Selasa, Mei 03, 2011

Harap kematian Osama bawa keamanan sejagat: Hishammuddin. SAMPAINYA HATI MU???

SUMBER


2011/05/02

KLUANG: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berharap kematian pemimpin kumpulan Al-Qaeda, Osama bin Laden dalam satu operasi ketenteraan Amerika Syarikat di Pakistan hari ini dapat membawa dunia ke arah keamanan dan keharmonian sejagat.

Namun, beliau memberi amaran bahawa perjuangan kumpulan yang terbabit dalam beberapa serangan pengganas di seluruh dunia itu tidak berkisar kepada seorang individu saja.


"Saya harap ia (kematian Osama bin Laden) akan menjurus kepada keselamatan dan keamanan sejagat yang merupakan tanggungjawab bersama," katanya selepas persidangan perwakilan Umno Bahagian Semberong yang dirasmikan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir di sini.
Hishammuddin, yang juga Naib Presiden dan Ketua UMNO Bahagian Semberong, berkata adalah amat penting bagi semua pihak untuk memahami punca yang menyebabkan kelahiran gerakan militan.

Tiada ulasan: