Rabu, Disember 02, 2009

Padahnya membelasah peragut sampai mati!


Peragut mati: Polis buka kertas siasatan

(utusan.com.my 2/12/09)

KOTA BHARU 1 Dis. - Siasatan kes seorang daripada dua peragut yang mati selepas dibelasah penduduk dalam kejadian ragut di Kampung Belimbing Pendek, Kedai Mulong dekat sini telah dimulakan pada Sabtu lalu.

Menurut Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302, Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh.

Katanya, walaupun pihak polis memerlukan kerjasama orang ramai untuk membanteras jenayah, namun tindakan membelakangkan undang-undang amat ditegah malah boleh didakwa.

"Hakikatnya, polis amat memerlukan kerjasama orang ramai untuk mencegah jenayah. Namun, kita jangan bertindak di luar batasan undang-undang kerana melakukan kekerasan kepada suspek adalah satu kesalahan.

"Sepatutnya apabila orang awam berjaya menangkap suspek, langkah seterusnya adalah lapor kepada pihak polis segera biar polis menahannya untuk siasatan lanjut," katanya.

-------------------- yusz felda : saya dah ulas dah isu ni.. selagi tak guna Hukum Jenayah Islam.. selagi itulah tiada keberkatan dalam undang/hukuman ciptaan manusia dan ianya akan mewujudkan kezaliman kepada pihak yang sepatutnya tidak salah... sekarang yang terlibat hingga mati peragut akan dicari dan disabitkan bawah Seksyen 302, Kanun Keseksaan... kasihan kasihan rakyat M'sia ini...

Tiada ulasan: