Selasa, Mei 03, 2011

6 Mei Hari Amarah Rakyat Malaysia? wah wah!

sumber
Ismail Hashim   
GOMBAK, 2 Mei: Bertempat di Masid Negara tanggal 6 Mei ini bakal mengukir satu lagi sejarah negara Malaysia moden apabila menjadi medan himpunan rakyat menunjuk rasa pada Hari Amarah Rakyat Malaysia. Setiausaha Agung Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid (gambar) berkata, 6 Mei ini yang jatuh pada Jumaat menyaksikan himpunan besar-besaran dari semua kalangan rakyat yang mempunyai perasaan marah dan tidak puas dalam banyak perkara.
"Paling kemuncak dalam isu fitnah video seks melibatkan sumpah laknat yang dilakukan oleh salah seorang terlibat, Eskay Abdullah yang menyalahgunakan tindakan itu yang jelas bercanggah dengan syariat agama.

"Mewakili lebih 60 badan-badan Islam dalam negara ini, saya berharap himpunan aman itu berjaya menyatakan hasrat semua pihak yang mempunyai rasa marah dan tidak bersetuju dengan tindakan politik fitnah, keji dan kotor," tegasnya.

Bercakap pada Harakahdaily malam ini, Azmi berkata, selepas menunaikan solat Jumaat, himpunan mendesak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) mengambil tindakan segera terhadap Eskay yang berbuat demikian di dalam sebuah masjid di Sentul, Jumaat lepas.

Dalam isu sama, Azmi yang juga Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras) menyentuh perkara itu dalam Majlis Selamatkan Dewan Bahasa Pustaka (DBP)di Perpustakaan Bandar Dalam, dekat sini, malam tadi.

Tiada ulasan: