Isnin, Mei 23, 2011

Muktamar pemuda, muslimat di Shah Alam, ulamak di KUIZM

sumber
Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 23 Mei: Majlis perasmian bagi Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat Kali ke-52 tahun ini akan diadakan pada 1 Jun ini bermula jam 8 malam di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) Shah Alam.

Ianya dijadualkan akan dirasmikan Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa selepas selesai ucaptama Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan.

Turut dijadual berlangsung pada malam itu adalah penyampaian beberapa anugerah khas.
Muktamar penuh bagi dewan itu pula akan berlangsung 2 Jun di tempat sama.

Bagi Dewan Muslimat pula, muktamar penuh juga akan berlangsung pada 2 Jun bertempat di Dewan Jubli Perak, bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Selangor di Shah Alam.

Majlis perasmian muktamar dewan itu akan disempurnakan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Untuk Dewan Ulama pula, muktamar juga akan diadakan pada 2 Jun bertempat di Dewan Kolej Universiti Zulkifli Muhammad (KUIZM), Taman Melewar.

Majlis perasmiannya akan disempurnakan Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib di sebelah paginya.

Tiada ulasan: