Rabu, Mei 18, 2011

PAS & SYIAH?...

SUMBER


friday, April 8, 2011

Apa kata anak Nik Aziz berkenaan Syiah?

Salam Kamunting,

Saya belum menulis pasal Syiah apa – apa pun. Hanya sekali saya sentuh, iaitu ketika perang Lubnan – Israel yang terakhir dulu. Saya sebut, usah hiraukan Sunni – Syiah. Mereka adalah tentera tauhid seperti kita tengah menentang sebesar – besar tentera kufur di muka bumi. Saya sebut apa yang disebut oleh Al Qaradhawi masa mengulas isu perang tersebut.

Seawal saya menulis di blog, saya terus diminta menulis mengenai Syiah dalam PAS. Saya katakan, nantilah. Saya tak minat dan saya tak suka campur perihal yang panas – panas, sedang ianya tidaklah sebesar tujuan dan matlamat saya menulis di blog ini. Blog saya adalah untuk PAS dan dakwahnya, selain untuk membaham Islam Hadhari sehingga sesatnya itu tidak lagi difahami secara sesat oleh umat Melayu di negara kita sehingga kedua – duanya jadi sesat. 

Syiah! Jangan cuba sabotaj PAS! - Ali Tantawi

Percubaan Untuk Sabotaj PAS



Saya mendapat maklumat bahawa majlis anjuran UPU Sekolah Taman Sekebun Bunga yang kononnya untuk membantah pendudukan 60 tahun Israel di Palestine telah dijadikan medan untuk propaganda syiah .

Sunday, November 28, 2010

PAS sokong Khomeini & Syiah?

Apakah Orang-orang PAS Masih Tidak Mengenal Siapa Itu Khomeini Dan Agama Syi’ah??? 
 
Apakah Orang-orang PAS Masih Tidak Mengenal Siapa Itu Khomeini Dan Agama Syi’ah???

Dinukil dari: Akhabar Harakah, Edisi 1-15 Julai 2008, di bawah artikel "Teladan Pemerintahan Nabi Yusuf-Khomeini", Tulisan Mohamad Sabu, Segmen Semasa: "Membedah Demokrasi", Kolum Fikrah, m/s. 16 .

Apakah Orang-orang PAS Masih Tidak Mengenal Siapa Itu Khomeini Dan Agama Syi’ah???
1 - Mengapa dan siapakah ulama ahlus sunnah yang menggelarkan Khomeini sebagai "imam"?

2 - Mengapakah penulis meletakkan Nabi Yusuf 'Alahis Salam sebaris dengan nama Khomeini? Apakah Mereka mempunyai taraf yang sama?

3 - Siapakah rejim-rejim Arab yang dimaksudkan? Apakah kalian masih belum mengerti siapakah pengasas kemunculan Agama Syi'ah kalau bukan Yahudi bernama Abdullah bin Saba'?

4 - Apakah kalian masih mahu menganggap kaum syi'ah yang memusuhi Ahlus Sunnah sebagai sahabat perjuangan??? Ataukah kalian masih menganggap mereka adalah golongan yang se-agama dengan kita? 

5 - Siapakah "Umat Iran" yang dimaksudkan itu? Kenapa mesti memanggilnya sebagai "Umat Iran"? Benarkah Iran adalah merupakah "Republik Islam" sedangkan prinsip-prinsip aqidahnya berlandaskan fahaman Syi'ah yang sesat dan menyimpang???

Perhatikan Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala,
"Kamu tidak akan mendapati kaum yang beriman pada Allah dan hari akhirat, saling berkasih-sayang dengan orang-orang yang menentang Allah dan Rasul-Nya, sekalipun orang-orang itu bapak-bapak, atau anak-anak atau saudara-saudara ataupun keluarga mereka. Mereka itulah orang-orang yang telah menanamkan keimanan dalam hati mereka dan menguatkan mereka dengan pertolongan yang datang daripada-Nya. Dan dimasukan-Nya mereka ke dalam surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Allah ridha terhadap mereka, dan merekapun merasa puas terhadap (limpahan rahmat)-Nya. Mereka itulah golongan Allah. Ketahuilah, bahwa sesungguhnya hizbullah itu adalah golongan yang beruntung." (Surah al-Mujadilah, 58: 22)

Lihatlah Sebahagian Statement Khomeini yang memusuhi kelompok Ahlus Sunnah:

Menurut Khomeini: Iman seorang Syi’ah tidak sempurna, kecuali setelah berbeza (menentang) Ahli Sunnah. (Lihat: Al-Hukumat Al-Islamiyah. Hlm. 83. Khomeini) Menurutnya lagi: Apabila seorang Ahli sunnah bersemangat mengamalkan ibadah, maka dia telah bersemangat mengamalkan kebatilan. (Lihat: Al-Hukumat Al-Islamiyah. Hlm. 83. Khomeini)

Bermakmumkan Ahli Sunnah adalah tidak sah. (Lihat: Al-Khomeini Wat-Taqiyah)

Menurut Khomeini: Dan sesungguhnya yang terpenting dari mazhab kami, sesungguhnya para aimmah kami mempunyai kedudukan (maqam atau darjat) yang tidak diperolehi (tidak boleh dicapai) oleh malaikat yang paling hampir dengan Allah (Jibril) atau para nabi yang telah diutus. (Lihat: Al-Hukumat Al-Islamiyah. Hlm. 52. Khomeini)

Fatwa & wasiat Ulama Ahlus Sunnah:

 
Imam Malik rahimahullah juga pernah menjelaskan tentang Syiah:"Mereka (Syiah) jangan diajak berbual dan jangan pula diberi perhatian, mereka adalah golongan pembohong". (Lihat: Sunnah dan Syiah, Mungkinkah Dipertemukan? Hlm. 57. Dr. Abdullah Muhammad Gharib. Edisi pertama, Surabaya. 1984)Imam Syafie rahimahullah pula berwasiat:

"Belum pernah aku saksikan di kalangan manapun manusia yang begitu berani menjadi pendusta dan sebagai saksi-saksi palsu seperti golongan Syiah". (Lihat: Sunnah dan Syiah, Mungkinkah Dipertemukan? Hlm. 57. Dr. Abdullah Muhammad Gharib. Edisi pertama, Surabaya. 1984)

When Imaam Malik was asked about Rafidite Shi'te, he replied, "Do not narrate (Hadeeths) to them or from them for verily they are liars" (Minhaaj as-Sunnah, Ibnu Taimiyyah - Tahqiq By Muhammad Rashad Saalim, Daar al-'Aroobah, n.d., vol. 1, p.37)

Imaam Syafi'e said: "I have not seen among heretics a people more willing to give false testimony than Raafidite Shi'ites" (Minhaaj as-Sunnah, Ibnu Taimiyyah - Tahqiq By Muhammad Rashad Saalim, Daar al-'Aroobah, n.d., vol. 1, p.37)

It was also reported that Hammad ibn Salamah said: "A sheikh of theirs once told me that if they deemed something good or appropriate during their gatherings they would turn it into a Hadeeth" (al-Muntaqaa min Minhaaj al-I'tidal, adh-Dhahabi, (Salafeeyah Press), p.22)

Saya mengajak diri saya dan keseluruhan umat Islam agar segera membuka mata dan meningkatkan kefahaman agamanya di atas dasar-dasar tauheed yang sahih yang dengannya sekaligus berupaya menjadi perintang terhadap jarum-jarum kebatilan.


Statement ini adalah dinisbahkan kepada Ustaz Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat, dalam akhbar Harakah Edisi Yang sama. Persoalannya, apakah Ustaz yang bergelar Mursyidul Am PAS ini juga turut merestui penyimpangan demi penyimpangan agama yang terkandung di dalam akhbar rasmi mereka (Harakah). Silakan sendiri anda menjawab-nya...
Keratan Penuh artikel (Sila klik untuk membesarkannya),


 Dipetik dari: http://bahaya-syirik.blogspot.com/2008/06/065-apakah-orang-orang-pas-masih-tidak.html

Bahaya Mat Sabu pada PAS & Malaysia

OLEH: Abu Ezzadi
abu_ezzadi@yahoo.com

Dipetik dari: http://sahabatmantap.wordpress.com/2008/01/15/mohd-sabu-berfahaman-syiah/


Mohd Sabu dikenali ramai sebagai salah seorang yang begitu meminati dan mengagumi perjuangan Hizbullah di Lubnan dan revolusi Islam Iran sejak dari dulu lagi. Minat, sokongan dan kecenderungan beliau diterjemahkan dengan kerapnya beliau berkunjung ke Lubnan dan Tehran dan seringkali menggunakan contoh perjuangan mereka di dalam ceramahnya. Namun sedarkah kita bahawa minat, sokongan dan kecenderungan beliau telah mula bertukar kepada pegangan agama dan aqidah? 

Tanyalah beliau tentang aqidah ataupun amalan orang Syiah, nescaya beliau akan dapat menghuraikannya dengan panjang lebar dan begitu terperinci. Tanyalah orang-orang syiah di Malaysia nescaya mereka akan menganggap Sdr. Mohd Sabu adalah sebahagian daripada mereka. 


Mungkin atas sebab itulah kita jarang melihat beliau solat jamaah bersama-sama kita. Malah diakui oleh pimpinan peringkat tertinggi bahawa mereka juga tidak pernah melihat beliau solat jamaah bersama (walaupun diimamkan oleh Tn Guru Hj Hadi).


Dan yang lebih malang sekali, beliau telah mula menyebarkan fahaman ini ke dalam parti, terutamanya ke atas golongan pemuda kita. Pernah dilaporkan apabila beliau membawa petugas-petugas Kuala Kedah melawat Thailand, mereka telah berhenti solat di masjid-masjid yang dikenali ramai sebagai masjid orang syiah di sana.
Mungkin ada yang masih ingat beberapa siri demonstrasi di hadapan kedutaan Amerika Syarikat dan Wisma Denmark sewaktu ketika dahulu. Ingatkah anda ada satu golongan syiah yang datang membawa sepanduk dan poster besar Imam Khomeini / Khameini sambil membaca selawat cara Iran dengan lahjah Iran. Dan tahukah anda bahawa semua itu ditaja oleh Sdr. Mohd Sabu dan di dalam kelompok tersebut juga terdapat beberapa pemuda PAS daripada Kuala Kedah! 

Bukan setakat itu sahaja, malah ahli-ahli perhubungan negeri Pulau Pinang dan kebanyakan jawatankuasa kawasan di Pulau Pinang juga telah mula diresapi pengaruh syiah. Mereka cukup kagum dengan Mohd Sabu dan syiahnya.


Secara nyata Mohd Sabu telah menggunakan pengaruh dan jawatannya untuk mengembangkan ajaran dan pegangan syiah di kalangan ahli PAS. Sebab itulah tidak hairan kenapa beliau kerap berkunjung ke Lubnan dan Tehran dan seringkali beliau membawa ahli-ahli kita dan pemuda bersama-samanya. Kadangkala kita tertanya-tanya dari mana mereka memperolehi wang yang banyak untuk kerap berkunjung ke tempat tersebut. Dan seringkali juga beliau menolak dan mengelak untuk melawat ke Lubnan dan Tehran bersama-sama pimpinan PAS yang lain, kerana mungkin dikhuatiri tembelangnya akan pecah.

Suasana ini bukan lagi menjadi rahsia kepada ahli dan pimpinan PAS yang lain. Semoga satu tindakan yang tegas dapat diambil untuk membendung gejala ini yang kalau tidak disekat akan menjadi barah dan nanah yang bisa memecahbelahkan perpaduan di dalam Parti.
0 comments

Tiada ulasan: