Jumaat, Disember 18, 2009

TAHNIAH MALAYSIA! Saya tumpang bersemangat, kenangan bolasepak dulu...

Bola sepak menang emas

17/12/2009 8:14pm

KUALA LUMPUR 17 Dis. - Skuad bola sepak bawah 23 negara mencipta sejarah Sukan SEA apabila menang emas pertama selepas kali terakhir dilakukan 20 tahun lalu.

Jaringan gol sendiri pemain Vietnam selepas tolakan Norshahrul Idlan Talaha memberikan peluang untuk Malaysia memperoleh emas dalam acara akhir bola sepak lelaki Sukan SEA XXV.
Kali terakhir skuad negara menang emas ialah di Temasya Kuala Lumpur 1989.
-------------------
mahkamah-akhirat :


tahniah juga.. main bola ni macam orang pancing ikan.. boring ka apa ka.. panas hujan tak kisah.. bila boleh score! Puas hati! Kenangan zaman di SMKA Alawiyah Arau Perlis dulu.. masa tu saya di Tingkatan 3 (1990) terpilih menyarung jersi 18 pemain sekolah.. saya sorang sahaja Tingkatan 3 terpilih.. pak A'k (gelaran) pula sorang sahaja Tingkatan 4 terpilih.. 16 orang lagi semua Tingkatan 5.. kapten kami : Fauzi.. katanya dia la jadi Kapten dalam pasukan pertahana negara.. memang saya rindukan team bola masa tu... lagu M.Nasir 'padang lalang/mustika' lagu yang akan membawa kenangan di angin lalu.. peggghhh.. :)


alhamdulillah.. bermula dari suku akhir di mana saya menjaringkan gol penting (2-1 bertemu SMK Syed Alwi) untuk melayakkan ke separuh akhir dan akhirnya perlawanan di Stadium Shekh Ahmad,Kangar (stadium yang di'olok' kerana boleh guna siang sahaja-saya score 1 biji untuk kemenangan kami 2-0 ke atas SM Syed Hassan. )..


Cikgu Amran (-pegawai perubatan Pasukan Perlis sekarang) orang kuat yang melatih dan kemudiannya dibantu oleh cikgu Mas'ad.. TAHNIAH CIKGU! Jasa 2 guru ini tak akan ku lupakan..

Saya hampir bermain dengan team MILO Bawah 18 tahun 1990, bersama Yusri Che Lah namun.. taqdir menentukan 'nasihat abang di asrama' menyebabkan saya membatalkan hasrat untuk meneruskan latihan di Kangar yang dibayar elaun 1 kali latihan RM4/=. 1 minggu ada 2x latihan.. bermakna 1 minggu dapat la RM 8/=. 1 bulan dapat la RM32/=. 


Pinjam basikal raching Cikgu lain pula.. nak jimat belanja la konon... sebab saya berhenti? sebabnya masa tu tak boleh pakai seluar panjang / seluar ketat macam sekarang.. kalau nak pakai, 1team kena pakai! 


Abang asrama pesan, bayangkan tengah kau berlatih, tiba-tiba MATI? Macam mana? tu la.. takut saya dengar nasihat.. akhirnya saya mulai tak pergi latihan hingga di'drop'..


Itulah kenangan pasai bola ni... he he..


SEKARANG? Perut boroi.. bawak team sekolah sahaja.. ok la jugak.. tahun 2009, kenangan terbaik TEAM B/SEPAK ASRAMA DAPAT NAIB JOHAN PERTANDINGAN ASAT NEGERI SABAH DI KENINGAU.. TEWAS 0-2 DENGAN KENINGAU.. KALU MENANG, NAIK KAPAL TERBANG PI SEMENANJUNG BEB... HE HE.. 


2010, MUDAHAN SMK UMAS GEMILANG LAGI...

Tiada ulasan: