Selasa, Disember 22, 2009

Bab Nikah, ahli Pas kena jaga elok-elok...

Dr. Rosli, Ilyani diperintah tidak tinggal bersama

KOTA BHARU 21 Dis. - Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini memerintahkan Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas negeri, Dr. Rosli Allani Abd. Kader (gambar) tinggal berasingan dengan isteri keduanya sehingga permohonan bapa mertuanya untuk membatalkan perkahwinan mereka diputuskan.

Plaintif, Mohd. Noor Che Man, 58, seorang ahli perniagaan di sini memohon supaya pernikahan defendan pertama dengan Ilyani selaku defendan kedua dibatalkan kerana percaya perkahwinan mereka di Masjid Lapangan Terbang Subang, Selangor pada 26 Disember 2008, tidak sah.

Mohd. Noor diwakili peguam syarie, Mohd. Zaki Zainal Abidin manakala Dr. Rosli Allani dan Ilyani diwakili peguam syarie, Mustafa Kamal Mat Hassan. Bagaimanapun Ilyani tidak hadir di mahkamah.
Mohd. Zaki memaklumkan, plaintif tidak bersetuju dengan permohonan defendan pertama supaya perkahwinan dengan defendan kedua dilakukan semula untuk menyelesaikan perkara tersebut di luar mahkamah.

"Oleh yang demikian plaintif yakin defendan pertama bukan lelaki atau suami yang baik, sekufu (sama taraf dari segi keturunan, pangkat dan tahap pembelajaran) dan mempunyai niat yang tidak baik dengan menipu untuk tujuan perkahwinan tersebut," ujar plaintif dalam penyata tuntutannya.
--------- yusz felda : berat juga penyata tuntutan tersebut... kita kena tunggu apa perkembangan.. anak plaintif dah beri cadangan jalan penyelesaian tetapi plaintif tak mahu pulak.. kenapa bab nikah diberatkan pulak.. apakah exco pemuda Pas ini bermasaalah???

Tiada ulasan: