Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 3 Mei: Peningkatan kes hamil luar nikah adalah bukti kegagalan penubuhan Sekolah Harapan, bukti ketidakcekapan badan organisasi Balkis dan terutamanya sebagai bukti perancangan dan pelan kerja ‘separuh siap’ Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil selaku Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Demikian kata Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin (gambar) sebagai respons kepada kenyataan Pengetua Rumah Kebajikan Wanita dan Remaja (Kewaja), Yahya Mohamed Yusof berkenaan peningkatan kes hamil luar nikah terus berlaku saban hari adalah amat membimbangkan. Saban tahun, katanya berjuta-juta ringgit telah dibelanjakan untuk menangani masalah sosial begini, namun tiada perubahan constructive yang dapat dilihat. Demi mengelakkan lebih banyak pembaziran dana dan wang rakyat berlaku, dan masalah itu dapat diatasi secara tuntas, beliau memohon agar kerajaan segera meneliti semula konsep dan matlamat penubuhan Sekolah Harapan, sehingga suatu kajian penyelesaian secara menyeluruh ke atas masalah sosial ini dapat dibuat. Ini kerana, ujarnya peningkatan kes kehamilan luar nikah yang berlaku jelas telah membuktikan bahawa dengan penubuhan hanya satu sahaja Sekolah Harapan tidak akan mampu untuk menjadi penyelesai kepada masalah sosial sedia ada yang dihadapi di seluruh negeri. “Saya melihat, peningkatan kes kehamilan luar nikah ini secara amat serius kerana ini akan menyebabkan bilangan golongan ibu muda juga semakin bertambah,” ujarnya yang juga ahli Parlimen Ampang kepada Harakahdaily. |
mahkamah-akhirat.blogspot.com " AYUH BERAMAL SOLEH SEBELUM DIAMBIL NYAWA KITA "
Rabu, Mei 04, 2011
Hamil luar nikah, pelan ‘separuh siap’ Shahrizat
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan