Rabu, Mei 04, 2011

Mahkamah batal tuntutan RM1.38 juta oleh arwah Datuk Sosilawati...




sumber

SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam membenarkan permohonan untuk membatalkan tuntutan wang RM1.38 juta yang difailkan Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya terhadap bekas suaminya, penyanyi, Nash.

Permohonan itu dikemukakan oleh peguam syarie, Datuk Mohd. Zaidi Mohd. Zain yang mewakili Sosilawati selaku plaintif di hadapan Hakim Syarie, Muhammad Adib Hussain.

Saman itu dibatalkan berikutan beberapa lelaki telah dituduh membunuh Sosilawati walaupun surat pengesahan kematiannya belum dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara.

Bagaimanapun, kes itu bakal disambung apabila anak sulungnya, Erni Dekritawati Yuliana Bukhairi atau Rita berniat meneruskan tuntutan itu.

Ia berdasarkan peruntukan mengikut Seksyen 22 Enakmen Tatacara Mahkamah Syariah Selangor 2003 di mana jika orang yang menuntut mati, mahkamah akan meneliti dari segi hukum syarak iaitu tuntutan itu tidak akan terhapus kerana ia boleh diwarisi.

Tiada ulasan: