Selasa, Disember 08, 2009

Kes Kereta Terjunam Dikelaskan Membunuh Tanpa Niat? Emm..

Diklasifikasi sebabkan kematian (utusan.com.my)

KOTA BHARU 7 Dis. - Siasatan kes kereta terjunam di pusat beli- belah KB Mall, di sini semalam, yang dibuka mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 telah diklasifikasikan semula kepada Seksyen 304 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian tanpa niat.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, seksyen itu membawa hukuman lebih berat jika sabit kesalahan berbanding di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Pihak kami mengklasifikasikan semula kes yang meragut dua nyawa ini kerana buat pertama kalinya ia melibatkan kenderaan dalam bangunan dan bukannya di jalan raya.

"Kami membuat pertimbangan sedemikian setelah berbincang dengan pihak Bukit Aman kerana tragedi ini berlaku dalam keadaan luar biasa.

"Namun terpulanglah kepada pihak pendakwa raya untuk meneliti dan memutuskannya apabila kertas siasatan diserahkan," katanya kepada Utusan Malaysia

di sini hari ini.

---------- yusz felda :

memang benar hADIS nABI SAW bahawa akhir zaman ni, yang mati pun tak tahu apa sebab / punca dia mati.. dan kematian mengejut.. kasihan kepada mangsa.. pihak KB Mall tidak dipersalahkan kah? simen tak kuat, batu tak cukup.. emm.. kita lihat macam mana polis selesaikan isu ini...

* dengar cerita, saksi yang terlibat dengan kereta terjunam lari.. hang nak pi mana?.. bimbang kena tangkap kah? bimbang dihukum gantung ka? tenang...

Tiada ulasan: