Katanya laporan beberapa media sebelum ini bahawa Ketua Hakim Negara telah jatuh sewaktu berada di Hospital Putrajaya adalah tidak benar sama sekali.
Kenyataan itu dikeluarkan berikutan laporan yang menyebut Zaki dimasukkan ke IJN setelah dilaporkan terjatuh di Hospital Putrajaya.
Seorang pegawai IJN ketika dihubungi mengesahkan Zaki, 66, dimasukkan ke institut itu kira-kira 10.30 pagi dan ketika ini menjalani pemeriksaan yang dikendalikan oleh pakar di hospital berkenaan.
Zaki, 66, dilantik sebagai Ketua Hakim Negara yang keenam pada 18 Oktober 2008, menggantikan Tun Abdul Hamid Mohamad.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan