Jumaat, Disember 11, 2009

Kenangan di Semenanjung 23/11/09 hingga 10/12/09 - Siri 1

Ini Kenangan 1/12/09- kami pergi makan cendol pulut di Jalan Bomba Kangar-salah sebuah kedai cendol yang terkenal di Perlis.. jam 7 malam dah tutup kedai.. memang sambutan menggalakkan... mudah kerja depa.. tutup awal.. anak saudara ipar dan anak saudara pupu kerja di sini...


Jam 7 malam kedai ditutup.. taukeh kedai abang kepada salah seorang pemain bolasepak Perlis (dia la kata)... menu mereka mudah sahaja.. minuman cendol pulut menu utama selain minuman biasa... makanan 4 sahaja > bihun sup, laksa, mee kari dan nasi ayam...


He he.. patung mainan harimau disediakan untuk menggembirakan kanak-kanak.. tengok, adik saya 10 tahun (tudung ungu) pun masih suka patung sebegini...


Tak terkata apa.. syok makan cendol pulut.. ada yang makan bihun sup, mee kari, laksa dan nasi ayam.. boleh nampak sikit-sikit dalam gambar banyak meja disediakan untuk pelanggan... tak kurang dari 30 meja lebih



Alhamdulillah.. walaupun cuti sekolah lama hingga awal Bulan Januari 2010, saya hanya menghabiskan 17 hari di Perlis dan Kedah (rumah mertua)... dapatlah berziarah di rumah keluarga sebelah keluarga ibubapa saya dan mertua saya... makan bihun sup ala semenanjung, cendol pulut, makan angin di tepian pantai Kuala sungai Baru, makan jagung bakar, makan kenduri.. pergi 'shopping' di pasaraya.. Padang Besar.. Majlis Berkhatan Anjuran Pas Perlis+ Ceramah Politik... dapat merasai nikmat 'home stay' Jalan Alor Mengkudu, Kedah, pergi Felda Sungai Tiang, Kedah dan sebagainya lagi... Emm.. kenangan tersebut amat indah sekali.. insya allah, apa yang boleh dikongsi bersama ialah beberapa keping imej yang akan dilampirkan...

Tiada ulasan: