Selasa, Disember 15, 2009

Orang Islam Tak Belajar Berenang? Berenang Digalakkan Islam!

Tiga sahabat lemas mandi air terjun(utusan.com.my)

15/12/2009 9:07pm

KUANTAN 15 Dis. _ Tiga sahabat lemas ketika mereka sedang mandi di Air Terjun Pandan, Pancing dekat sini kira-kira pukul 4.45 petang ini.

Penolong Penguasa Balai Bomba dan Penyelamat Taman Tas di sini, Anuar Hassan berkata, dua daripada mayat mangsa ditemui pada pukul 6 petang manakala satu lagi ditemui pada pukul 7.06 petang ini.

Menurut beliau, gerakan mencari mayat mangsa dijalankan sebaik pihak bomba dan penyelamat menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.45 petang ini.
Kesemua mangsa berumur dalam lingkungan 20-an. - Utusan.

-----------------------------------


yusz felda : saya pun tak pandai berenang.. ada la belajar sikit di UIAM, masa buat diploma.. itupun syukur kerana termasuk dalam Sukatan Pelajaran Diploma.. masa tu sesi akhir Dipl Pend UIAM dan 1st time dinaikkan ke taraf Fakulti Pendidikan UIAM.. 



Orang Malaysia kerap kita dengar mati lemas... kalau boleh gantikan di sekolah sahaja subjek Pendidikan Sivik dengan Renang! Atau wajibkan lulus mata pelajaran renang.. Nabi saw suka kita belajar ilmu as-sibahah (renang), ar-rimayah (memanah) dan rukubul khoil (tunggang kuda).. kita kan kaya dengan lubuk ikan/telaga / kolam ikan/ loji/ takungan air/ tasik/laut/parit/lombong/teluk/sungai.. semuanya mengundang bahaya 'mati lemas' jika tersalh langkah.. Ya! Ajal kuasa Allah.. namun, usaha sebelum BERTAWAKKAL!

Tiada ulasan: