SUMBER
05/05/2011 4:28pm
SUNGAI PETANI - Polis Kedah mengambil inisiatif baru dengan mengadakan sesi penerangan memerangi jenayah sebelum solat Jumaat di masjid-masjid terpilih di seluruh negeri pada setiap minggu.
Ketua Polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim berkata, antara topik yang diberi penekanan semasa sesi penerangan berkenaan adalah yang berkenaan masalah sosial, jenayah komersial serta pentingnya mewujudkan persekitaran selamat dan aman.
"Pegawai kita juga akan menjelaskan kepada jemaah tentang taktik-taktik baru yang digunakan penjenayah memperdayakan mangsa, contohnya, penipuan menggunakan Facebook,” katanya kepada pemberita selepas menutup perkhemahan dan sambutan Hari Kor Kadet Polis peringkat negeri di Markas Latihan Luar Pasukan Gerakan Am (PGA), Tupah, Merbok, dekat sini hari ini.. - Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan