Jumaat, Oktober 08, 2010

5 maut lelaki bersenjata serang polis di Iran... Iran juga tidak terlepas dari 'masalah pelaksanaan hukum Islam'..


2010/10/08

TEHRAN: Lima, termasuk empat anggota polis terbunuh manakala sembilan lagi cedera selepas dua lelaki bersenjata melepaskan tembakan ke arah anggota polis yang sedang menjalankan rondaan di Wilayah Kordestan, di barat Iran, semalam.

Timbalan Komander Polis wilayah berkenaan, Ebrahim Kazeminejad mengesahkan penyerang melepaskan tembakan ketika polis meronda di tempat awam di Sanandaj, ibu negeri Wilayah Kordestan yang bersempadan dengan Iraq. 


----------------------
respon : mungkin sindiket 'dadah' yang kini makin meningkat di Iran? maksudnya 'polis' akan dianggap sebagai musuh... tak mustahil polis akan dibunuh.... ramai warga Iran ditahan di Malaysia... lihat artikel di bawah

sumber

Dadah: Tangkapan warga Iran bertambah

08/10/2010 1:09pm

KUALA LUMPUR – Penglibatan warga Iran dalam kegiatan pengedaran dadah di Malaysia menunjukkan peningkatan ketara dalam masa dua tahun ini dengan 138 rakyat negara itu diberkas tahun ini berbanding 16 tangkapan pada tahun 2009.
 

Tiada ulasan: