Selasa, Mei 24, 2011

Tharmendran kekal bebas kerana didakwa bersubahat dalam kecurian dua enjin jet Northrop F-5E

Tharmendran kekal bebas
Hafiz Yatim
Mei 23, 11
1:55pm
Kongsi 29
Bekas sarjan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) N Tharmendran yang didakwa bersubahat dalam kecurian dua enjin jet Northrop F-5E akan kekal bebas daripada tahanan pasukan keselamatan itu.

NONEIni ekoran keputusan TUDM menarik balik rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan Tharmendran dibebaskan.

Pada 19 Julai, Hakim Mahkamah Tinggi Su Geok Yiam mengarahkan Tharmendran (kanan) dibebaskan daripada Kem Batu Cantonment di Jalan Ipoh di mana beliau ditempatkan sejak ditahan pada 25 November tahun lalu.

Su membenarkan permohonan habeas corpus Tharmendran dan turut memerintahkan bahawa penahanan TUDM tidak mengikut undang-undang.

Tiada ulasan: