Rabu, Disember 02, 2009

Pesawat Pemintas MiG-29 ditamatkan perkhidmatan? Kos biaya operasi 260 juta setahun? Wah!

Juruterbang MiG-29 TUDM sedih perkhidmatan pesawat bakal berakhir (utusan.com.my) 2/12/09


TIGA juruterbang MiG-29 (dari kiri), Ahmad Khusairi, Patricia Yapp dan Sebastian A. William ketika menjayakan pertunjukan udara sempena LIMA 2009 di Langkawi, semalam.


LANGKAWI 1 Dis. - Selepas 10 tahun mengendalikan pesawat pejuang pemintas MiG-29, juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Mejar Sebastian A. William tidak dapat menyembunyikan kesedihannya berikutan penamatan perkhidmatan jet itu mulai tahun depan.

Selepas menghabiskan masa 1,200 jam menerbangkan pesawat MiG-29 katanya, 'burung besi' itu seperti sudah amat sebati dengan dirinya.

''Memang ada rasa sedih tetapi sebarang dasar kerajaan bukan di tangan saya.

Turut mengambil bahagian ialah dua lagi juruterbang pesawat itu, Mejar Ahmad Khusairi Ahmad Fadli dan Mejar Patricia Yapp yang merupakan juruterbang MiG wanita pertama di Asia.

Sementara itu, Patricia yang juga juruterbang wanita pertama negara yang melakukan persembahan aerobatik dalam siri LIMA memberitahu, beliau mula merindui pesawat tersebut sejak menerima berita pemberhentian perkhidmatan MiG-29.

Beliau yang menyertai skuadron itu sejak tiga tahun lalu telah mencatatkan sebanyak 500 jam penerbangan bersama MiG-29.

Dalam pada itu, Ahmad Khusairi berkata, pesawat berkenaan mempunyai jasa yang besar kepada TUDM sejak memasuki perkhidmatan itu pada 1995.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ketika menghadiri sidang Dewan Rakyat baru-baru ini mengumumkan perkhidmatan MiG-29 yang akan diberhentikan pada tahun depan.



www.harakahdaily.net 2/12/09

( Pakatan mahu Kementerian Pertahanan
beri taklimat dasar kementerian)



Hazayani Zakaria
KUALA LUMPUR, 2 Dis: Jawatankuasa memantau hal ehwal Kementerian Pertahanan di bawah Pakatan Rakyat meminta kementerian berkenaan mengadakan satu taklimat mengenai dasar-dasar pertahanan kepada semua ahli parlimen khususnya jawatankuasa berkenaan.

Ahli Parlimen Machang dari PKR, Saifuddin Nasution Ismail berkata, taklimat itu penting kerana isu pertahanan merupakan tanggungjawab seluruh rakyat Malaysia serta membuka ruang kerjasama yang sihat di antara Pakatan dan kementerian.


Sehubungan itu, jawatankuasa itu akan menghantar satu surat rasmi kepada Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi secepat mungkin berhubung perkara itu.

"Sekembali Menteri Pertahanan dari Langkawi, kami akan menghantar surat rasmi kepada beliau dengan segera dan ini bukan permintaan baru. Sewaktu saya bertugas di Kementerian Pertahanan dahulu, kementerian ini pernah mengadakan taklimat kepada Pemuda Umno Malaysia," katanya dalam satu sidang media di lobi parlimen semalam.

Menurutnya juga, taklimat berkenaan tidak bermaksud kementerian berkenaan perlu mendedahkan semua rahsia sulit mengenai kementerian yang sangat penting kepada negara itu tetapi ada perkara yang wajar diketahui oleh rakyat.

"Kita tahu dasar pertahanan terbahagi kepada dua iaitu dasar pertahanan yang sulit untuk kementerian dan pegawai tentera dan dasar pertahanan terbuka yang boleh dikongsi bersama oleh rakyat," tegasnya.

Sebelum itu, Saifuddin membidas kenyataan Zahid dalam sebuah akhbar yang mendakwa isu-isu kementeriannya yang dibangkitkan wakil rakyat Pakatan semasa perbahasan di peringkat parlimen adalah bersumberkan maklumat yang separa benar yang diperoleh daripada internet.

"Saya akui internet menjadi senjata yang lumayan dengan maklumat.Contohnya mengenai ucapan menteri pada bulan sembilan lalu yang dimuatkan dalam laman portal rasmi Kementerian Pertahanan.

"Beliau (Zahid) menyebut sebanyak 16 unit pesawat MIG29 tersadai. Fungsi MIG29 untuk lakukan kerja pemintasan.Tapi kos untuk membiayai operasai MIG walaupun tiada musim perang sekarang ini ialah sebanyak 260 juta setahun.Tersadainya MIG29 akan menjimatkan 260 juta.

"Itu pengumuman rasmi menteri dalam laman portal kementerian pertahanan.Jadi untuk menjimatkan kos tidak perlu menjalankan operasi penerbangan.Bayangkan kalau peperangan berlaku MIG tidak berada dalam siap sedia,"

"Ini sumber sahih yang kami dapat.Adakah sumber dari laman portal itu juga separa benar?"soalnya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Bukit Gantang dari PAS Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin yang juga ahli jawatankuasa itu mahu nasib bekas perajurit negara dibela kementerian itu.

"Sepanjang sepuluh bulan setengah menjadi Menteri Besar saya didatangi bekas perajurit yang tiada tanah untuk membuat rumah, hanya dapat pencen 300 sebulan dan anak-anak masih bersekolah.

"Kami nak nyatakan bahawa hal ehwal bekas tentera merupakan tanggungjawab kepada kementerian itu sendiri," tegasnya.

Beliau juga berkata, kementerian berkenaan seolah-olah mengabaikan kebajikan bekas pejuang negara.

"Jika diambil perhatian pula, hanyalah kepada pegawai kanan sahaja.Mereka yang dapat manfaat daripada tabungan-tabungan,apa sahaja program yang diadakan. Kakitangan bawahan menanggung penderitaan yang amat dasyat," katanya.

Seorang lagi ahli jawatankuasa berkenaan ialah Ahli Parlimen Bukit Bendera dari DAP, Liew Chin Tong.

------------------ yusz felda :
" sejarah Perang Badar, mereka yang terlibat disebut Ahlu Badar.. itulah tentera Islam.. pejuang agama.. bila jaga agama.. insya allah.. bangsa dan negara selamat belaka.. so, eloklah kebajikan tentera kita dijaga.. bukan semua orang berani berdepan dengan musuh di medan perang...

Tiada ulasan: