Rabu, Disember 09, 2009

MILF dan Kerajaan Arroyo sambung rundingan di KL! Doakan dua pihak capai kata sepakat! Ameennnn...

Filipina, MILF sambung rundingan
(utusan.com.my 9/12/09)
KUALA LUMPUR 8 Dis. - Kerajaan Filipina dan kumpulan pemisah selatan negara itu hari ini menyambung semula rundingan damai yang terbantut 16 bulan lalu, sekali gus memulihkan usaha rasmi untuk menamatkan pemberontakan di wilayah itu, yang telah meragut sekurang-kurangnya 120,000 nyawa.

Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) telah berjuang untuk mewujudkan pemerintahan Islam di Mindanao, yang majoriti penduduknya beragama Islam. Ia adalah kumpulan pemisah terbesar daripada empat kumpulan yang telah melancarkan pemberontakan di selatan Filipina.

Perunding daripada kedua-dua belah pihak memulakan rundingan selama dua hari yang diusahakan Malaysia hari ini di sebuah hotel di ibu negara ini.
---------------------
yusz felda : kita doakan semuanya berjalan lancar untuk kepentingan Umat Islam.. MILF tidak akan bunuh sesuka hati tentera Kerajaan Philipina, kerana ia juga berpegang kepada Al-Quran & As-Sunnah..

Tiada ulasan: