Isnin, Oktober 11, 2010

Kemalangan maut di Alor Gajah, 10 terbunuh ?

sumber
Harakahdaily   
MELAKA, 10 Okt: Lebih 10 dipercayai mati dalam kemalangan maut apabila sebuah bas ekspres dari Melaka menuju Kuala Lumpur terbabas lalu melayang ke jalan bertentangan di Simpang Empat Alor Gajah kira-kira jam 7 sekejap tadi.

Bas yang dipercayai sarat dengan penumpang itu bergeser dengan sebuah kereta lalu melayang ke laluan sebelah dan menghempap kereta yang sedang menuju ke Melaka dari Seremban menyebabkan bas itu terbalik dengan tayar ke atas.

Menurut Roslan Abdul Hamid, Pengarang Berita Harakah yang hanya lewat beberapa saat sahaja untuk terlibat dalam kemalangan itu, mayat-mayat bergelipangan di atas jalan raya itu.

--------------------
respon : Inna lillah.. apa boleh buat, semua dah berusaha menjaga..

Tiada ulasan: