Selasa, Disember 08, 2009

Baru Tahu, PARLIMEN 1 daripada Lokasi Ancaman di Malaysia!

Parlimen sentiasa dikawal ketat elak ancaman luar

(bharian.com.my) 8/12/09

KUALA LUMPUR: Kerajaan sentiasa mengetatkan kawalan keselamatan di kawasan Parlimen kerana lokasinya turut diklasifikasikan sebagai satu daripada 110 sasaran utama sebarang bentuk ancaman yang boleh menggugat keselamatan negara, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Jelaing Mersat.

"Kawasan Parlimen menjadi sasaran nombor satu dan tempat ini dikawal ketat walaupun sekali sekala ada hal-hal yang tidak diingini berlaku kerana ramai orang keluar masuk," katanya ketika menjawab soalan tambahan Tan Seng Giaw (DAP-Kepong) pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Tan meminta penjelasan berhubung penarafan keselamatan di kawasan Parlimen serta kemungkinan ancaman besar terhadap sasaran penting dalam negara, termasuk

kemungkinan berlaku serangan berani mati.


Jelaing berkata, kerajaan sentiasa meningkatkan tahap keselamatan bukan saja di lokasi yang menjadi sasaran utama, malah di 339 lokasi yang diklasifikasikan sebagai sasaran kedua.



-------------

(mstar.com.my)
Parlimen Sentiasa Dikawal Ketat Elak Ancaman Luar

KUALA LUMPUR: Kerajaan sentiasa mengetatkan kawalan keselamatan di kawasan Parlimen kerana lokasinya turut diklasifikasikan sebagai satu daripada 110 sasaran utama sebarang bentuk ancaman yang boleh menggugat keselamatan negara, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Jelaing Mersat.

"Kawasan Parlimen menjadi sasaran nombor satu dan tempat ini dikawal ketat walaupun sekali sekala ada halhal yang tidak diingini berlaku kerana ramai orang keluar masuk," katanya ketika menjawab soalan tambahan Tan Seng Giaw (DAP-Kepong) pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Tan terdahulu meminta penjelasan berhubung penarafan keselamatan di kawasan Parlimen serta kemungkinan ancaman besar terhadap sasaran penting dalam negara, termasuk kemungkinan berlaku serangan berani mati.

Jelaing berkata kerajaan sentiasa meningkatkan tahap keselamatan bukan saja di lokasi yang menjadi sasaran utama, malah di 339 lokasi yang diklasifikasikan sebagai sasaran kedua.

Katanya sehingga kini kerajaan berpuas hati dengan kawalan di kawasan sasaran utama dan sasaran kedua itu.

"Bagaimanapun ada juga kejadian yang tidak diingini berlaku dan atas sebabsebab itu juga kita melaksanakan kajian bagi meningkatkan sistem kawalan termasuk memasang kamera litar tertutup (CCTV) dan menempatkan anggota-anggota keselamatan di kawasan berkenaan," katanya.

Terdahulu menjawab soalan Hamim Samuri (BN-Ledang) Jelaing berkata kerajaan komited dalam meningkatkan langkah keselamatan di tempat-tempat yang menjadi sasaran penting di seluruh negara.

Beliau berkata sehingga hari ini tahap keselamatan sasaran penting di seluruh negara adalah terkawal dan dikawal selia oleh Angkatan Tentera Malaysia, Pasukan Polis Bantuan dan syarikatsyarikat kawalan keselamatan swasta.

"Di samping itu, kerajaan dari semasa ke semasa memantau sebarang bentuk ancaman ke atas manamana sasaran penting negara menerusi maklumat risikan," tambahnya.

------------------------ mahkamah-akhirat :

" ya.. di Malaysia kita ini macam payah sikit nak jadi macam di Indonesia.. Ulamak Pas sendiri masih berpegang kepada menegakkan Islam dengan menggunakan saluran demokrasi p/raya yang ada.. hatta pihak pemerintah saban tahun MENIPU! Urusan menasihat kerajaan berterusan hingga hari qiamat... di Indonesia, ancaman meletupkan diri agak tinggi.. mungkin ada pandangan ulamak tersendiri berkaitan suasana di sana yang mungkin berbeza dengan di M'sia.. kita kena cari info berkaitan isu meletupkan bom/bunuh diri dsb..

Tiada ulasan: