Oleh Nazmi Yaakub
2011/05/03
PUTRAJAYA: Penyair tanah air, Datuk Dr Ahmad Kamal atau lebih dikenali sebagai Kemala, diumumkan sebagai penerima Anugerah Sastera Negara (ASN), sekali gus menjadi Sasterawan Negara (SN) ke-11. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, ketika mengumumkannya, berkata Kemala akan menerima Warkah Penghormatan Negara dan hadiah wang tunai bernilai RM60,000.
Kemala yang dilahirkan di Gombak dan kini Sarjana Tamu di Universiti Putra Malaysia, menghasilkan kumpulan puisi sebanyak 11 judul; antologi puisi (25); kajian sastera (10); kumpulan cerpen (4); antologi cerpen (8); drama (4)dan cerita kanak-kanak (3), selain 50 esei serta kritikan sastera.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan