Rabu, Mei 04, 2011

TERKINI!!!TERIMA KASIH BANK NEGARA! NAMUN, Pemeriksaan di Puspakom bebankan rakyat?

SUMBER
Hayati Sidek   
Bank Negara mengumumkan bahawa loading premium insurans yang dikenakan ke atas kereta yang berumur lebih daripada 10 tahun dimansuhkan. Ini sudah tentu merupakan berita gembira bagi rakyat kerana mereka kini bebas dari satu beban yang membelenggui mereka berikutan kos sara hidup yang makin meningkat.

Malangnya, beban tersebut digantikan pula dengan beban yang baru, iaitu pemilik kereta berkenaan perlu membawa kereta mereka bagi menjalani pemeriksaan di Puspakom. Jika tidak, mereka tidak akan dapat memperbaharui cukai jalan dan insurans kereta masing-masing.

Objektif langkah ini adalah bagi memastikan keselamatan di jalan raya. Jika itu matlamatnya, maka tiada salahnya para pengguna dibenarkan membuat pemeriksaan di mana-mana bengkel yang terletak berdekatan rumah mereka dan bukannya diwajibkan menjalankan pemeriksaan itu di Puspakom.

Umum mengetahui bahawa apabila sesebuah entiti diberikan hak monopoli dalam mana-mana sektor sekalipun, maka buruklah akibatnya, terutama sekali kepada para pengguna. Kewujudan monopoli akhirnya akan menyebabkan ketidakadilan berlaku terhadap pengguna, termasuk dari segi harga dan syarat-syarat yang dikenakan ke atas mereka.

Maka saya menyeru kerajaan agar mencari jalan lain bagi mencapai matlamat mengurangkan kemalangan jalan raya dan bukan melalui cara yang membebankan rakyat. Kalau pun pemeriksaan perlu dilakukan, ia sepatutnya boleh dilakukan di mana-mana bengkel yang terletak berdekatan rumah masing-masing.

Tiada ulasan: