Khamis, Mei 05, 2011

Bukan Islam berpeluang menuntut di KUIN

SUMBER

05/05/2011 11:38am

BALING - Pelajar-pelajar bukan beragama Islam juga layak melanjutkan pengajian di Kolej Universiti Insaniah (KUIN) sekiranya memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan, kata Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Beliau berkata, tidak mustahil sekiranya ada pelajar bukan Islam yang berminat menyambung pengajian di KUIN kerana institusi itu kini menawarkan lebih 40 program dalam pelbagai bidang termasuk perubatan, multimedia dan kejuruteraan.

"Bagi program perubatan, kita akan terima kemasukan pertama pada Julai atau September ini membabitkan lebih 50 pelajar. Kita sudah ada pakar-pakar dalam bidang ini kerana Malaysian Medical Council telah menetapkan bahawa perlu ada pakar untuk menawarkan program ini,” katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas meninjau perkembangan pembangunan kampus tetap KUIN di Kuala Ketil di sini semalam, beliau berkata, bagaimanapun pelajar-pelajar bukan Islam itu perlu juga mengambil kursus-kursus wajib yang berteraskan kefahaman dalam agama Islam. - Bernama

Tiada ulasan: