Ahad, Oktober 03, 2010

Tun Mahathir dimasukkan ke Hospital Melbourne kerana jangkitan kuman. Doakan beliau sembuh!

sumber

2010/10/02

MELBOURNE: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, dimasukkan ke Hospital Epworth di sini sejak 9 pagi tadi, bagi rawatan jangkitan kuman di dada.

Beliau kini dirawat di wad biasa dan diberikan antibiotik dan menjalani fisioterapi. 



"Keadaan Dr Mahathir adalah stabil dan beliau dinasihatkan supaya berehat. Beliau dijangka berada di hospital selama beberapa hari bagi pemantauan," menurut kenyataan yang dikeluarkan pejabatnya di Kuala Lumpur. 

Diiringi isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Dr Mahathir tiba di sini Khamis lalu untuk berucap pada seminar mengenai pembangunan manusia anjuran Kelab UMNO Australia Melbourne di University of Melbourne pada Sabtu.  -----------------------------

respon : Allah Yusfiihi... mudahan2 sembuh dan mendapat pertolongan Allah!

Tiada ulasan: