Rabu, Disember 09, 2009

Murahnya nyawa, rugi mati katak! Baik mati di jalan Allah..

Empat letupan di Iraq, 118 terkorban
(utusan.com.my)

BAGHDAD 8 Dis. - Sekurang-kurangnya 118 maut, sementara 261 yang lain cedera apabila satu siri serangan termasuk tiga insiden pengeboman kereta, menggegar Baghdad hari ini, dalam satu gelombang keganasan terburuk di ibu negara itu dalam tempoh lebih sebulan.

Kira-kira satu jam sebelum siri serangan itu, seorang pengebom nekad yang menaiki kereta, merempuh sepasukan polis peronda di daerah Dora, selatan Baghdad, mengorbankan sekurang-kurangnya tiga anggota polis dan seorang orang awam serta mencederakan lima yang lain.

Polis Iraq berkata, sekurang-kurangnya satu daripada letupan di tengah-tengah Baghdad dilakukan pengebom nekad yang memandu ambulans yang sarat d
engan
bahan letupan ke arah bangunan Kementerian Kewangan.

Dua lagi insiden letupan kereta dilaporkan berlaku tengah bandar ini dipercayai dicetuskan menerusi alat kawalan masa atau picu. - AP
----------------------
yusz felda : ntah lah apa nak jadi dengan Dunia Islam ini.. nyawa melayang lebih kejam dan ngeri berbanding di Era Saddam.. apa komen Tuan/Puan?
2006, hari Raya Haji Saddam digantung.. jasa Saddam bertegas dengan regim Israel amat dihargai dan dihormati.. inilah dia bahana tidak berpegang kepada Hukum allah walaupun orang Arab sendiri mahir berbahasa Arab, namun kita kena ingat, Abu Jahal- Abu Talib- Abu Lahab juga Arab, tetapi jalan mana mereka pilih dek 'ego kuasa' yang ada... Nauzubillah min zalikk

Tiada ulasan: