


Pada masa sama, polis juga bergerak laju membereskan siasatan video seks terhadap Anwar. Kenyataan terbaru Timbalan Ketua Polis Negara Khalid Abu Bakar ialah kini ada bukti dari Amerika Syarikat video itu tulen dan pelakunya sudah dikenal pasti.
Jelas ranjau perjuangan Anwar menempuhi liku-liku yang begitu perit lagi mencabar pada hari-hari mendatang.
Rencana ini tidak boleh memperinci keputusan Hakim Zabidin Mohamad Diah kerana batasan undang-undang mengenai kes yang masih dibicarakan di mahkamah.

Cukup sekadar merumuskan hakim tidak mendapati sebarang cacat cela dalam kes pendakwaraya. Hujah-hujah yang diberikan oleh Zabidin begitu mirip dengan penghakiman yang diterima oleh Anwar kali pertama beliau menghadapi tuduhan sama pada tahun 1999.
Dalam kes terbaru, sebagaimana pertuduhan pertama Anwar sudah pun dibebaskan oleh Mahkamah Rakyat yang arif menilai sendiri segala “bukti-bukti” yang dibawa oleh polis dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.

Setakat ini belum pasti tuduhan apa yang akan dibawa oleh Gani terhadap Anwar bersabit video fitnah itu yang dikatakan sudah diedarkan di masjid-masjid, pasar malam dan rumah-rumah selain terpancar di Internet.
Tetapi yakinlah, tuduhan akan tetap dibuat, berasaskan ketekunan Gani meminta polis berulang kali untuk menambah “bukti-bukti” dan keterangan bersabit video itu.

Manusia merancang… Kesudahan lakon layar adalah di tangan Maha Esa. Kegigihan Anwar mengharungi detik-detik getir yang menjelang adalah juga sebahagian daripada ujian Allah.
Keputusan Mahkamah Tinggi hari ini dan fitnah video lucah yang cuba dipalitkan kepada Anwar hanyalah lagi satu lapisaan dugaan yang terpaksa di tempuhi oleh Anwar dan Pakatan Rakyat dalam menamatkan pemerintahan sebuah parti yang kian terdesak dengan kemungkaran yang kian terdedah.
ULASAN ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian sidang pengarang Malaysiakini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan