhd yang menyelenggara kebun peneroka kerana "gagal memberi pulangan yang memuaskan kepada peneroka".


TEKS PENUH

Kes dadah 753kg: KPN jamin siasat salah laku anggota



30/09/2010 7:51pm

KUALA LUMPUR 30 Sept — Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar memberi jaminan siasatan menyeluruh akan dijalankan ke atas kes salah laku 10 anggotanya berhubung kes rampasan dadah bernilai RM254 juta di dalam sebuah lori di Rompin, Pahang, Mei tahun lepas.

Katanya, beliau telah mengarahkan agar siasatan dalaman dapat dijalankan secara terperinci dan tindakan diambil ke atas mereka.
"Siasatan sedang dijalankan, kita tidak mahu perkara seperti ini berulang lagi,” katanya pada sidang berita di Bukit Aman di sini hari ini.

Beliau mengulas kes seorang pemandu lori, Lee Yong Toe, 48, yang telah dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuantan semalam atas tuduhan mengedar 753 kilogram syabu bernilai RM254 juta.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Akhtar Tahir berkata, pihak pendakwaan gagal membuktikan dadah yang dirampas itu milik tertuduh selain memanggil dua saksi penting berhubung kes itu.

Penyelewengan Felda bukti Umno khianat Melayu ???



Dzulfikar Mashoor   
KUALA LUMPUR, 30 Sept: Kemenangan peneroka Sungai Koyan 2 dan 3 terhadap Felda membuktikan bahawa badan berkanun yang dikuasai Umno itu adalah benar-benar pengkhianat Melayu.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembelaan Peneroka (Tindak), Salahuddin Ayub berkata ianya juga menjelaskan lagi bahawa sememangnya berlaku penyelewengan dan penipuan biarpun dinafikan berkali-kali pihak Felda.

"Kemenangan peneroka Felda baru-baru ini memang menampakkan penyelewengan, penipuan serta salah guna kuasa (oleh) Felda ke atas peneroka."

"Kalau benar Umno mengatakan bahawa mereka adalah pejuang Melayu, 99.9 peratus peneroka yang terbabit adalah peneroka-peneroka Melayu," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS hari ini.

Beliau mengulas kemenangan kes 10 peneroka dari Felda Sungai Koyan 2 dan 3 semalam.




Dipenjara 25 tahun kerana tikam teman wanita 36 kali?


30/09/2010 8:08pm

SHAH ALAM 30 Sept. – Seorang penyelenggara barangan elektrik tergamak menikam teman wanitanya sebanyak 36 kali sehingga mati menggunakan sebilah pisau hanya kerana mangsa berhasrat untuk memutuskan hubungan dengannya.

Tertuduh, G. Selvaraaj, 26, bagaimanapun hari ini menerima balasan yang setimpal apabila dijatuhi hukuman penjara 25 tahun oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam selepas mengaku bersalah melakukan kesalahan itu, dua tahun lepas.
-----------------
RESPON : CINTA BUKAN KEPADA ILAHI.. MENYESAL TAK SEDAR DIRI..

Gelaran 'Temenggong' Tengku Fakhry ditarik


Sep 30, 10 3:11pm
Kongsi 107
Sultan Kelantan, Sultan Muhammad ke-V menarik balik pelantikan dan penganugerahan gelaran 'Temenggong' dan Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (DK) (Al-Yunusi) yang ditauliahkan kepada adindanya, Tengku Muhammad Fakhry Petra Sultan Ismail Petra berkuatkuasa hari ini. 

Pengumuman itu dibuat oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Aiseri Alias pada satu sidang akhbar di pejabatnya di Kota Bharu setelah surat pemakluman itu diserahkan kepada kakitangan Istana Mahkota, Kubang Kerian di Kota Bharu, 10 pagi tadi.

Mohd Aiseri berkata, Sultan Muhammad Ke-V turut menarik balik tauliah pelantikan Ahli Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (SPMK) (Al-Muhammadi) yang dianugerahkan sebelum ini kepada Tengku Muhamad Fakhry (kiri).

"Penarikan telah dimaklumkan kepada Yang Amat Mulia Tengku Muhammad Fakhry Petra hari ini melalui surat kepada beliau yang dialamatkan di Istana Mahkota, Kubang Kerian,” katanya.
Tengku Muhammad Fakhry Petra merupakan anakanda ketiga kepada Sultan Ismail Petra manakala Sultan Muhammad Ke-V adalah yang sulung.

Tanam semula: Peneroka patut tuntut RM17,000



Dzulfikar Mashoor   
KUALA LUMPUR, 30 Sept: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) berpendapat, lebih 11,000 peneroka yang mematuhi prosedur Felda sepatutnya menuntut bayaran tanam semula masing-masing.

Menurut pengerusinya, Mazlan Aliman, Mahkamah Tinggi Kuantan semalam telahpun memutuskan bahawa 10 peneroka Felda Sungai Koyan 2 dan 3 berhak mendapat bayaran RM1,700 seekar.

"Penanam secara sendiri kelapa sawit (membabitkan) lebih kurang 11 ribu orang, lebih tujuh hingga lapan tahun mereka keluar modal sendiri dengan ikut semua prosedur Felda.

"Dengan kemenangan yang disahkan oleh Mahkamah Tinggi ini membuktikan (bahawa) apa yang diperjuangkan oleh peneroka adalah betul dan Felda wajar menunaikan janji," ujarnya ketika dihubungi Harakahdaily.

'Perang' PERKASA: Kolej Dong Zong kecut


Lee Way Loon
Sep 30, 10
2:39pm
Kongsi 59
Program Namewee di Kolej New Era di Kajang malam ini dibatalkan ekoran amaran Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) untuk 'mengekori' ke mana saja penyanyi rap kontroversi itu mengadakan siri jelajahnya.
Menurut kolej milik NGO pendidikan Cina terbesar Dong Zong itu, pembatalan itu disebakan mereka tidak gembira dengan insiden yang berlaku di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) pada malam Selasa.

"Bagi menghindarkan dan melindungi keselamatan, program Namewee yang sepatutnya berlangsung pada jam 7.30 malam ini dibatalkan," demikian menurut satu kenyataan.
Tahniah kepada PERKASA

Sementara itu, pengurus Namewee, Fred Chong turut mengesahkan, persembahan ketiga dalam siri jelajah artis Cina daripada Muar itu dibatalkan.
"Kolej New Era takutkan PERKASA. Majlis itu dibatalkan dan PERKASA boleh dikira berjaya," katanya kepada Malaysiakini ketika ditanya alasan sebenar di sebalik tindakan mengejut itu.

Bagaimanapun, tambahnya, demonstrasi tersebut seharusnya dibenarkan kerana Malaysia merupakan sebuah negara demokrasi seperti mana persembahan itu juga tiada sebab dibatalkan.

Manakala Namewee pula menulis dalam laman Facebook tentang kejayaan bantahan PERKASA itu.
"Saya ucapkan tahniah kepada PERKASA atas kejayaan itu. Semua promosi telah dibatalkan.

"Saya mahu beritahu, semua penganjur takutkan PERKASA, PERKASA menang tetapi Malaysia telah kalah," tulisnya.
Pada kejadian itu, kira-kira 50 anggota PERKASA berhimpun di luar perkarangan KLSCAH.
Mereka membantah kehadiran rapper kontroversi Namewee sebagai penceramah di forum anjuran dewan tersebut dengan membawa sepanduk PERKASA dan bendera Malaysia serta kemudiannya membakar gambar Namawee.

Mencarut 

Kumpulan itu juga melontarkan kata-kata kesat dan mencarut kepada Namawee atau nama sebenarnya Wee Meng Chee.
Ketua Wira Perkasa, Arman Azha Abu Hanifah yang mengetuai perhimpunan itu cuba berunding dengan polis untuk memasuki dewan tersebut namun dihalang polis dengan menutup pagar dewan berkenaan.

Mereka kemudiannya meminta polis memanggil Namwee keluar dari dewan itu namun tidak diendahkan. Ini diikuti dengan kata-kata cacian 'Namewee babi' dan 'pengkhianat'. 

Namun kehadiran kira-kira 100 anggota polis termasuk Pasukan Polis Simpanan (FRU) dari Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi berjaya mengawal keadaan dengan tiada sebarang kejadian yang tidak dingini dilaporkan.

Wang judi dipulangkan.. Kata orang UMNO tu lebih!


SEKUMPULAN warga emas memulangkan wang ehsan dan bantuan fakir miskin yang diterima daripada kerajaan negeri Pulau Pinang yang dipercayai bersumberkan wang judi pada satu majlis di Penaga, Kepala Batas, Pulau Pinang, semalam. – utusan/Sazali Che Din


KEPALA BATAS 29 Sept. – Seramai 40 penerima bantuan program basmi kemiskinan serta wang ihsan sebanyak RM100 daripada kerajaan negeri hari ini bertindak memulangkan semula wang itu kerana ragu-ragu program tersebut dibiayai menggunakan dana perjudian.

Mereka yang terdiri daripada sekumpulan warga emas serta fakir miskin sekitar kawasan berkenaan memulangkan wang tersebut dalam satu majlis di Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penaga di sini hari ini.

Secara simbolik, kumpulan tersebut beramai-ramai memasukkan wang ke dalam sebuah tabung yang akan diserahkan semula kepada kerajaan negeri pakatan pembangkang dalam masa terdekat.

Ku Li jadi tumpuan p'raya kecil DUN Galas. Memang menguji 'ukhuwah' jugak..


Sep 29, 10 1:59pm
Kongsi 0
Ketua Umno bahagian Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah akan membantu BN merampas semula DUN Galas, manakala PAS pula berharap pemimin veteran Umno itu akan mengambil sikap 'low profail' dalam pilihan raya kecil Galas nanti.

Kerusi DUN Galas kosong berikutan kematian penyandangnya, Chek Hashim Sulaima, 46, dari PAS petang kelmarin kerana barah usus.

Chek Hashim menewaskan calon BN Mohamad Saufi Deraman dalam pilihan raya umum 2008 dengan majoriti 646 undi.

Calon PAS itu mendapat 4,399 undi mengalahkan Mohd Saufi memperolehi 3,753 undi.

Dun Galas mempunyai komposisi kaum dengan majoriti Melayu seramai 6,200, Cina (1,900), India (170) dan Orang Asal (2,000).
Galas adalah antara tiga DUN dalam parlimen Gua Musang yang diwakili oleh Tengku Razaleigh. Dua lagi DUN ialah Nenggiri dan Paloh yang menangi oleh BN.

Tengku Razaleigh (kanan) yang dihubungi Berita Harian di London, dilaporkan berkata ia boleh dilakukan dengan lebih berkesan jika beliau diberi peranan untuk menggerakkan dan mengatur pelbagai persiapan seperti tanggungjawab sebagai pemimpin tertinggi di bahagian itu.

“Saya akan bekerja keras bersama pemimpin lain dalam bahagian bagi menentu kerusi DUN Galas yang sebelum ini dimenangi PAS kembali ke tangan BN,” katanya.

Gambar-gambar kenangan Univ Al al-Bayt, Mafraq, Jordan serta Pekan Mafraq oleh Pejuang Jordan (Nickname FB)

KLIK DI SINI UTK MELIHAT GAMBAR KENANGAN UNIVERSITI AL al-BAYT, MAFRAQ JORDAN..

Alamakkk... tangkap lentoklah kenangan banyak di sini...

* atas - LOGO UNIVERSITI

SATU UNDI LAMBANG DEMOKRASI PKR?

sumber di sini PDF Print E-mail
Written by Admin   
Monday, 27 September 2010 22:27

Oleh: KREW SABAHKINI.NET

MESYUARAT Ulung Cabang PKR Kalabakan yang diadakan petang tadi, 27 September 2010 telah berjaya membentuk jawatankuasa barunya dan barisan kepimpinan yang lebih mantap serta bertenaga sejurus selepas Mesyuarat Agong Pemilihan kepimpinan baru yang diadakan Tawau Sabah pada sabtu lalu bertempat di pejabat PKR Tawau, Sabah.

Dullah Hashim (gambar di atas) seorang muka baru telah terpilih menerajui kempimpinan PKR Cabang Kalabakan dalam perlawanan satu lawan satu untuk mengetuai pasukan PKR Kalabakan dilihat bertenaga bagi memimpin pasukan baru PKR Cabang Kalabakan Sabah ke arah ‘1Kalabakan’ lebih mencabar.

 Dalam percubaan pertamanya untuk menawarkan diri sebagai Ketua Cabang PKR Kalabakan, beliau telah berjaya menewaskan Penyandang Cabang PKR Kalabakan, Datuk Dr. Hamzah Hj. Amir dengan kelebihan 1 undi kerana Hamzah memperolehi 71 undi, manakala Dullah mendapat 72 undi.

Hamzah merangkap mantan Timbalan Pengerusi MPN Sabah terpaksa akur dan tunduk kepada keputusan demokrasi tulen bagi memberi laluan kepada Dullah Hashim seorang Pemimpin yang berpengalaman dan lebih mampu membawa PKR ke arah kegemilangan.

Hamzah yang juga abang ipar kepada Menteri KKLW, Datuk Shafie Apdal sebelum ini pernah menjadi Presiden Majlis Tawau telah gagal mempertahankan kerusinya dalam barisan kepimpinan Cabang PKR Kalabakan Sabah.

Bagi memastikan kekuatan barisan Cabang PKR Kalabakan, Dullah dalam mesyuarat pertama telah melantik berberapa calon yang tewas untuk menyertai pasukan untuk mengukuhkan kekuatan Cabang PKR supaya dapat disatukan ke arah perpaduan ahli ahli PKR di kawasan itu.

Dalam mesyuarat pertamanya yang diadakan 48 jam selepas beliau ditabalkan sebagai Ketua Cabang, Dullah Hashim telah membuktikan kewibawaannya dan kemampuannya apabila berjaya mengadakan mesyuarat ulung PKR Kalabakan yang dihadiri oleh kesemua Ahlijawatankuasa Cabang berkenaan dan seterusnya mampu membentuk perlantikan beberapa jawatan yang hendak diisikan tanpa membuang masa.

Bagi memastikan perpaduan dapat dimantapkan beliau telah mengumumkan bahawa ‘1 Undi’ lambang demokrasi di Kalabakan ini akan menjadi petanda ke arah ‘1Kalabakan’ dalam memantapkan barisan kepimpinannya.

Bagi memastikan kekuatan PKR Cabang di Kalabakan dan menyatukan ahlinya yang pernah bertarung dalam pertandingan baru-baru ini, beliau telah melantik seorang calon yang tewas di tangan pencabarnya untuk menyertai pasukan kepimpinannya iaitu Tahir Mail dengan tujuan merapatkan semula ahli-ahli PKR Kalabakan agar bekerja dalam satu pasukan untuk ‘1 Kalabakan’.

Tahil Mail Dilantik Naib Ketua Cabang Baru bagi merapatkan Barisan Pimpinan. 

Dullah juga mengumumkan perlantikan AJK penting yang terdiri dari :-

Yunos Bin Kahal     - sebagai Naib BARU Ketua Cabang Kalabakan
Jhon Bin Mursid      - sebagai Setiusaha BARU Cabang Kalabakan
Cheong Thien Sung - sebagai Bendahari BARU Cabang Kalabakan
Salim Bin Salleh  - sebagai Ketua Penerangan BARU Cabang Kalabakan


Sementara itu dalam mesyuarat ini juga beliau berjanji untuk menyerapkan semula pemimpin-pemimpin yang tercicir dan tidak terpilih supaya berkerjasama dalam pasukan Cabang Kalabakan, Sabah.
Mesyuarat ini telah dihadiri oleh kesemua Ajknya di antaranya; Mohd. Noor Bin Sakka, Hamzah Bin Baginda, Jumadil Bin Dumai, Kuyun Bin Ajau, Roslan Bin Atiw, Raili Bin Kahal, Darsono bin Salijan, Abdul Mutalib bin Untai, Nafisah Bte Yusop, Saiful Fadly Bin Dullah, Japri Bin Surong, Yusop bin Isid dan Thien Yun Fat.

Dengan kehadiran semua AJK PKR Cabang dan semua AJK dilantik, maka lengkaplah tugas tanggungjawab Cabang ini menjalankan peranannya sebagai barisan Perpaduan ke arah ‘1 Kalabakan’.

Dullah Hashim memohon supaya semua ahli PKR bersatu semula dan merapatkan pasukan PKR di kawasan ini dan merayu supaya pasukan yang telah dibentuk ini menjalankan tanggungjawab dan bersabar sementara waktu bagi memberi masa kepada beliau untuk memikir dan merancang masa depan PKR.

Dullah turut memohon kepada ahli yang tidak terpilih dalam pemilihan baru-baru ini supaya merapatkan perpaduan dan tidak menghancurkan harapan ahli-ahli PKR di kawasan berkenaan.

“Sebarang rasa tidak puashati yang hendak dikemukakan, saya sedia mendengarnya dan tidak perlu disampaikan kepada MPN atau Pusat, melainkan jika saya gagal mengambil tindakan,” rayu Dullah lagi.

Rabu, September 29, 2010

Peneroka menang lagi kes saman Felda DI kUANTAN!



Sep 29, 10 12:38pm
Kongsi 0
Mahkamah Tinggi Kuantan hari ini memutuskan peneroka Felda berhak mendapatkan bayaran tanam semula sebanyak RM1,700 seekar dari Felda walaupun mereka tidak menanam semula ladang mereka melalui badan berkanun itu, lapor Harakahdaily.

Kaputusan itu dibuat oleh Hakim Datuk Mariana Yahya berikutan saman yang dikemukakan oleh 10 peneroka Felda Sungai Koyan 2 dan 3 terhadap Felda kerana enggan membuat bayaran itu kepada mereka.
Namun, hakim memutuskan, bayaran berkenaan hendaklah dibuat oleh Felda dengan syarat peneroka memenuhi garis panduan yang telah ditetapkan oleh Felda.

Hakim menolak hujah pembelaan Felda yang menyatakan peneroka tidak berhak mendapatkan jumlah itu kerana jumlah caruman mereka tidak mencukupi.

Namun, hakim memutuskan Felda perlu membayar jumlah berkenaan kerana ia telah ditetapkan oleh Felda sendiri.

10 peneroka Felda itu diwakili oleh peguam Mohamed Hanipa Maidin manakala Felda diwakili oleh Tetuan Abdullah Zainudian yang diwakili oleh Puan Doshi.

PAS dedah dakwaan tipu baja Felda selepas raya



Abdul Rahim Sabri
Sep 2, 10
2:46pm
Kongsi 25
PAS akan mendedah selepas hari raya ini dakwaan penyelewengan berhubung pengredan dan penjualan baja yang dibekalkan oleh Felda, kata naib presidennya, Salahuddin Ayub hari ini.

Katanya, pendedahan itu akan dibuat oleh jawatankuasa khas bertindak pembelaan isu-isu peneroka (TINDAK) yang ditubuhkan pada 29 Ogos lalu.
"Kita akan membuat satu penyelidikan rapi bagi membongkar penyelewengan seperti isu wang tanam semula, (isu) penggredan baja dan Akta Penempatan Berkelompok.

"PAS berpendapat isu-isu (berkaitan) peneroka (ini) perlu diangkat menjadi satu agenda nasional," katanya dalam satu sidang akhbar di ibunegara hari ini.

Salahudin yang juga pengerusi TINDAK menjelaskan jawatankuasa khas ini turut berperanan memaksimakan pembelaan terhadap isu yang berkaitan peneroka di Dewan Rakyat.

Ketika dihubungi Malaysiakini kemudiannya, Salahuddin berkata: "Kita juga akan memberi khidmat nasihat dan guaman kepada (peneroka mengenai) isu-isu yang dianggap berprofil tinggi.

Ditanya mengenai peranan Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan(ANAK) yang turut memperjuangkan nasib peneroka Felda, Salahudin berkata kewujudan jawatankuasa khas tidak menafikan tugas dan peranan yang dimainkan oleh ANAK.

Katanya, ini kerana pengerusi ANAK, Mazlan Aliman juga menjadi timbalan pengerusi TINDAK dan dianggotai ahli jawatankuasa PAS Pusat - Datuk Kamaruddin Jaafar dan Mohamad Sabu, .

Tiga lagi anggotanya ialah ADUN Paroi, Taufek Abdul Ghani; Zulkefly Mohamad Omar (Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan) dan peguam Asmuni Ani yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Perak.

----------------------------
respon : makin lama makin mantap 'perjuangan' peneroka dan rakyat... peneroka kini berani berubah! 

Kuiz Loghat Peghelih (Kuiz Bahasa Perlis)

Kuiz Loghat Peghelih (Kuiz Bahasa Perlis)
Kuiz ini sekadar untuk menguji samada anda benar-benar tahu loghat-loghat Perlis (utara) yang terpilih daripada beribu-ribu loghat yang jarang-jarang kita guna atau dengar. (Kuiz ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa)
1.
Cha kapa teka 'bahawa' atau 'semawa' mana satu yang betoi.
2.
Mentenait dan menyatuh
3.
Apa dia 'cungit' yang dimaksudkan?
4.
Apa itu 'jahama'?
5.
'Gerik' sampai 'Pehui'.
6.
'Tuntun' sampai tak 'rot'
7.
Ketin yang belutin kena seluit
8.
Serlong
9.
Apa itu Tepawe?
10.
Apa itu Gedong?
11.
Banyak lagi soalan tapi cukup laa setakat ni. Apa itu KEMARIN DULU?
12.
Apa maksud 'Cha kapa teka' pada soalan 1 di atas?
13.
Soalan Bonus tapi bukan pasai loghat. Apa nama jalan utama nak pi Tasik Melati?
14.
Kalau terra sangat 'kebaih' tu apa?
15.
Kalau 'kebaih' dah tau, 'rembat' pulak apa dia?
16.
'Cemerkap' ni lagu mana pula?
17.
Kala 'senereh' atau ejaan lain 'senegheh' apa dia?
18.
'Membor' tu kawan ataupun 'member', kala 'beykot' atau 'bekoit' apa dia?