Rabu, Disember 02, 2009

Dari Dewan Rakyat : Nisbah Guru Wanita Berbanding Lelaki! 2:1 ???

(harakahdaily.net) 1/12/09

Timbalan Menteri Datuk Dr Wee Ka Siong (BN-Ayer Hitam) memberitahu,sehingga 31 Januari 2009 nisbah guru lelaki dan perempuan di sekolah renndah dan sekolah menengah kerajaan dan bantuan kerajaan di seluruh negara ialah nisbah satu kepada dua.

Manakala jumlah guru mengikut jantina di sekolah di bawah KPM adalah seperti berikut:

Bagi sekolah rendah
1. guru lelaki ialah seramai 67947 manakala
2. guru perempuan ialah seramai 151,819.


Bagi sekolah menengah
1. guru lelaki ialah seramai 53825 manakala
2. guru perempuan ialah seramai 112,440


Jumlah keseluruhan
1.guru lelaki ialah 121,772 manakala
2. guru perempuan 264,259


KPM ujarnya sedang mengambil langkah untuk menyeimbangkan jurang guru lelaki dan wanita di negara ini dengan meningkatkan kuota pengambilan guru lelaki untuk meyertai kursus perguruan khusunya ke kawasan pedalaman.

KPM juga meningkatkan pengambilan guru lelaki dalam bidang yang menarik dan lasak seperti sains sukan, kemahiran hidup, dan vokasional selain meningkatkan promosi di media massa untuk memberi informasi mengenai bidang pendidikan.

Dato' Mohammad Aziz (BN-Sri Gading) dalam pada itu mendakwa KPM mengamalkan sikap diskriminasi terhadap lelaki apabila jumlah guru wanita lebih ramai daripada guru wanita.

Namun Wee Ka Siong menafikan dakwaan itu sebaliknya meminta Mohammad Aziz mengambil kira jumlah penuntut di Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang menunjukkan jumlah wanita lebih ramai daripada lelaki.

Tiada ulasan: