mahkamah-akhirat.blogspot.com " AYUH BERAMAL SOLEH SEBELUM DIAMBIL NYAWA KITA "
Isnin, Januari 31, 2011
Dr M: Islam Nik Aziz lebih teruk dari Islam nasionalis
SUMBER :
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan kepercayaan agama Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat - yang disebutnya sebagai 'Islam Nik Aziz' - lebih teruk daripada 'Islam nasionalis'.
"Sesungguhnya Islam Nik Aziz lebih teruk dari Islam nasionalis," kata Dr Mahathir.
Beliau rela mempertahankan (menteri mentor Singapura) Lee Kuan Yew dengan menganggap cadangan Lee Kuan Yew supaya orang Islam Singapura tidak terlalu kuat berpegang kepada ajaran Islam adalah tidak seburuk dari Islam nasionalis Melayu."
Sehubungan itu, Dr Mahathir berkata, bayangkan sahaja pendekatan Islam bawah pemerintahan Nik Aziz ketika beliau duduk sebaris dengan pemimpin lain dalam Pakatan Rakyat seperti Lim Guan Eng (setiausaha agung), Karpal Singh (pengerusi) dan Lim Kit Siang (penasihat).
"Jika pendapat rakan bukan Islam Nik Aziz menuntut supaya amalan ajaran Islam dilonggarkan, Nik Aziz mungkin bersetuju kerana Islam nasionalis lebih teruk daripada Lee Kuan Yew," sindir Dr Mahathir.
Pada 27 Januari lalu, Utusan Malaysia juga melaporkan Nik Aziz mengeluarkan kenyataan itu dengan membandingkan dengan sikap segelintir orang Melayu di negara ini yang membuang sama sekali Islam dan mengambil pendekatan nasionalisme.
MESIR : Pelajar Malaysia berpindah ke Rumah Malaysia di Abasiah!
SUMBER
31/01/2011 9:17pm
KUALA LUMPUR 31 Jan. – Seramai 500 pelajar Malaysia akan berpindah secara berperingkat-peringkat dari kediaman masing-masing ke Rumah Melayu Abasiah Mesir (Arma) di Abasiah, Kaherah mulai hari ini.
Presiden Persatuan Pelajar-Pelajar Perubatan Malaysia-Mesir , Muhammad Husaini Saleh berkata, arahan berpindah itu dikeluarkan oleh Kedutaan Malaysia di Mesir bagi mengelak mereka menjadi mangsa keganasan rakyat negara itu yang mengadakan demonstrasi menuntut Presiden Hosni Mubarak meletak jawatan.
Muhammad Husaini, yang juga pelajar perubatan di Universiti Kaherah, berkata perintah berkurung berkenaan dilaksanakan mulai 3 petang hingga 8 pagi esok (9 malam hingga 2 petang esok waktu Malaysia).
Menurutnya pelajar-pelajar Malaysia hanya mengetahui keadaan di luar menerusi paparan berita menerusi televisyen dan radio kerana kerajaan Mesir telah memotong talian internet bagi mengelakkan penyebaran anasir berunsur hasutan.
"Hanya talian telefon yang masih boleh digunakan,” katanya.
Muhammad Husaini turut menghargai kerjasama yang diberikan oleh Kedutaan Malaysia di Mesir yang menghulurkan bantuan makanan serta pakaian kepada pelajar Malaysia yang terjejas.
Sejak Selasa lepas, beberapa demonstrasi jalanan dilaporkan berlaku di bandar-bandar besar Mesir termasuk di Kaherah, Dumyat, Suez, Tanta, Iskandariah dan Mansura yang mengakibatkan kira-kira 100 nyawa terkorban dan lebih 1,000 lagi cedera. - Bernama
JUGA SUMBER DI SINI
RON97 naik 10 sen lagi. DAH 4X NAIK BAH!
Jan 31, 11 7:29pm
Harga petrol RON97 akan dinaikkan 10 sen berkuatkuasa tengah malam ini menurut satu sumber industri.
Dengan kenaikan itu, harga petrol RON97 akan meningkat menjadi RM2.50 seliter (RM2.40 sebelumnya).
Ini merupakan kenaikan harga yang keempat berturut-turut bagi petrol RON97.
Kenaikan harga ini juga dilakukan sehari selepas pilihan raya kecil DUN Tenang yang berlangsung semalam.
Semenjak tahun lalu, harga RON97 mula dinaikkan kepada RM2.15 pada 2 November, RM2.30 pada 1 Disember dan terus meningkat kepada RM2.50 pada 4 Januari tahun ini.
Harga bagi petrol RON97 yang banyak digunakan oleh kenderaan berkuasa tinggi, tidak ditetapkan kerajaan kerana ia diapung mengikut pasaran minyak dunia semasa.
Apungan itu diperkenalkan tahun lalu dan satu gred baru petrol RON95 turut diperkenalkan.
Harga bagi RON95 kini ditetapkan pada kadar RM1.80 seliter.
Pengurangan subsidi bagi bahan keperluan seperti petrol telahpun mula diperkenalkan melalui Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) sejak awal tahun lalu.
Mahkamah Dearah Bandung hari ini menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun enam bulan dan denda Rp250 juta atau penjara tiga bulan ke atas Ariel.
BERSALAH...Penyanyi kumpulan Peterpan dari Indonesia, Nazril Irham atau Ariel duduk bersebelahan dengan teman wanitanya, Luna Maya ketika menghadiri perbicaraan membuat dan mengedar video lucah dengan Luna dan Cut Tari. Mahkamah Dearah Bandung hari ini menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun enam bulan dan denda Rp250 juta atau penjara tiga bulan ke atas Ariel. - Foto AP
Khalid Samad: Tenang dan MB Selangor. JOM BACA!
SUMBER
Khalid Samad |
1. Ada yang mengatakan MB perlu letak jawatan kerana ‘kalah’ dalam Dewan berhubung pindaan perlembagaan. Respon saya: Selagi mana 34 adalah lebih dari 20 maka persoalan letak jawatan adalah tidak releven. Mungkin hasil dari pembelajaran matematik dalam bahasa Inggeris, UMNO merasakan 20 adalah lebih besar dari 34! Keadaannya berbeza sekiranya BN mendapat undi lebih dari PR. Dalam keadaan itu mungkin boleh dikatakan bahawa MB telah hilang sokongan majoriti ahli Dewan. 2. Ada yang mengatakan PR dikalahkan di DUN Selangor kerana usul pindaan ditolak. Respon saya: Sebenarnya dalam soal ini, tiada yang menang dan tiada yang kalah. Apa yang berlaku, dan inilah apa yang diinginkan, ialah pendirian masing-masing menjadi jelas. PR adalah pro-Raja Berpelembagaan dan pro-Federalisma. Ini adalah kerana PR mengemukakan pindaan yang ingin memberi peranan kepada Sultan dan Menteri Besar. Peranan Sultan akan dipertahankan oleh mereka yang menerima konsep Raja Berpelembagaan. Menolak peranan Sultan bererti menolak konsep Raja Berpelembagaan. Menteri Besar adalah mewakili pilihan rakyat. Dia mewakili kerajaan Negeri. Menolak peranan MB bererti menolak hak Negeri dan hakikat bahawa Negeri adalah suatu entity yang berdaulat. Menolak hakikat ini bererti menolak Federalisma. UMNO/BN menunjukkan melalui penolakan pindaan bahawa mereka ingin memusatkan kuasa di peringkat Pusat. Mereka anti-Raja Berpelembagaan dan anti-Federalisma. Hanya Pusat sahaja yang berperanan. 3. Ada yang mengatakan PR derhaka kerana menolak Khusrin. Jawapan saya: Ketua Pembangkang Negeri Selangor yang baru mengatakan PR derhaka kerana menolak Khusrin sedangkan Sultan merestu perlantikannya. Hakikatnya DYMM Sultan Selangor memahami perlembagaan Negeri Selangor. Baginda memahami bahawa dalam perlembagaan sekarang, Baginda tidak ada kuasa menolak perlantikan Khusrin kerana kuasa semuanya ditangan Pusat. Itulah sebabnya pindaan cadangan PR perlu. Ketua Pembangkang tidak menjelaskan peruntukan mana di dalam perlembagaan yang boleh digunakan oleh Baginda Sultan untuk menolak perlantikan Khusrin. Dia tidak menjelaskannya kerana dia tahu memang tiada peruntukan sebegitu. Oleh itu, penolakan pindaan telah mendedahkan penderhaka yang sebenar dan hujjah yang dibawa Ketua Pembangkang tidak berasas. 4. Kekalahan di Pilihan Raya kecil Tenang. Semua tahu BN berjaya mempertahankan Tenang dengan majoriti yang bertambah. Ini sebenarnya bukan sesuatu yang mengejutkan. Hakikatnya PrK adalah lebih sukar bagi kita berbanding PRU kerana dalam PrK seluruh kekuatan BN serta agensi kerajaan termasuk TV dan Radio ditumpukan di satu kerusi yang ditandingi. Bermacam-macam janji serta projek ditaburkan dan oleh itu BN boleh mendapat lebih ramai dari golongan atas pagar. Ini adalah lebih lagi dalam negeri-negeri yang diperintah BN atau kawasan kubu mereka. PrK penting bagi kita untuk terus menyemarakkan semangat ke arah membawa agenda perubahan. Kita pertahankan sokongan yang telah diperolehi selama ini dan bina kekuatan sambil menunggu PRU. Hakikat kita mampu menafikan majoriti 7 ribu di Hulu Selangor dan 5 ribu di Tenang seperti yang diramalkan BN menunjukkan kita mempunyai kekuatan yang lebih dari apa yang dianggarkan oleh mereka. PrK Merlimau juga akan kita hadapi dengan penuh kesedaran bahawa ianya kawasan BN. PAS masih belum berjaya mendapatkan kerusi di Melaka dan PrK bukan mudah untuk dimenangi. Hanya, kita perlu turun dengan segala kekuatan yang kita ada untuk menentukan sokongan yang ada terus dipertahankan. Sambil itu ianya merupakan peluang untuk kita menyampaikan mesej kita dalam usaha bersiap sedia untuk PRU. Bagi petugas-petugas PAS/PR, kita sudah lama memahami, kalah menang tetap sama kerana ganjaran kita berdasarkan usaha kita dan bukan keputusan yang dicapai. Oleh itu saya yakin bahawa petugas-petugas ini akan terus bersama dalam menghadapi PrK Merlimau dengan semangat yang tetap tinggi. Kalau BN mengharapkan semangat kita akan pudar, maka mereka akan kecewa. WaLlahu 'Alam KHALID SAMAD |
Banjir makin buruk, 39,304 dipindahkan di Johor
*sekadar hiasan..
sumber
2011/01/31
JOHOR BAHRU: Keadaan banjir di Johor semakin buruk apabila 39,304 orang dipindahkan ke 241 pusat pemindahan banjir di seluruh negeri itu sehingga 4 petang tadi.
PAS, PKR dan 71 NGO demo bantah Mesir!
sumber
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 31 Jan: Pemimpin PAS, PKR dan beberapa NGO hari ini berhimpun di kedutaan Mesir di Kuala Lumpur bagi menyerahkan memorandum menuntut agar regim Hosni Mubarak berundur. Mereka berhimpun bagi menunjukkan semangat setiakawan mereka dengan perjuangan rakyat negara itu dan menuntut agar kerajaan yang ada tidak menggunakan kekerasan dan menerima tuntutan rakyat. Antara yang hadir adalah AJK PAS Pusat Mohamad Sabu, Dr Syed Azman, Adun Kota Damansara Dr Nasir Hashim, Ketua Pemuda Nasruddin Hassan Tantawi dan juga ahli Parlimen Balik Pulau Yusmadi Yusof. Mereka berarak daripada kawasan letak kereta tidak jauh dari situ sambil melaungkan kecaman ke atas Mubarak dengan 'Down Mubarak' (Turun Mubarak) sambil membawa poster pemimpun Mesir dengan lambang Zionis di dahi. Kumpulan daripada 71 NGO itu kini sedang berunding dengan kira-kira 50 anggota polis - yang menutup pintu masuk ke kedutaan - untuk menghantar memorandum kepada wakil kerajaan Mesir. Setakat ini, dalam bantahan besar-besaran penduduk Mesir, ratusan telah terkorban apabila ribuan membanjiri Dataran Tahrir di Kaherah bagi menuntut penamatan 30 tahun pemerintahan Hosni Mubarak. Aljazeera hari ini melaporkan, pemimpin pembangkang Mohamed ElBaradei yang menyertai kumpulan penunjuk perasaan itu memberitahu orang ramai pada Ahad malam bahawa "kita sudah bermula dan tidak boleh berpatah balik". Sejak Selasa lepas beberapa siri demonstrasi dilaporkan berlaku di bandar-bandar besar Mesir termasuk Kaherah, Dumyat, Suez, Tanta, Iskandariah dan Mansura bagi mendesak pengunduran Mubarak. Kebangkitan rakyat Mesir itu kini menarik perhatian seluruh dunia kerana dijangka memberi kesan besar kepada politik dunia Arab. |
Jangan patah semangat kerana sudah dijangka. INGATLAH PERJUANGAN NABI SAW
SUMBER
Harakahdaily |
TEMERLOH, 31 Jan: Kekalahan PAS pada pilihan raya kecil Dun Tenang tidak seharusnya melemahkan semangat petugas-petugas Pakatan Rakyat kerana ia berlaku sebagaimana yang telah dijangka. Demikian kata Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataannya ke Harakahdaily lewat petang semalam dalam mengulas keputusan muktahir PRK Dun Tenang. Calon BN pada PRK Tenang, Mohd Azahar Ibrahim mendapat 6,699 undi menewaskan calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat, Normala Sudirman atau Cikgu Mala yang memperolehi 2,992 undi dengan majoriti 3,707 undi. Meskipun berjaya mempertahankan kerusi Dun Tenang, namun BN gagal mencapai majoriti sasaran iaitu 5,000 undi sebagaimana yang pernah dihasratkan oleh Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin. “Namun apa yang perlu diambil perhatian ialah perlunya diperkukuhkan kekuatan parti di semua lokaliti. PAS dan seluruh parti komponen seharusnya mempunyai kekuatan asas yang kukuh di setiap peti undi. “Kegagalan kita membina kekuatan asas akan menyukarkan kita menghadapi sebarang bentuk pilihanraya. Di Dun Tenang, kita harus akui kelemahan PAS sama ada di peringkat cawangan atau keahlian,” nasihat Tuan Ibrahim. Namun, katanya, kemenangan BN yang hanya beberapa bulan ini sebelum pilihanraya umum ke 13 akan juga menjadi kayu ukuran bagi pengundi di Tenang sejauh manakah calon yang menang akan turun membantu. “Nasib malang bagi calon menang kerana ia akan terus diuji oleh para pengundi yang kini berhadapan dengan banjir di Labis dan Tenang. Kalau sewaktu kempen, calon turun setiap rumah, dokong orang yang nak pindah, sekarang rakyat boleh tengoklah 'wajah' sebenar calon BN tu,” kata Tuan Ibrahim. Kepada Cikgu Mala, Tuan Ibrahim menyeru beliau untuk meneruskan usaha dan perjuangan, kerana rakyat juga akan menilai dan membandingkan sejauh mana beliau akan terus membantu masyarakat, sama ada sewaktu kita menang atau sebaliknya. “PRU akan menanti anda, dan yakin Islam akan pasti menang,” tambahnya yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang. Sementara itu, Cikgu Mala mengucapkan terima kasih kepada kepada semua petugas-petugas, Adun-adun, Ahli Parlimen Pakatan Rakyat dan penyokong yang membantunya dalam kempen pilihanraya kecil di Tenang. “Jangan kita berputus asa dalam berusaha sebelum kita mendapat kejayaan dan jika kita berjaya jangan dilupa pengorbanan mereka di belakang yang banyak memberikan sokongan tidak kira waktu, hari dan perjalanan hidup ini. Kejayaan bukan milik individu sebaliknya milik jamaah yang mantap. Teruskan berjuang untuk Pilihan Raya Kecil di DUN Merlimau N.27 yang bakal berlangsung tidak lama lagi,” kata beliau. Dalam menyuntik semangat kepada Cikgu Mala, Adun Teja, Chang Lih Kang berkata meskipun kalah tetapi beliau sudah berjaya menawan hati ramai rakyat Malaysia. “Dalam pilihanraya yang akan datang, Tenang akan kita tawan, seperti di Ijok dulu!” kata Chang. |
KELANTAN & SELANGOR PIALA SUMBANGSIH! TAHNIAH KELANTAN
PENYOKONG KECIL... Anak kecil ini dipakaikan lilitan kepala Selangor ketika dia dibawa masuk oleh kedua ibu-bapanya ke Stadium Shah Alam untuk menyaksikan perlawanan Piala Sumbangsih antara Selangor dan Kelantan, di Shah Alam, 29 Jan. - Utusan/HAFIZ JOHARI
UJIAN DI TENANG DAN MALAYSIA.. BANJIR DARI ALLAH..
PENGUNDI yang terperangkap di sekitar pusat pengundian terpaksa diangkut menggunakan lori kerana banjir di kawasan rendah DUN Tenang. 30 JAN. 2011 - UTUSAN/BORHAN ABU SAMAH
Protes di Mesir, beberapa isu utama
SUMBER
Haris Zalkapli |
Protes besar-besaran di Mesir kini memasuki hari keenam, selepas protes menuntut perubahan politik di negara itu meningkat dengan dramatik bermula selepas solat Jumaat yang lepas. Situasi masih lagi panas dengan protes di bandar-bandar utama berterusan, dan aktivis Mohamed el-Baradei menyertai protes, mengambil peranan kepimpinan dengan memberi ucapan-ucapan menuntut pengunduran Hosni Mubarak dan menyatakan bahawa perubahan makin hampir. Masih terlalu awal untuk memutuskan dan menyimpulkan apa-apa berhubung perkembangan di Mesir ketika ini, tetapi apa yang jelas ialah prospek perubahan semakin kelihatan di negara Arab berpengaruh itu. Beberapa isu utama walau bagaimanapun dapat diperhatikan dalam perkembangan di Mesir, melibatkan tindakan Hosni, reaksi Washington dan laporan-laporan dan ulasan terhadap peritstiwa bersejarah di negara itu pada masa ini. 1. Berdasarkan perkembangan semasa, Presiden Hosni Mubarak tidak nampak lagi boleh mengekalkan kedudukan sebagai pemimpin Mesir dengan hanya melakukan perubahan-perubahan seperti melantik naib presiden dan melantik kabinet baharu. Sekiranya masih kekal, Hosni akan berdepan masalah yang besar dan bakal kehilangan sokongan kuasa besar dan masyarakat antarabangsa, serta terus berdepan tentangan rakyat. 2. Pelantikan Omar Suleiman yang mempunyai hubungan baik dengan Israel dan Amerika Syarikat (termasuk berperanan dalam extraordinary rendition) tidak menjanjikan apa-apa yang positif kepada rakyat Mesir melainkan hanya untuk kepentingan kuasa asing dan Hosni sendiri. Pelantikan Omar sama sekali bukan apa yang dituntut dan perlu dilakukan. 3. Mohamed el-Baradei semakin mempunyai potensi untuk muncul sebagai pemimpin baharu Mesir, sebahagian besarnya kerana sokongan Barat dan popularitinya di Mesir pada masa ini, dan digelar sebagai figur penyatu dalam politik Mesir. Beliau juga merupakan tokoh yang paling banyak menerima liputan positif media asing. Penyertannya dalam protes mendapat ulasan positif dan diangkat sebagai pemimpin yang berani berdepan Hosni serta menuntut diktator itu berundur. Hal ini juga menunjukkan sisi politik domestik bukan satu-satunya naratif yang sepatutnya diterima dalam melihat perkembangan di Mesir dan Asia Barat pada masa ini. 4. Ikhwan al-Muslimin mula menerima serangan mengaitkannya dengan unsur-unsur "militan" dan "teroris," dalam rangka wacana yang kritikal terhadap sebarang elemen Islam dalam politik. Walaupun sejarah menunjukkan rekod yang tidak sepenuhnya baik bagi Ikhwan, kumpulan ini merupakan kuasa politik yang sah di Mesir. Kritikan Ikhwan tidak terlibat dalam penentangan juga menyeleweng kerana kumpulan ini berdepan tekanan dan tangkapan pasukan keselamatan secara agresif, terbaharu sejak 2009. 5. AS telah bertindak berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan berhubung protes dengan cuba mengimbangi sokongan kepada hak fundamental rakyat dengan desakan perubahan kepada rejim Hosni. Kenyataan Setiausaha Negara Hillary Clinton Jumaat lalu cuba mengimbangi dan menyediakan ruang manuver pada masa depan, apapun kesudahan kepada rejim Hosni. Jelas bahawa Washington masih menyokong rejim sedia ada, tetapi tetap akan meneruskan hubungan baik dengan pemerintah selepas ini sekiranya rejim sekarang tumbang. Apabila tiba masanya, AS juga akan mendesak Hosni berundur. 6. Kepentingan AS - dan Israel - di Mesir terlalu besar dan tidak terhad kepada rejim Hosni. Selepas Israel, Mesir ialah penerima bantuan ketenteraan terbesar dari AS. Malah, kepentingannya mungkin akan dapat lebih dipelihara dan dicapai di bawah pemerintah baharu. Kedudukan Mesir sebagai negara Arab pertama mengiktiraf Israel dan yang paling berkeupayaan berperang dengan Israel - terutama disebabkan faktor sempadan - menjadikan Mesir tidak boleh dilepaskan oleh Washington. Palestin dan Gaza ialah satu isu yang paling menjadikan Mesir diperlukan oleh Israel untuk bekerjasama dengannya, kerana hanya Mesir negara yang boleh menguatkuasakan kepungan Gaza selain Israel. 7. Perubahan politik di Mesir bakal mencetuskan gelombang yang jauh lebih besar berbanding yang tercetus dari Tunisia. Walaupun tidak semestinya akan membawa kepada perubahan rejim lain, perkembangan di Mesir telah mengubah permainan di Asia Barat. Sekiranya perubahan yang bermakna terlaksana di Mesir, termasuk dalam aliansi dengan Jordan dan Arab Saudi, lanskap politik serantau akan berubah dengan dramatik. Perubahan dalam aliansi Kaherah-Riyadh-Amman secara dramatik mampu menjejaskan pengaruh kuasa-kuasa terbesar dunia Arab itu. |
KUTI DERMA KE ROMPAK??? SABTU TANPA PLASTIK DI SELURUH KEDAI & PASARAYA DI MALAYSIA...
SUMBER
Bayaran 20 Sen Untuk Setiap Beg Plastik Pada Setiap Sabtu
KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menjelaskan bayaran 20 sen bagi setiap beg plastik yang dikenakan kepada pengguna setiap Sabtu di seluruh negara adalah sempena Kempen Kurangkan Penggunaan Beg Plastik anjuran kementerian itu.
Peraturan itu yang dikuatkuasakan sejak 1 Jan lepas di semua pasar raya besar (hypermarket), supermarket, departmental store dan premis perniagaan terpilih di seluruh negara dibuat sempena Hari Tanpa Beg Plastik, menurut kenyataan akhbar kementerian itu di sini, Khamis.
"Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR)" syarikat tersebut, dan juga bagi pelaksanaan program-program kepenggunaan terutamanya yang berkaitan pemeliharaan alam sekitar. - BERNAMA
Peraturan itu yang dikuatkuasakan sejak 1 Jan lepas di semua pasar raya besar (hypermarket), supermarket, departmental store dan premis perniagaan terpilih di seluruh negara dibuat sempena Hari Tanpa Beg Plastik, menurut kenyataan akhbar kementerian itu di sini, Khamis.
Menurutnya pada setiap Sabtu, pengguna tidak lagi dibekalkan dengan beg plastik percuma tetapi dikenakan bayaran 20 sen bagi setiap beg plastik.
Wang hasil pembelian beg plastik oleh pengguna itu akan disalurkan kepada badan-badan kebajikan terpilih di bawah program
"Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR)" syarikat tersebut, dan juga bagi pelaksanaan program-program kepenggunaan terutamanya yang berkaitan pemeliharaan alam sekitar. - BERNAMA
Kemenangan tanda penerimaan rakyat - TPM?
SUMBER
LABIS 30 Jan. - Kemenangan Barisan Nasional (BN) dengan majoriti undi lebih besar berbanding 2008 membuktikan gagasan 1Malaysia semakin diterima baik oleh segenap lapisan masyarakat termasuk pengundi Cina.Pada masa yang sama, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kemenangan itu juga adalah satu manifestasi penolakan rakyat Johor terhadap Pas yang dilihat semakin tersasar daripada perjuangan asal mereka.
"Kemenangan ini adalah cerminan keyakinan pengundi pelbagai kaum terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di peringkat Pusat dan kepimpinan BN di peringkat negeri.
"Ia membuktikan dasar-dasar yang telah dikemukakan oleh Perdana Menteri disambut baik oleh semua kaum dan kemenangan ini sangat signifikan kepada kami kerana ia meneruskan momentum kemenangan," katanya.
BN menang tapi gagal capai majoriti sasaran? TAHNIAH CIKGU MALA ATAS PENGORBANANMU!
sumber
Harakahdaily |
LABIS, 30 Jan: Meskipun berjaya mempertahankan kerusi Dun Tenang, namun BN gagal mencapai majoriti sasaran iaitu 5,000 undi sebagaimana yang pernah dihasratkan oleh Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Calon BN pada PRK Tenang, Mohd Azahar Ibrahim mendapat 6,699 undi manakala calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat, Normala Sudirman atau Cikgu Mala memperolehi 2,992 undi di mana majoriti 3,707 undi. Keputusan PRK Tenang diumumkan jam 10.03 malam ini oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Md Asri Amir di Pusat Penjumlahan Undi di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis di sini. Sebanyak 10,579 pengundi daripada 14,753 pemilih berdaftar atau 71.8 peratus bagi PRK Dun Tenang keluar menunaikan tanggungjawab sehingga proses pengundian ditutup 5 petang dalam keadaan hujan. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)menyifatkan jumlah peratusan itu lebih rendah berbanding pilihan raya umum 2008 iaitu 73.52 peratus. |
BN menang besar DI TENANG??? BESAR DAN MODAL JUGA BESAR? BN TAWAN 2 KAWASAN MAJORITI CINA..
SUMBER
|
|
LABIS 30 Jan. - Barisan Nasional (BN) berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang dengan majoriti lebih besar menerusi calonnya, Mohd. Azahar Ibrahim yang memenangi kerusi itu pada pilihan raya kecil yang berlangsung hari ini.
Mohd. Azahar menang dengan majoriti 3,707 undi selepas mendapat 6,699 undi untuk mengalahkan calon Pas, Normala Sudirman yang hanya memperoleh 2,992 undi. Sebanyak 142 undi rosak.
Majoriti itu meningkat 1,243 undi berbanding 2,492 undi yang diperoleh BN pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12) pada 2008.
BN juga menawan semula dua kawasan majoriti Cina iaitu di Bandar Labis Timur dan Labis. Bandar Labis Tengah masih memihak kepada pembangkang.
Bagi peti undi Bandar Labis Timur, BN mendapat 669 undi dan Pas pula 632 manakala di Labis BN memperoleh 380 undi dan Pas 337 undi. Bandar Labis Tengah BN mendapat 365 undi dan Pas 851.
Kemenangan calon BN itu diumumkan oleh Pengurus Pilihan Raya DUN Tenang, Md. Asri Amir di pusat penjumlahan undi di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis di sini, pukul 10.02 malam ini.
Menurut Md. Asri, sebanyak 67 peratus daripada keseluruhan 14,753 pemilih keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil DUN Tenang ini.
"Maka, saya dengan ini mengisytiharkan calon BN, Mohd. Azahar Ibrahim sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi kawasan DUN Tenang," katanya.
Peratusan keluar mengundi hari ini rendah disebabkan hujan lebat yang tidak henti-henti di seluruh kawasan DUN Tenang sejak awal pagi hingga tamat tempoh mengundi pukul 5 petang.
Pada PRU12, Allahyarham mendapat 6,367 undi menewaskan calon Pas, Mohd. Saim Siran yang memperoleh 3,875 undi.
Menurutnya, beliau akan memikul amanah itu dengan sebaik-baiknya bagi meneruskan agenda pembangunan di kawasan itu.
Mohd. Azahar juga akan berusaha memastikan setiap janji yang dibuat sepanjang kempen pilihan raya kecil ini ditunaikan secepat mungkin.
"Terima kasih kepada semua yang mengundi saya dan juga kepada jentera BN yang bekerja keras siang dan malam. Insya-Allah saya akan berkhidmat sebaik mungkin sebagai wakil rakyat di DUN Tenang.
"Tugasan pertama saya adalah untuk menyelesaikan masalah banjir," katanya.
Ahad, Januari 30, 2011
Liga Super 2011: Kelantan beri amaran awal
29/01/2011 11:18pm
KUALA LUMPUR 29 Jan. - Juara Piala Malaysia 2010, Kelantan memberikan amaran awal dengan menjulang Piala Sultan Ahmad Shah 2011 setelah menumpaskan Selangor 2-0 dalam perlawanan sumbangsih dalam meneruskan saingan Liga Super musim ini.
Sepakan penalti penyerang negara, Norshahrul Idlan Talaha dan sepakan bebas ketua pasukan Kelantan, Badri Radzi pada setiap babak permainan, turut memastikan tiga mata sulung liga buat Wira Merah di Stadium Shah Alam.
Jentera PAS optimis buat kejutan esok . AHLI JEMAAH DIWAJIBKAN SOLAT HAJAT... MEMENANGKAN PR DALAM P/RAYA!
SUMBER
LABIS, 29 Jan: Sehingga minit-minit akhir kempen pilihan raya kecil Tenang, PAS masih optimis dapat membuat kejutan dalam pembuangan undi esok. Pengarah Pilihan Raya PAS Dun Tenang, Salahudin Ayub (gambar) berkata, setelah membuat usaha terbaik, beliau telah meminta jenteranya dan semua ahli dan pimpinan PAS berdoa kepada Allah kerana hanya Dia yang berhak untuk menentukan segala-galanya. Salahudin berkata demikian kepada Harakahdaily ketika dihubungi menjelang tengah malam 29 Januari iaitu menjelang tempoh kempen tamat sebelum pembuangan undi pilihan raya kecil esok. Pembuangan undi bermula jam 8 pagi esok di 12 pusat mengundi yang mempunyai 32 saluran. Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof menyeru penduduk di kawasan pilihan raya kecil Dewan Uundangan Negeri (DUN) Tenang menunaikan tanggungjawab mereka pada sebelah pagi bagi mengelak hujan lebat yang dijangka berlaku petang esok. "Kita mahu pengundi turun mengundi di sebelah pagi...jangan tangguh-tangguh," katanya kepada pemberita selepas melawat dan memberi amanat kepada petugas SPR di Dewan Serba Guna Majlis Daerah Labis hari ini. Abdul Aziz berkata semua 12 pusat yang mempunyai 32 saluran mengundi adalah selamat daripada kemungkinan dilanda banjir kerana terletak di tempat tinggi. Bagaimanapun, beliau berkata banjir dikhuatiri berlaku di sebatang jalan sepanjang tiga kilometer menuju ke pusat mengundi Kampung Sawah Baru, iaitu Sekolah Kebangsaan Sawah Baru, kerana terletak di kawasan rendah dan mudah ditenggelami air. "Pengundi tidak perlu risau kerana SPR telah mengadakan persiapan yang rapi dengan kerjasama pelbagai agensi seperti Jabatan Pertahanan Awam, Bomba dan polis bagi menyediakan kemudahan pengangkutan untuk membawa pengundi ke pusat berkenaan," katanya. Kempen jalan lancar Menurut Salahudin yang juga Naib Presiden PAS, segala perancangan gerak kerja kempen yang dirancang pihaknya berjalan lancar. "Untuk malam ini, kita akan tingkatkan keselamatan dan nampaknya jentera kita bersiap sedia untuk menjalankan tugas itu dengan yang terbaik," katanya. (Gambar: Calon PAS, Cikgu Mala sentiasa diserbu wartawan kemana beliau pergi) Beliau berharap akan membuat kejutan dan untuk itu sentuhan terakhir sedang digerakkan pihaknya.Jentera BN mensasarkan kemenangan lebih 5,000 undi majoriti namun sebuah badan penyelidikan, Ilham Centre menjangkakan jangkaan BN itu tidak akan berjaya. Dalam tinjauan Harakahdaily pula, jentera PAS berjaya menembusi generasi kedua Felda dengan baik di samping kawasan pengundi Cina. Namun begitu, BN masih mendapat sokongan kuat di kalangan peneroka Felda dan pengundi Melayu di kampung tradisional. Namun begitu, calon PAS, Cikgu Mala berjaya mendapat sokongan kuat di kalangan pengundi wanita dan juga para guru yang ramai di Tenang ini. "Jika PAS berjaya memikat lebih 60 peratus pengundi wanita, tidak ada sebab untuk PAS tidak menang," kata seorang pemerhati politik yang ditemui. Esok, calon PAS, Cikgu Normala Sudirman dijangka memulakan pagi esok dengan melawat pusat mengundi yang terletak di Sekolah Kebangsaan Kampung Tenang iaitu di peti undi Kampung Redong. Beliau dijangka sampai ke sana seawal jam 8. 30 pagi. |
ILHAM: BN dijangka menang, majoriti tiga ribu
Kongsi 33
Keputusan pilihanraya kecil DUN Tenang yang dijadualkan esok dijangka memihak kepada calon BN, Mohd Azahar Ibrahim. Namun hasrat Umno untuk meraih majoriti melebihi lima ribu undi diramalkan tidak kesampaian.Laporan banci badan penyelidikan bebas ILHAM Centre yang dikeluarkan pagi ini menunjukkan calon BN sehingga kini mendahului PAS dengan majoriti sekitar tiga ribu undi.
BN dijangka memperolehi sekitar enam ribu hingga tujuh ribu undi manakala PAS pula dikatakan akan hanya mengutip dalam lingkungan empat ribu undi.
Berdasarkan hasil dapatan silang kaum dengan soalan parti mana dijangka menang, BN dijangka memperolehi 73.1 peratus undi Melayu, Cina (48.6 peratus), India (50 peratus) dan kaum lain (75 peratus).
Menurut ILHAM, kajian dijalankan pada 26 hingga 28 Januari 2011 lalu untuk melihat perspektif pengundi terhadap parti, calon dan kecenderungan pengundian mereka.
Tinjauan selama dua hari secara komprehensif ini dilakukan di sebuah daerah mengundi dengan menemubual pengundi berdaftar secara bersemuka di 10 daerah mengundi daripada 13 daerah mengundi di DUN berkenaan.
Seramai 549 orang yang terdiri daripada semua komposisi kaum, peringkat umur dan pekerjaan dijadikan sampel kajian ini.
Berdasarkan kajian ILHAM, faktor utama responden memberi undi adalah berasaskan parti berbanding faktor calon dan isu yang dimainkan.
Azahar lebih popular
Faktor parti diwakili 62.5 peratus daripada keseluruhan responden.
Jika dilihat kepada kekuatan calon, kedua-dua parti dilihat mempunyai kelebihan masing-masing.
Namun calon BN, Mohd Azhar Ibrahim atau lebih dikenali sebagai “Tok Ai” mendapat 91.4 peratus dikenali oleh pengundi. Manalaka Normala Sudirman atau lebih popular dengan panggilan Cikgu Mala mendapat 79.6 peratus undi di kalangan responden.
Isu serangan peribadi kerana Normala mengenai memakai sarung tangan bila berjabat tangan dengan pengundi lelaki didapati tidak memberikan kesan kepada responden sebagai isu yang kuat.
Begitu juga isu lainnya seperti penyelewengan tanah, suami Cikgu Mala sakit dan sebagainya tidak cukup untuk mempengaruhi pola pengundian.
Kajian juga memdapati jentera PAS di Tenang kali ini cukup agresif dalam siri-siri kempen dan ziarah rumah ke rumah. Dengan menyasarkan undi wanita dan kakitangan kerajaan terutamanya guru, tema Cikgu Mala dilihat signifikan dalam strategi kempen PAS.
Namun, berdasarkan maklum balas responden di perkampungan tradisi sekitar Kampung Tenang, Pekan Ayer Panas, Kg Redong, tidak berlaku anjakan ketara paten sokongan.
Jentera PAS dan Pakatan Rakyat juga dilihat belum mempunyai daya tarikan untuk mengubah pendirian politik golongan peneroka Felda, meskipun terdapat sedikit sinar harapan terutama generasi kedua Felda yang mempunyai pendirian politik rasional untuk memilih Pakatan Rakyat.
Di kawasan bandar Labis dan beberapa lokaliti majoriti pengundi Cina, ILHAM mendapati, tahap sokongan pengundi Cina kepada PAS tidak ketara walaupun terdapat protes senyap di kalangan pengundi Cina.
Tiada bendera BN
Ini dapat dilihat dengan ketiadaan bendera BN di kawasan kediaman pengundi Cina berbanding perkampungan Melayu.
Pengundi Cina juga dilihat kurang berkeyakinan dengan Pakatan Rakyat kerana jentera dilihat tidak bersepadu sepertimana jentera BN. Kesannya, Pakatan Rakyat mungkin tidak mendapat sokongan daripada pengundi Cina sepertimana yang diharapkan.
Di kalangan pengundi Melayu pula, rupabentuk kerjasama Pakatan Rakyat masih kabur di kalangan kebanyakan pengundi. Di samping kejayaan media BN memanipulasi beberapa isu berkaitan perkara ini, pergerakan kempen calon PAS turut tidak meyakinkan pengundi.
KETEGANGAN DI MESIR! WISMA PUTRA BERSIAP SIAGA!
Wisma Putra susun langkah pastikan warga Malaysia selamat di Mesir
2011/01/29
KUALA LUMPUR: Kementerian Luar kini menyusun langkah sewajarnya bagi memastikan keselamatan rakyat Malaysia di Mesir berikutan insiden rusuhan dan tunjuk perasaan di negara itu. Wisma Putra dalam satu kenyataan berkata sehingga kini tidak ada rakyat Malaysia yang terlibat dalam insiden berkenaan.
Sabtu, Januari 29, 2011
BIADAP: Akhbar Harian Metro hina Islam!
Friday, January 28, 2011
SUMBER
Oleh: Pria Malaya
Sungguh biadap akhbar tabloid Harian Metro memainkan sentimen agama dalam sisipan akhbar cetaknya semalam (27 Januari 2011)..dlm tak sedar, mereka sebenarnya telah menyindir dan menghina Islam sendiri!
Siapa kartunis Juragan ni?..nama sebenar beliau ialah Mohd Desa Omar atau lebih popular dengan nama penanya, "Juragan"..asal Perak dan pernah melukis untuk majalah Gila-Gila..pernah menjadi guru sebelum kembali aktif melukis utk akhbar Harian Metro sejak tahun 1991 sehingga kini..
Mungkin beliau jahil dalam hal ini, maka tiada salahnya jika mengaku kesalahan..penulis selaku pembaca akhbar Metro menuntut beliau, termasuk (editor) akhbar Harian Metro membuat permohonan maaf atas isu ini..
Cukuplah dgn penghinaan dan sindiran tajam oleh parti MCA dan Gerakan terhadap maruah dan syariat Islam ini, jgn umat Islam sendiri terikut2 dgn rentak mereka akibat kejahilan diri sendiri!..fikir2kan..wallahua'lam..
Gobalakrishnan lepas semua jawatan dalam PKR. TERKINI!!!
2011/01/29
KUALA LUMPUR: Bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), N Gobalakrishnan, yang juga Ahli Parlimen Padang Serai, hari ini mengumumkan melepaskan semua jawatannya di dalam PKR. Pengumuman itu yang dibuat menerusi laman sosial Twitter beliau yang dipetik BBERNAMA, juga menyebut bahawa beliau akan meneruskan kerja-kerjanya melalui sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang baru.
Langgan:
Catatan (Atom)