Rabu, Disember 02, 2009

Bicara Kes Liwat DS Anwar 25 Januari 2010!

Anwar tetap dibicara

Oleh Norhashimah Mohd Radzali
norhashimah@bharian.com.my




Mahkamah tolak permohonan batal tuduhan meliwat

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini semalam menolak permohonan Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim, untuk mengetepikan dan membatalkan tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Sehubungan itu, mahkamah menetapkan perbicaraan kes berkenaan selama sebulan bermula 25 Januari depan.


Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah dalam keputusannya, berkata laporan perubatan dari Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Pusrawi terhadap Mohd Saiful tidak boleh dijadikan asas untuk mahkamah menggunakan kuasa inheren (tambahan) bagi membatalkan tuduhan itu tanpa mendengar keterangan semua saksi pendakwaan terlebih dulu.


Beliau berkata, persoalan sama ada terdapat atau tidak kemasukan, wujudnya keraguan atau tidak dalam keterangan yang mungkin dibawa pihak pendakwaan, tidak boleh diputuskan pada peringkat ini dengan hanya berlandaskan laporan perubatan.

"Ia hanya boleh ditentukan selepas semua saksi memberi keterangan dalam perbicaraan," katanya ketika membacakan penghakiman bertulis setebal 14 muka surat.

Sementara itu, peguam Anwar, SN Sankara ketika ditemui di luar mahkamah, berkata pihaknya akan mengemukakan rayuan berhubung keputusan itu.

Anwar, 62, dituduh meliwat Mohd Saiful, 24, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan, Anwar boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.

---------------

yusz felda :

BN/UMNO beria-beria bahkan mungkin akan mengadkan solat hajat agar DS Anwar disabit kesalahan.. kerana jika DS dipenjara.. Pakatan Rakyat akan hilang taring!

BN/UMNO menipu daya.. Allah jua menipu daya.. tipudaya Allah yang terbaik!

Kita beri sokongan, andai kata DS Anwar difitnah, maka doa diturunkan MUSIBAH jua perlu dipanjatkan oleh jemaah Islam Malaysia!

Ameennn... :)

Tiada ulasan: