Jumaat, Disember 04, 2009

KPM benarkan 2 subjek tambahan SPM, mengapa sekolah agama dianak tirikan?

Calon SPM dibenar mengambil dua subjek tambahan - TPM

(utusan.com.my)

04/12/2009 6:43pm

PUTRAJAYA 4 Dis. — Pelajar yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan dibenarkan mengambil dua subjek tambahan tetapi keputusan keseluruhan akan tetap mengambil kira 10 mata pelajaran teras, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, Kabinet membuat keputusan itu setelah mengambil kira rayuan yang dibawa oleh Menteri Sumber Manusia Datuk S. Subramaniam yang mewakili banyak pihak.

Beliau berkata, penjelasan menyeluruh berhubung perkara itu akan dibuat oleh Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Md Dom.

"Pokoknya 10 subjek utama itu kekal tetapi memberi kelonggaran bahawa pelajar boleh membuat pilihan untuk mengambil mata pelajaran bahasa Cina atau Tamil dan sastera Cina atau sastera Tamil,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tanah Negara Ke-65 di sini hari ini. - Bernama

----------------------------

Calon SPM dibenar ambil 2 subjek tambahan

(bharian.com.my)


PUTRAJAYA: Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dibenarkan mengambil tambahan dua subjek tetapi keputusan hanya dikira berdasarkan 10 subjek utama.

Perkara itu diumumkan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pada sidang media di

sini sebentar tadi.

------------------------------ yusz felda :

Ada kawan beritahu TPM bukan guru.. dia tak faham suasana guru.. suasana pelajar... dah lama dia tinggal alam belajar ni... biarlah pelajar yang mahu ambil subjek banyak, ambik lah! Kan kan?

Mungkin sekolah agama di Kelantan asyik score A banyak 20 A / 21 A.. tu la kerajaan sekat?

he he..

Tak apa.. kita tunggu dan lihat.. silap-silap haribulan.. kerajaan longgarkan lagi..last2 jadi macam biasa semula..

Tiada ulasan: