Khamis, Mei 12, 2011

Muka baru terajui Pemuda PAS Sarawak. TAHNIAH!



Harakahdaily   
SIBU, 6 Mei: Dewan Pemuda PAS Sarawak yang selesai bermuktamar minggu lalu menyaksikan perubahan terhadap kepimpinan mereka.

Ketua Pemuda sebelum in, Abg Eddy Allyanni Abg Fauzi yang juga calon Dun Sadong Jaya pada pilihan raya lalu, diganti muka baru.
Jawatan itu kini disandang oleh Arifiriazul Paijo yang dipilih perwakilan, manakala Ahmad Solehin Amat dipilih sebagai Timbalan Ketua Pemuda serta Naib Ketua Pemuda diamanahkan kepada Aizan Mohd Ali.

Muktamar Pemuda PAS Sarawak kali ke-7 kali ini adalah julung kali dibuat di Markaz PAS Sibu berbanding sebelum ini yang di adakan di Kuching, Miri dan Bintulu.

Ianya telah dirasmikan oleh Bendahari Dewan Pemuda PAS Pusat, Mohd Adram Musa.

Majlis perasmian turut diserikan dengan kehadiran rakan Pakatan Rakyat dari DAPSY Sibu iaitu Stephen Lu dan juga Setiausaha Badan Perhubungan PAS Sarawak Fizuan Zaidi.

Seramai 50 perwakilan turut hadir dari pelbagai kawasan termasuk Petrajaya, Miri, Bintulu, Mukah, Sibu, Sri Aman, Saratok dan Sarikei.

Dalam ucapan perasmian, Adram telah menegaskan agar Pemuda PAS Sarawak menjadikan Rasulullah SAW sebagai role model dalam menampilkan cara politik Islam dan berdakwah dengan pendekatan yang sesuai dengan masyakat Sarawak.

Abg Eddy Allyanni pula telah menyatakan terima kasih kepada semua pemuda yang telah bekerja keras sepanjang Pilihan Raya Dun Sarawak lalu.

Beliau jg mengingatkan agar perwakilan utk memperkasa tarbiah, merapatkan saf dan memperhebatkan gerak kerja dakwah.

Perwakilan juga telah bersetuju dengan dua usul iaitu memperbanyak kursus berkaitan pilihan raya di samping melakukan program berterusan di cawangan yang telah ditubuhkan sepanjang Pilihan Raya lalu.

Berikut adalah senarai penuh AJK Dewan Pemuda PAS Sarawak bagi sesi 2011/13.

Pengerusi Tetap: Azwani Rani
Timbalan Pengerusi Tetap: Hasrul Ahmad
Ketua Pemuda: Arifiriazul Paijo
Timbalan Ketua Pemuda: Ahmad Solehin Amat
Naib Ketua Pemuda: Aizan Mohd Ali

AJK:
Abdullah Anuar
Afnan Ahmad
Razuan Abu
Muazzam Nik
Zharudin Mohd
Syamzul Anan
Shahrul Rais
Aspiar Bakri
Awangku Asrin Awgku Mustafa
Syed Syukran Syed Salman

Tiada ulasan: