Selasa, Disember 22, 2009

BUKAN 1 ENJIN, TAPI 2 ENJIN HILANG! LEPAS ni 3 PULAK... HE HE.. 2007 punya cerita...



Kronologi kehilangan enjin pesawat tempur F-5E TUDM

  • 26Jun 2007 - enjin pertama dihantar keluar

  • 1November 2007 - enjin kedua dihantar keluar

  • Mei 2008 - enjin disedari hilang

  • 4 Ogos 2008 - laporan polis dibuat

  • 13 Mei 2009 - kertas siasatan dihantar kepada Peguam Negara

  • 25 Jun 2009 - kertas siasatan dipulangkan dengan arahan untuk lengkapkan siasatan

  • 18 November 2009 - kertas siasatan dihantar semula.


  • PESAWAT pemintas F-5E milik TUDM.

    Bukan satu tapi dua

    Oleh Hardi Effendi Yaacob
    hardi@bharian.com.my


    PERDANA Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak diberi penerangan mengenai Satelit RazakSAT oleh Ketua Pegawai Eksekutif Astronautic Technology (M) Sdn Bhd, Datuk Dr Ahmad Sabirin Arshad (kiri), sebelum mempengerusikan mesyuarat Majlis Aeroangkasa Malaysia ke-6 di Bangunan Perdana Putra di Putrajaya, semalam. Turut sama ialah Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Maximus Ongkili (kanan). - Foto Bernama* tengok muka PM-macam banyak masalah dia pikir..

    Sebuah lagi enjin pesawat tempur F-5E TUDM hilang pada 2007

    KUALA LUMPUR: Bukan satu tetapi dua enjin pesawat tempur, F-5E, milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang hilang, masing-masing berharga RM50 juta, apabila sebuah lagi dipercayai hilang lima bulan selepas kehilangan enjin pertama.

    Enjin yang kedua hilang ketika menunggu untuk diselenggarakan di Pangkalan Udara Kuala Lumpur, dua tahun lalu dan disedari pada Mei 2008. Laporan polis dibuat tiga bulan kemudian.


    Kejadian dipercayai berlaku pada 1 November 2007, ketika enjin berkenaan dibawa keluar dari Skuadron Ke-12 Scorpion Butterworth, yang menempatkan pangkalan operasi pesawat berkenaan untuk penyelenggaraan rutin di ibu negara. Sumber memberitahu Berita Harian, penghantaran enjin kedua menggunakan kontena dikendalikan sebuah syarikat penyelenggaraan pesawat tentera dilantik kerajaan tetapi enjin berkenaan tidak tiba ke destinasinya.

    Katanya, kehilangan kedua-dua enjin itu dipercayai didalangi kumpulan sama membabitkan orang dalam syarikat penyelenggara terbabit dengan bantuan orang dalam TUDM.

    Sementara itu, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail ketika dihubungi, berkata pihaknya akan memulangkan semula fail siasatan kes berkenaan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini berikutan siasatan yang tidak lengkap termasuk ketiadaan butiran enjin termasuk jenis dan spesifikasinya.

    Siasatan itu dikembalikan semula ke Bukit Aman bersama arahan terbaru, termasuk menyiasat kemungkinan pembabitan pihak lain, termasuk agensi kerajaan dalam kehilangan enjin berkenaan.

    "Siasatan lebih mendalam, dengan butiran lebih terperinci amatlah diperlukan dalam pengendalian kes ini," kata Abdul Ghani.

    Sabtu lalu Berita Harian mendedahkan kehilangan enjin jenis GE J85-21A pesawat tempur F-5E milik TUDM yang dipercayai antara skandal penyelewengan terbesar dalam sejarah TUDM. Maklumat risikan mengesahkan enjin itu dijual ke sebuah negara di Asia Barat.

    Enjin berkenaan hilang bersama rekod perkhidmatan dan penyelenggaraannya dari gudang simpanannya di Pangkalan Udara Kuala Lumpur sebaik tiba dari Skuadron Ke-12 Scorpion Butterworth. Berikutan itu TUDM membuat laporan polis dan Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman menyiasat kejadian itu.

    TUDM mula menggunakan pesawat buatan Amerika Syarikat itu pada 1974 untuk tugasan tempur dan peninjau. Bagaimanapun hanya lapan masih digunakan sehingga kini masing-masing model RF-5E Tigereye dan F-5E Tiger II yang berpangkalan di Butterworth.

    Sumber berkata, modus operandi kumpulan terbabit licik kerana menggunakan taktik berbeza ketika melarikan kedua-dua enjin berkenaan, dipercayai untuk dijual sebagai komponen alat ganti di pasaran gelap, terutama kepada pembeli antarabangsa.


    Katanya, kehilangan kedua-dua enjin itu dilaporkan kepada polis pada 4 Ogos 2008 selepas siasatan dalaman Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dikatakan menemui jalan buntu.



    yusz felda : 2007 lagi hilang... 2 tahun juga... sekarang macam mana? Menteri bertanggungjawab masa tu PM la ni..


    Tiada ulasan: